Program kesejahteraan digital ini melancarkan laporan global yang pertama dan mengumumkan kajian baharu yang memberi tumpuan kepada generasi yang lebih muda, termasuk penyelidikan dengan Universiti Milano-Bicocca dan entiti lain yang berwibawa
- Penyelidikan Sync mendapati bahawa dua pertiga daripada golongan muda (berusia antara 18 hingga 24 tahun, 58%) ingin mengurangkan masa yang dihabiskan dalam talian
- Lebih separuh daripada responden Generasi Z (54%) mengatakan bahawa mereka mendapati penggunaan teknologi adalah mengganggu
- Sync dan rakan penyelidikan akan menggunakan metodologi penyelidikan yang inovatif untuk menyelidik kesan kesejahteraan akibat penggunaan internet dan media sosial yang berlebihan terhadap generasi yang lebih muda
DHAHRAN, Arab Saudi, 1 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Meningkatkan kesihatan seseorang individu secara tradisinya menjadi keutamaan tertinggi pada masa ini setiap tahun dan ini semakin bermakna mengubah tingkah laku dalam talian kita. Ketika rakan-rakan, keluarga dan rakan sekerja ingin berhubung semula pada tahun 2022, program kesejahteraan digital iaitu Sync telah menerbitkan kertas putih yang meneroka perkembangan global dalam tabiat internet dan media sosial. Program ini mengutamakan penyelidikan untuk memahami kesan penggunaan berlebihan terhadap golongan muda – 58% daripada mereka mendakwa bahawa mereka ingin meluangkan lebih banyak masa dalam talian.
Abdullah Al-Rashid, Pengarah Sync berkata: "Penyelidikan Sync secara kerjasama dengan ASDA'A BCW dan PSB Insights membuktikan salah satu percanggahan terbesar dalam masyarakat moden: manfaat dan potensi kesan buruk akibat pergantungan kita yang semakin meningkat terhadap media sosial. Generasi yang membesar dengan menggunakan teknologi ini merupakan generasi yang paling terjejas, yang mungkin memberi kesan terhadap masa depan manusia yang masih belum diketahui. Bagi membantu menangani fenomena ini, kami bekerjasama dengan universiti terkemuka dalam membangunkan penyelesaian demi mempromosikan kesejahteraan digital golongan muda."
Dr. Mark Griffiths, Profesor Terkenal dalam bidang Tingkah Laku Ketagihan di Universiti Nottingham Trent, UK berkata: "Laporan terkini daripada Sync menonjolkan kedua-dua kebaikan dan keburukan peningkatan masa yang dihabiskan dalam talian di seluruh dunia. Walaupun perkara positif melebihi yang negatif, terutamanya yang berkaitan dengan ketersambungan sosial, laporan itu menyerlahkan sifat teknologi baharu yang berpotensi untuk mengganggu dan cara penggunaan teknologi yang boleh menjejaskan masa aktiviti penting lain termasuk tugasan pendidikan dan pekerjaan. Saya telah mengkaji 'ketagihan teknologi' selama 30 tahun dan walaupun laporan tersebut tidak mengkaji ketagihan teknologi baharu daripada perspektif klinikal, ia telah membuktikan bahawa teknologi dalam talian boleh menyusahkan golongan minoriti, meskipun ia bukan pada tahap keadaan yang didiagnosis secara klinikal."
Data menggambarkan kebimbangan yang semakin meningkat di kalangan golongan muda
Kertas putih Sync yang pertama bertajuk[1] Global Digital Wellbeing Report 2021 (Laporan Kesejahteraan Digital Global 2021), menggambarkan betapa media baharu telah berakar umbi dalam tabiat komunikasi golongan muda, terutamanya disebabkan oleh pandemik COVID-19:
Mengulas tentang penyelidikan ini Dr. Griffiths menyambung: "Laporan ini memberikan persepsi tentang penggunaan teknologi yang sangat menarik dengan sebahagian besar daripada responden berfikir bahawa ketagihan dalam talian merupakan keadaan perubatan dan beberapa jenis teknologi – seperti telefon pintar – direka untuk menjadi ketagihan, termasuk dalam kalangan individu yang lebih berusia. Sebagai seorang penyelidik, saya turut berasa gembira kerana melihat lebih 40% daripada responden percaya bahawa kerajaan perlu membiayai kajian yang memberi tumpuan kepada ketagihan teknologi dan sebahagian besar daripada mereka percaya bahawa lebih banyak sumber diperlukan untuk merawat ketagihan tersebut. Tiga perempat daripada responden berpendapat bahawa kerajaan mereka sendiri perlu melakukan lebih banyak lagi untuk menyediakan penjagaan yang berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan bagi ketagihan dalam talian. Data seperti ini menunjukkan bahawa ketagihan dalam talian kini telah semakin meningkatkan kesedaran awam"
Kerjasama penyelidikan baharu
Susulan laporan awal ini, Sync sedang meneroka secara proaktif tentang kesan penggunaan internet dan media sosial yang berlebihan terhadap golongan muda. Ini termasuk kerjasama seterusnya dengan Universiti Milano-Bicocca.
