omniture

BANGUNAN EMPIRE STATE AKAN MERAIKAN TAHUN BAHARU LUNAR DENGAN MAJLIS PENCAHAYAAN MENARA SECARA MAYA DAN PAPARAN TETINGKAP LOBI FIFTH AVENUE YANG MERIAH

Empire State Realty Trust, Inc.
2022-01-31 20:05 42

Bagi meraikan Tahun Harimau, bangunan tersebut akan diterangi cahaya merah untuk tahun ke-22 berturut-turut 

NEW YORK, 31 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Bangunan Empire State (ESB) hari ini mengumumkan sambutan Tahun Baharu Lunar pada 30 Januari dengan majlis pencahayaan secara maya dan mendedahkan pemasangan tetingkap Lobi Fifth Avenue baharu yang meriah bagi meraikan Tahun Harimau.

5th Ave Lunar New Year Windows
5th Ave Lunar New Year Windows

Pada jam 4:45 petang Waktu Timur, lampu menara Bangunan Empire State yang terkenal di dunia itu akan dinyalakan dengan cahaya merah dalam satu majlis pencahayaan secara maya tepat pada masa matahari terbenam di Bandar Raya New York. Majlis tersebut akan tersedia untuk dimainkan semula di YouTube, Facebook, Weibo dan WeChat.

Tetingkap Lobi Fifth Avenue yang ikonik di bangunan tersebut pada tahun ini menampilkan satu pemasangan yang meriah dengan imej artistik dan representasi haiwan bagi tahun ini – iaitu harimau. Dianggap sebagai watak yang berani, harimau melambangkan kekuatan yang hebat ketika menghadapi kesukaran. Haiwan tersebut digambarkan dalam pelbagai warna dan gaya seni di antara landskap yang pelbagai dalam satu siri yang mempunyai tiga situasi. Tetingkap tersebut meraikan budaya dan sejarah komuniti Cina dengan imej berbunga-bunga berwarna putih dan emas. Pertunjukan perayaan tersebut akan kekal berada di lobi tersebut sehingga 24 Februari.

"Pencahayaan menara dan paparan tetingkap Fifth Avenue kami merupakan tradisi tahunan bagi Tahun Baharu Lunar di Bangunan Empire State dan kami gembira dapat meraikan komuniti Cina yang ada di AS, di China dan di seluruh dunia," kata Jean-Yves Ghazi, Presiden Balai Cerap Bangunan Empire State.

Maklumat lanjut tentang Bangunan Empire State dan lampu menaranya boleh didapati secara dalam talian. Sedutan bagi pencahayaan dan imej bagi tetingkap tersebut boleh didapati di sini.

Tentang Bangunan Empire State  
Bangunan Empire State, "Bangunan Paling Terkenal di Dunia," dimiliki oleh Empire State Realty Trust, Inc. (ESRT: NYSE), menjulang setinggi 1,454 kaki di atas Pusat Bandar Manhattan daripada dasar hingga ke antenanya. Pengubahsuaian Pengalaman Balai Cerap Bangunan Empire State bernilai $165 juta mencipta pengalaman serba baharu dengan pintu masuk tetamu yang khusus, sebuah muzium interaktif yang mempunyai sembilan buah galeri dan Balai Cerap di Tingkat 102 yang direka bentuk semula dengan tingkap daripada lantai ke silingnya. Perjalanan ke Balai Cerap di Tingkat 86 yang terkenal di dunia sebagai satu-satunya balai cerap 360 darjah yang terbuka dengan pemandangan New York serta kawasan sekitarnya ini memukau pengunjung dengan keseluruhan pengalaman Bandar Raya New York dan merangkumi segala-galanya daripada sejarah ikonik bangunan ini hinggalah kedudukannya dalam budaya pop masa kini.  Ketahui lebih lanjut di www.esbnyc.com. Diisytiharkan sebagai "Bangunan Kegemaran Amerika" oleh Institut Arkitek Amerika serta destinasi pelancongan paling popular di dunia oleh Uber dan tarikan #1 Bandar Raya New York oleh Lonely Planet, ia menerima kunjungan lebih 4 juta pengunjung dari seluruh dunia setiap tahun. 

Sejak tahun 2011, bangunan ini telah dikuasakan sepenuhnya oleh tenaga angin elektrik boleh diperbaharui dan kebanyakan tingkatnya menempatkan pelbagai jenis penyewa pejabat seperti LinkedIn dan Shutterstock, serta pilihan peruncitan seperti STATE Grill and Bar, Tacombi dan Starbucks. Untuk maklumat lanjut dan mendapatkan tiket Pengalaman Balai Cerap, sila layari esbnyc.com atau ikuti FacebookTwitterInstagramWeiboYouTube atau TikTok bangunan ini. 

Tentang Empire State Realty Trust 
Empire State Realty Trust, Inc. (NYSE: ESRT) merupakan Amanah Pelaburan Hartanah dengan tumpuan di New York yang memiliki dan mengurus portfolio hartanah dengan kedudukan yang baik bagi aset pejabat, peruncitan dan pelbagai keluarga di Manhattan dan kawasan metropolitan New York yang lebih luas. Sebagai pemilik Bangunan Empire State iaitu Bangunan Paling Terkenal di Dunia, ESRT juga memiliki dan mengendalikan Pengalaman Balai Cerap yang ikonik dan telah diberikan nafas baharu. Syarikat ini merupakan peneraju dalam bangunan sihat, kecekapan tenaga dan kualiti persekitaran dalaman, serta mempunyai pelepasan gas rumah hijau yang paling rendah bagi setiap kaki persegi daripada mana-mana portfolio Amanah Pelaburan Hartanah yang didagangkan secara awam di Bandar Raya New York. Sehingga 31 Disember 2021, portfolio ESRT terdiri daripada kira-kira 9.4 juta kaki persegi ruang pejabat boleh disewa, 700,000 kaki persegi ruang peruncitan boleh disewa dan 625 buah unit pada dua hartanah berbilang keluarga. Maklumat lanjut tentang Empire State Realty Trust boleh didapati di esrtreit.com dan dengan mengikuti SRT di FacebookInstagramTwitter dan LinkedIn

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1736234/Empire_State_5th_Ave_Windows.jpg?p=medium600

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1692548/ESB_90_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Empire State Realty Trust, Inc.
Related Stocks:
NYSE:ESRT
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Travel Future Events