omniture

Royal Canadian Mint memperingati Sejarah Bangsa Kulit Hitam hari ini dan setiap hari dengan syiling yang menampilkan Landasan Kereta Api Bawah Tanah

Royal Canadian Mint (RCM)
2022-01-31 22:02 68

OTTAWA, Ontario, 31 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Landasan Kereta Api Bawah Tanah, rangkaian rumah selamat dan laluan rahsia yang terkenal yang membantu hamba berketurunan Afrika melarikan diri dan memperoleh kebebasan di Kanada, menjadi subjek keluaran terkini Royal Canadian Mint dalam siri syiling Memperingati Sejarah Bangsa Kulit Hitam yang sedang berlangsung. Dilancarkan bersempena dengan permulaan Bulan Sejarah Bangsa Kulit Hitam koleksi syiling perak yang direka oleh seniman Toronto bernama Kwame Delfish ini menggambarkan penghijrahan ke utara yang amat berbahaya yang mencapai kemuncaknya pada tahun 1850-an dan 1860-an, dari perspektif sisi manusia yang unik. Koleksi baharu yang menyentuh perasaan ini boleh didapati mulai 1 Februari 2022.

The Royal Canadian Mint's 2022 $20 Fine Silver Coin Commemorating Black History - The Underground Railroad
The Royal Canadian Mint's 2022 $20 Fine Silver Coin Commemorating Black History - The Underground Railroad

"Para kakitangan Royal Canadian Mint berbangga kerana sekali lagi berjaya menambah sambutan kebangsaan bagi Bulan Sejarah Bangsa Kulit Hitam dengan syiling perak yang indah yang mengabadikan kisah penting tentang Landasan Kereta Api Bawah Tanah," kata Marie Lemay, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Royal Canadian Mint. "Dengan memperingati mereka yang telah melalui perjalanan yang panjang dan berisiko demi melepaskan diri daripada perhambaan pada abad ke-19 serta jurupandu mereka yang berani dan tidak kenal lelah, kita mengingatkan diri kita bahawa kebebasan merupakan salah satu nilai kita yang paling bernilai tinggi."

Reka bentuk bahagian belakang syiling perak tulen 99.99% ini merupakan suatu penghormatan yang inovatif kepada mereka yang mengembara menggunakan Landasan Kereta Api Bawah Tanah. Golongan lelaki, wanita dan kanak-kanak mengikuti buruj Biduk sebagai bimbingan laluan mereka ke utara yang membawa kepada kebebasan, digambarkan di sepanjang tepi syiling untuk mencipta seperti gerakan membulat yang mewakili perjalanan mereka yang panjang dan berterusan. Reka bentuk bahagian hadapan menampilkan patung ukiran Yang Mulia Ratu Elizabeth II oleh Susanna Blunt, yang terletak di sebalik corak daun mapel yang berulang.

"Syiling ini bertujuan untuk memberi penghormatan dan penghargaan kepada nenek moyang kaum hamba yang telah melarikan diri ke Utara demi mencari kebebasan," kata seniman, Kwame Delfish. "Ramai yang gagal untuk menamatkan perjalanan tersebut dan menghadapi kesukaran yang sama (mungkin lebih teruk lagi) daripada apa yang mereka tinggalkan. Mereka yang berjaya dalam pengembaraan ini telah membina legasi mereka dan membentuk suasana yang wujud di Kanada pada hari ini. Harapan saya ialah supaya kekuatan dan keberanian mereka digambarkan di atas syiling ini dan saya telah mempamerkan kepercayaan mereka."

Pencetakan adalah terhad kepada 5,500 keping Syiling Perak Tulen $20 Memperingati Sejarah Bangsa Kulit Hitam - Landasan Kereta Api Bawah Tanah 2022 dijual pada harga $99.95. Koleksi baharu ini boleh dipesan hari ini dengan menghubungi Mint di 1-800-267–1871 di Kanada, 1-800-268–6468 di AS atau di www.mint.ca.

Imej syiling ini boleh didapati di sini.

Tentang Royal Canadian Mint

Royal Canadian Mint ialah perbadanan Crown yang bertanggungjawab untuk mencetak dan mengedar syiling edaran Kanada. Mint merupakan salah sebuah pembuat syiling terbesar dan paling serba boleh di dunia, menawarkan pelbagai produk syiling khusus dan berkualiti tinggi serta perkhidmatan berkaitan pada skala antarabangsa. Untuk maklumat lanjut tentang Mint, produk dan perkhidmatannya, sila layari www.mint.ca. Ikuti Mint di TwitterFacebook dan Instagram.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1736560/Royal_Canadian_Mint_Royal_Canadian_Mint_commemorates_Black_Histo.jpg?p=medium600

 

Source: Royal Canadian Mint (RCM)
Related Stocks:
Toronto:MNT
Keywords: Banking/Financial Service Black-oriented news New products/services Canadian Federal Government