omniture

Locus disenaraikan sebagai Wakil Vendor dalam Panduan Pasaran 2021 Gartner® untuk Teknologi Laluan dan Penjadualan Kenderaan serta Destinasi Terakhir

Locus
2022-02-01 13:02 68

SAN FRANCISCO, 1 Feb 2022 /PRNewswire/ -- Locus, sebuah platform pengoptimuman penghantaran dan perancangan logistik Perisian sebagai Perkhidmatan (SaaS) B2B global untuk perusahaan dalam bidang penghantaran destinasi terakhir, mengumumkan pengiktirafan yang diterima syarikatnya sebagai Wakil Vendor dalam Panduan Pasaran 2021 Gartner® untuk Teknologi Laluan dan Penjadualan Kenderaan (VRS) serta Destinasi Terakhir. Gartner menyampaikan maklumat yang objektif dan boleh dilaksanakan kepada para eksekutif dan pasukan mereka. 

"Secara tradisinya, laluan memberi tumpuan terutamanya kepada armada yang membuat penghantaran kepada perniagaan (destinasi pertama, pertengahan dan terakhir). Namun, penyelesaian yang terbaharu lebih memberi tumpuan kepada destinasi terakhir kepada pengguna, berikutan peningkatan dalam e-dagang dan permintaan pelanggan baharu. Pasaran aplikasi laluan dan penjadualan kenderaan serta destinasi terakhir terus berkembang kerana organisasi sedang mencari cara untuk mengoptimumkan operasi armada," jelas Gartner dalam laporan tersebut.

"Kami percaya penyenaraian kami sebagai Wakil Vendor dalam Panduan Pasaran Gartner untuk Teknologi Laluan dan Penjadualan Kenderaan serta Destinasi Terakhir ini mengesahkan misi kami untuk merevolusikan logistik destinasi terakhir di seluruh dunia. Dengan platform pengurusan penghantaran automatik kami yang pintar dan serba lengkap yang cekap secara lestari, tangkas dan intuitif terhadap keperluan pengguna akhir, kami memperkasakan perniagaan untuk memberi tumpuan dalam menggembirakan orang yang paling penting kepada perniagaan - para pelanggan mereka," kata Nishith Rastogi, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Locus.

Locus menggunakan pembelajaran mesin dan algoritma proprietari untuk menawarkan penyelesaian seperti pengoptimuman laluan, pengesanan, pemahaman dan analitik masa nyata, peruntukan kenderaan dan penggunaan armada.

Pelanggan Gartner boleh melog masuk untuk membaca kajian penuh pada tapak web ini.

1 Gartner, " Market Guide for Vehicle Routing and Scheduling and Last-Mile Technologies, " oleh Oscar Sanchez Duran, Bart De Muynck, Carly West, 13 Disember 2021.  

Penafian Gartner

Gartner tidak mengesahkan mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam penerbitan penyelidikannya dan tidak mencadangkan pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor dengan penilaian tertinggi atau anugerah lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh dianggap sebagai pernyataan fakta. Gartner menafikan semua jaminan yang tersurat atau tersirat, berkenaan dengan penyelidikan ini, termasuk sebarang jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.

Tentang Locus 

Locus  ialah sebuah platform teknologi terperinci yang mengautomasikan keputusan manusia dalam rantaian bekalan untuk menyediakan kecekapan, ketelusan dan konsistensi dalam operasi logistik. Penyelesaian Locus merangkumi keupayaan untuk pengurusan kitaran hayat pesanan, perancangan dan pelaksanaan penghantaran, prestasi penunggang dan pengurusan kapasiti serta pengalaman pelanggan akhir yang serba lengkap.

Hubungan Media: 
marketing@locus.sh 

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1197609/Locus_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Locus
Keywords: Computer/Electronics Transportation Workforce Management/Human Resources Survey, Polls & Research