omniture

Sumber maklumat kimia yang paling dipercayai di dunia, CAS, melancarkan pengembangan biologi besar-besaran

CAS
2022-02-01 07:42 69

CAS SciFinder Discovery Platform™ mentakrifkan semula peranannya dalam penerokaan ubat-ubatan dengan merangkum keupayaan dan pengumpulan data biojujukan unik

COLUMBUS, Ohio, 1 Februari 2022 /PRNewswire/ -- CAS, bahagian Persatuan Kimia Amerika yang mengkhusus dalam penyelesaian maklumat saintifik, mengumumkan pelancaran pengembangan besar-besaran CAS SciFinder Discovery Platform ke dalam bidang sains hayat. Platform yang dipertingkatkan ini merangkumi lebih 2 juta biojujukan yang diubah suai, penulisan paten selama 60 tahun dan salah satu koleksi maklumat jurnal terbesar termasuk data bioperubatan dan sains hayat PubMed.

"Dekad yang lalu telah menunjukkan kemajuan yang penting dalam penerokaan ubat-ubatan biologi. Penyelidikan dalam penyakit onkologi dan keradangan amat memberangsangkan dan baru-baru ini kita telah menyaksikan vaksin mRNA pertama yang diluluskan untuk COVID-19. Memandangkan R&D semakin bergantung pada data berkualiti untuk mempercepat penerokaan, cabaran utama yang dihadapi oleh penyelidik bioperubatan ialah untuk memanfaatkan sejumlah besar data jujukan yang terdapat dalam beribu-ribu sumber," kata Presiden CAS, Manuel Guzman. "Pengembangan besar-besaran CAS SciFinder Discovery Platform ini menyokong komitmen kami terhadap sains hayat dengan menyediakan maklumat berkualiti tinggi kepada para penyelidik biologi molekul yang menjadi pergantungan ahli kimia pada CAS sejak 110 tahun yang lalu."

Pengembangan CAS SciFinder Discovery Platform mendedahkan maklumat yang diindeks manusia daripada jurnal dan paten dalam lebih 50 bahasa sejak tahun 1957 dan 70 juta biojujukan yang disusun oleh saintis CAS. Koleksi ini turut merangkumi biojujukan unik yang tidak ditemui di tempat lain dalam sumber elektronik.

"Kami teruja untuk membawakan koleksi kandungan yang dipertingkatkan ini kepada ahli biologi molekul serta menampilkan keupayaan carian dan visualisasi data SciFinder yang hebat dan telah lama terkenal," kata Ketua Pegawai Produk CAS, Tim Wahlberg. "Ini merupakan langkah ke hadapan yang penting bagi usaha kami dalam bidang sains hayat dan direka khusus untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh para penyelidik setiap hari."

Pelancaran ini adalah kemuncak pada usaha selama 18 bulan untuk menyusun lebih 600 juta protein dan nukleotida tambahan serta menyepadukan BLAST (Alat Carian Penjajaran Setempat Asas), CDR (Kawasan Penentu Pelengkap) untuk reseptor antibodi dan sel T, dan keupayaan carian motif ke dalam platform.

"Mencipta platform tunggal yang menyepadukan biojujukan dan carian molekul halus bererti menyatukan minda saintifik dan teknikal terbaik yang ada. Kami mengamalkan apa yang kami gelar sebagai pendekatan 'sintetik-organik' yang kami percaya akan meningkatkan aliran kerja saintifik dengan baik, terutamanya jika anda memulakan perjalanan penyelidikan daripada satu jujukan," kata Pengarah Pengurusan Produk CAS, Adam Sanford. "Matlamat kami adalah untuk mencipta pengalaman pengguna yang paling bermakna dan seintuitif yang mungkin, sambil membenarkan ahli biologi molekul menjalinkan kerjasama yang lancar dengan ahli kimia. Hasilnya ialah sebuah platform yang direka oleh saintis untuk saintis, yang kami lihat sebagai komponen yang hebat dalam penerokaan ubat-ubatan."

SciFinder Discovery Platform yang dipertingkatkan kini tersedia.

Tentang CAS: CAS ialah peneraju dalam penyelesaian maklumat saintifik yang bekerjasama dengan para inovator di seluruh dunia untuk mempercepat penemuan saintifik. CAS mempunyai lebih 1,400 orang pakar yang menyusun, menghubung dan menganalisis pengetahuan saintifik untuk mendedahkan hubungan yang tidak kelihatan. Selama lebih 100 tahun, para saintis, profesional paten dan pemimpin perniagaan telah bergantung kepada penyelesaian dan kepakaran CAS untuk memberikan pemahaman masa lalu, kini dan akan datang yang diperlukan supaya mereka dapat membangunkan masa depan berdasarkan pembelajaran masa lalu. CAS merupakan satu bahagian daripada Persatuan Kimia Amerika. Berhubung dengan kami di cas.org.

Tentang CAS SciFinder Discovery Platform™: CAS SciFinder Discovery Platform memanfaatkan sumber maklumat saintifik tersusun yang terbesar di dunia, menyatukan penyelesaian khusus tugas termasuk CAS SciFindern, CAS Formulus® dan CAS Analytical Methods™. CAS SciFinder Discovery Platform menyokong penyelidikan saintifik berbilang aspek seperti perancangan retrosintetik, reka bentuk formulasi, penyelidikan kaedah berkaitan ujian dan carian biojujukan untuk mempercepat penemuan pada setiap langkah perjalanan inovasi. Ketahui lebih lanjut di cas.org/cas-solutions.

generated by system

Sila hubungi: Tina Tomeo, cas-pr@cas.org, +1 614.447.3731

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1729161/CAS_Logo.jpg?p=medium600

Source: CAS
Keywords: Biotechnology Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals New products/services STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)