omniture

Martin Lindstrom, Fenomena Pemasaran Moden Global - Menghadirkan Diri Secara Langsung di India

UBM India
2013-10-02 02:51 144

MUMBAI, India, 2 Oktober 2013 /PRNewswire/ --

Simposium Buy-ology pada 4 Disember berani menjanjikan untuk menjadi salah satu acara kaya maklumat yang paling berprestij dan penuh inspirasi dalam kalendar bagi profesional pemasaran dan penjenamaan di India.

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130930/642888 )

Diiktiraf oleh Time Magazine pada tahun 2009 sebagai salah seorang daripada 100 tokoh paling berpengaruh di dunia – antara tokoh yang paling banyak memberi kesan kepada dunia kita

Martin Lindstrom diberi penghormatan oleh Time Magazine kerana terjunan berani beliau ke dalam bidang neurosains untuk mengkaji biologi keinginan pengguna. Google melakukannya dengan klik dan pautan manakala Lindstrom melakukannya dengan neuron, aliran darah dan teknologi pengimejan otak yang paling canggih.

Martin akan melawat Mumbai untuk mempersembahkan penemuan terbaharu beliau tentang Revolusi Penjenamaan dan Pemasaran Digital.

Jadilah orang pertama untuk menemui rahsia terbaharu media sosial dalam talian sambil Martin Lindstrom membawa anda ke belakang tabir untuk mendedahkan rahsia pemilikan jenama – apa anggapan orang yang betul dan yang salah.

Disokong oleh penyelidikan bernilai jutaan dolar, Martin Lindstrom disanjung tinggi oleh pakar pemasaran yang meneraju di dunia, antaranya Faith Popcorn, Philip Kotler dan Don Peppers.

Dalam program selama 8 jam ini yang akan berlangsung pada 4 Disember 2013, beliau akan menyampaikan penemuan terbaharu tentang:

  • rE-Tailing 2013 dan seterusnya – Arah aliran hebat seterusnya: Penjenamaan Sosial
  • Brand Sense – Bagaimana sains pemasaran neuro merasionalkan kelakuan manusia yang tidak rasional
  • God Inc. – Bagaimana agama dan jenama memberi kesan pada otak kita.
  • Pulangan Pelaburan Jenama (Brand ROI) – Masa hadapan pulangan terbaik bagi jenama anda
  • Keperluan Etika Pengguna dan Jenama (Brand and Consumer Ethics Essentials) – Memastikan pentadbiran anda teratur sebelum berlaku kebocoran maklumat jenama

Martin telah meramalkan yang jika jenama tidak memastikan pentadbiran mereka teratur, kita pasti akan menyaksikan kebocoran maklumat jenama. Seperti mana kita melihat maklumat sulit tentang kerajaan dibocorkan di seluruh dunia – begitu juga situasi yang kita akan lihat untuk jenama.

Pada bulan Mac 2013, Dion Chang mendedahkan bagaimana 24% daripada Wall Street percaya yang kelakuan yang menyalahi undang-undang atau tidak beretika perlu dilakukan untuk berjaya. Syarikat yang memastikan pentadbiran mereka teratur tidak perlu takutkan apa-apa – tetapi mereka yang tidak berbuat demikian harus bersedia untuk bencana penjenamaan dan perhubungan awam. Dunia sosial kita yang semakin terbuka ini sedang menjadi begitu berbeza dalam keadaan kelam-kabut untuk mengaut keuntungan. Pengguna semakin mahukan lebih banyak kejujuran, integriti dan hormat dan jenama anda perlu mencerminkan ini dalam semua yang anda tonjolkan atau lakukan. Lindstrom menonjolkan bagaimana syarikat seperti Nestle dan P&G telah membangunkan standard etika dalaman dan menggesa syarikat untuk terus menilai persepsi terhadap jenama mereka.

Lindstrom menyampaikan konsep utuh ini dalam cara yang memukau dan bakal berkongsi penyelidikan dan teknik terkini beliau untuk membangunkan Pulangan Pelaburan Jenama anda.

Menurut Lindstrom, "Saya peminat yang mendambakan pengguna. Walaupun teknologi membolehkan kita mendapatkan semula semua sejarah corak pelayaran pengguna, kita perlu mempertimbangkan sama ada ini merupakan berita baik atau buruk bagi pengiklan. Sejauh mana, seboleh mana atau patutkah syarikat mengumpul data dan bertindak menggunakannya? Konsep privasi sedang berubah dengan pantas dan muslihat yang anda mungkin gunakan untuk memanipulasi minda pengguna boleh jadi positif ataupun negatif. Saya percaya saya patut melayan pelanggan seperti mana saya melayan kawan karib saya." Usaha terbaharu beliau ialah mentakrifkan garis panduan etika jenama.

Ketahui lebih lagi tentang Simposium Buy-ology http://www.buy-ology.co.in/pr

Tentang UBM India

UBM India ialah subsidiari UBM plc yang tersenarai di Bursa Saham London, yang merupakan penganjur pameran bebas kedua terbesar di dunia. Ia merupakan penganjur pameran perdagangan terbesar di India, bertanggungjawab merancang 146 acara merentasi 13 turus menegak perindustrian serata negara. UBM India ialah penganjur NGO India yang mengumpulkan ahli korporat, kerajaan dan NGO pada platform CSR yang sama. Untuk maklumat lanjut sila lawati laman web UBM India, http://www.ubmindia.in

Nota kepada Editor:

Untuk maklumat lanjut sila hubungi

Suvidha Shetty, conferences-india@ubm.com, +91(0)22-61727001

Sumber: UBM India

Source: UBM India
Keywords: Advertising Publishing/Information Service Trade show news