Kerjasama Sync dengan Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Digital di Universiti Milano-Bicocca akan menggunakan pendekatan baharu yang holistik untuk mengkaji hubungan pelajar kolej dengan telefon pintar mereka, termasuk kesan terhadap penumpuan dan kerisauan dalam konteks sosial yang berbeza.
Marco Gui, Pengarah Pusat tersebut berkata: "Setiap pelajar universiti hari ini memiliki telefon pintar yang memberikan ketersambungan, yang hanya boleh diimpikan oleh generasi terdahulu. Namun, apakah akibatnya? Kami berterima kasih atas sokongan Sync terhadap metodologi baharu kami dalam menyelidik kesan yang berpotensi memberi manfaat dan mudarat akibat berada dalam keadaan tersambung secara berterusan."
Sidang kemuncak kesejahteraan digital global Sync
Sidang kemuncak kesejahteraan digital Sync yang pertama ini akan diadakan pada 29-30 Mac 2022 dengan menghimpunkan pemimpin pemikiran global, institusi, pempengaruh dan orang awam untuk meningkatkan kesedaran tentang kebimbangan terhadap kesejahteraan digital serta membangunkan idea baharu untuk melindungi para pengguna media digital di seluruh dunia. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari https://sync.ithra.com/.
Nota kepada Editor
Dave Gordon, Ketua Pegawai Eksekutif PSB global berkata: "Kajian Kesejahteraan Digital Sync yang pertama ini merangkumi salah satu isu yang paling penting dan semakin membebankan pada masa ini – tentang cara masyarakat di seluruh dunia menyesuaikan diri dengan peranan peralihan teknologi dalam kehidupan kita. Kajian yang dijalankan pada bulan Jun dan Julai 2021 ini mempunyai jangkauan global dalam kalangan lebih 15,000 orang pengguna dengan menyediakan kebolehlihatan kepada nuansa serantau dan demografi tentang cara teknologi digital mempengaruhi dan memberi kesan terhadap para pengguna di 30 buah negara. PSB dan SYNC secara bersama-sama akan membantu memaklumkan pembuat dasar, ahli akademik, media dan orang awam tentang cara teknologi baharu akan mempengaruhi generasi kita yang akan datang."
Sunil Jones, Presiden BCW Timur Tengah berkata:"Kajian Kesejahteraan Digital Sync yang pertama ini adalah benar-benar inovatif kerana ia menyediakan data dan pemahaman yang penting untuk meningkatkan pemahaman tentang kesan penggunaan media sosial yang semakin meningkat serta kesannya terhadap gaya hidup golongan muda di seluruh dunia. Kajian ini menekankan tentang cara kita boleh memanfaatkan potensi teknologi digital sambil memastikan kesejahteraan jangka panjang semua pengguna."
Tentang Sync
Sync merupakan sebuah inisiatif kesejahteraan digital yang dilancarkan oleh Pusat Kebudayaan Dunia King Abdulaziz (Ithra) dengan visi untuk mewujudkan sebuah dunia yang membolehkan kita semua mengawal kehidupan digital kita. Inisiatif ini dipandu oleh penyelidikan yang luas melalui kerjasama dengan entiti global bagi memahami pengukuhan teknologi dan cara ia mempengaruhi kehidupan kita dan menterjemahkan pengetahuan yang diperoleh ini ke dalam kempen, alat, pengalaman, kandungan pendidikan dan program kesedaran yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang awam di seluruh dunia berkenaan topik ini.
Untuk mengikuti Sync: Twitter https://twitter.com/SyncIthra atau Facebook https://www.facebook.com/SyncIthra
Tentang Ithra
Pusat Kebudayaan Dunia King Abdulaziz (Ithra) merupakan salah sebuah destinasi kebudayaan yang paling berpengaruh di Arab Saudi, destinasi untuk mereka yang ingin tahu, kreatif, dan pencari ilmu. Melalui satu siri program, persembahan, pameran, acara dan inisiatif yang menarik, Ithra mencipta pengalaman bertaraf dunia di seluruh ruang awam interaktif miliknya. Ia menyatukan budaya, inovasi dan pengetahuan yang direka dengan cara untuk menarik minat semua orang. Dengan menghubungkan kreativiti, perspektif mencabar dan mengubah idea, Ithra berbangga dapat menjadi peneraju budaya masa hadapan yang memberi inspirasi. Ithra ialah inisiatif CSR utama Saudi Aramco dan pusat kebudayaan terbesar di Arab Saudi, yang terdiri daripada Makmal Idea, Perpustakaan, Pawagam, Teater, Muzium, Pameran Tenaga, Dewan Besar, Muzium Kanak-kanak dan Menara Ithra.
Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.ithra.com.
Ikuti Ithra di media sosial: Facebook (King Abdulaziz Center for World Culture), Twitter (@Ithra) dan Instagram (@Ithra) #Ithra
[1] Dibangunkan berdasarkan tinjauan terhadap 15,000 orang di 30 buah negara yang diarahkan oleh Sync dan dijalankan oleh PSB Timur Tengah pada bulan Jun dan Julai 2021.