omniture

PELANCARAN KEMPEN YANG MEMECAHKAN REKOD BUAT BOSS DAN HUGO - MEMPEROLEH LIPUTAN DENGAN HAMPIR 2 BILION TARIKAN DALAM MASA 1 HARI

HUGO BOSS
2022-01-31 19:10 44

METZINGEN, Jerman, 31 Januari 2022 /PRNewswire/ -- HUGO BOSS berjaya melancarkan semula jenamanya susulan strategi pertumbuhan baharunya dengan pelancaran dua kempen global secara serentak yang membarisi bintang-bintang terkenal untuk jenama BOSS dan HUGO pada 26 Januari. Kedua-dua kempen global tersebut telah memperoleh liputan sebanyak 1.9 bilion tarikan dan 75 juta penglibatan di seluruh media sosial dalam masa 1 hari – satu keputusan yang memecahkan rekod syarikat tersebut.

Courtesy of BOSS
Courtesy of BOSS

Kempen global #BeYourOwnBOSS ini menampilkan model terkenal Kendall Jenner, Hailey Bieber dan Joan Smalls, penyanyi rap Future, bintang TikTok Khaby Lame, penyanyi dan pelakon Lee Minho, peninju profesional Anthony Joshua, juara tenis Matteo Berrettini dan pelari profesional Alica Schmidt. Daripada barisan bintang tersebut, ternyata Lee Minho merupakan bakat paling digemari dari segi penglibatan di media sosial di seluruh dunia.

Pengaktifan di semua titik sentuh pengguna membawa kepada pengaktifan digital yang mengagumkan pada tarikh pelancarannya oleh lebih 200 orang bakat yang menyiarkan kisah BOSS peribadi mereka di Instagram, Weibo, Red dan WeChat dengan imej mereka sendiri memakai baju berhud BOSS yang eksklusif, mewujudkan bualan digital yang luar biasa di seluruh dunia.

Kempen global #HowDoYouHUGO yang menampilkan model terkenal Adut Akech, penyanyi rap Big Matthew, SAINt JHN dan penari Maddie Ziegler, telah diaktifkan di semua saluran dengan fokus pada TikTok, di mana cabaran tariannya membangkitkan bualan tambahan dan penglibatan yang tinggi pada platform tersebut. Cabaran #HowDoYouHUGO yang dikoreografikan oleh duta jenama, Big Matthew dan pencipta TikTok, Vik White, telah diperkuatkan oleh 60 pencipta. Selain itu, lapisan kandungan sosial pertama berbeza yang dihubungkan dengan dunia tarian dan muzik telah dihasilkan untuk pengaktifan tersebut. Sepanjang hari pertama, pengikut jenama itu telah meningkat sebanyak 30% pada akaun tersebut.

Di samping itu, pelancaran semula itu telah memberi impak yang signifikan kepada kedai utamanya dalam talian iaitu hugoboss.com yang telah mendapat banyak manfaat daripada kejayaan kempen tersebut. Trafik internet global untuk hugoboss.com meningkat lebih dua kali ganda dan mencapai tahap rekod yang baharu, di mana baju berhud BOSS eksklusif itu hampir habis dijual dan merupakan barangan tunggal yang terlaris dalam sejarah syarikatnya.

Kejayaan kedua-dua kempen tersebut dapat dilihat pada semua Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang dicapai pada hari pertama dan menjadikannya kempen yang paling berjaya dalam sejarah HUGO BOSS:

  • 1.9 bilion tarikan untuk kedua-dua kempen 
  • 75 juta penglibatan di semua saluran media sosial 
  • Penglibatan sosial pada akaun Instagram BOSS meningkat sebanyak 84% 
  • 367 juta tontonan bagi cabaran #HowDoYouHUGO di TikTok
  • Bilangan pengikut TikTok HUGO meningkat sebanyak 30% 

Dengan kempen yang mengutamakan sosial ini, HUGO BOSS menampilkan identiti baharu yang tidak dijangka untuk jenamanya, mengukuhkan lagi kedudukan mereka di semua saluran digital dan mencapai kumpulan sasaran baharu dan lebih muda seperti Generasi Z dan generasi milenium. Ini merupakan pencapaian terbesar dalam melaksanakan strategi pertumbuhan CLAIM 5 untuk meningkatkan pengaruh jenama dan mengubah pelanggan menjadi peminat.

Imej beresolusi tinggi boleh dimuat turun di sini:

https://galleries.launchmetrics.com/p/hugoboss-production/showrooms/61f3cd50912b69000922f578

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi press(at)hugoboss.com.

GROUP.HUGOBOSS.COM
TWITTER: @HUGOBOSS
LINKEDIN: HUGO BOSS

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1736162/BOSS_LEEMINHO.jpg?p=medium600 
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1734005/HUGOBOSS_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: HUGO BOSS
Keywords: Entertainment Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail