omniture

Tarikh akhir permohonan untuk Anugerah Kejururawatan Global Aster Guardians yang bernilai USD250,000 dilanjutkan hingga 15 Februari

Aster DM Healthcare
2022-02-01 16:30 60
  • Setakat hari ini, lebih 17,300 pendaftaran telah diterima daripada jururawat-jururawat di 175 buah negara
  • Pengumuman tersebut dibuat sebagai maklum balas kepada peningkatan permintaan daripada para jururawat di seluruh dunia yang mahukan lebih banyak masa untuk melengkapkan proses dokumentasi, berikutan lonjakan kes Covid-19
  • Jururawat daripada seluruh dunia boleh menghantar pencalonan mereka melalui www.asterguardians.com

DUBAI, U.A.E, 1 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Dilancarkan pada Hari Jururawat Antarabangsa pada bulan Mei 2021 oleh Aster DM Healthcare, dengan matlamat untuk mengiktiraf sumbangan luar biasa jururawat kepada sistem penyampaian penjagaan kesihatan di seluruh dunia, Anugerah Kejururawatan Global Aster Guardians telah menerima sambutan yang amat tinggi daripada jururawat di seluruh dunia. Sistem permohonan adalah secara dalam talian sepenuhnya melalui www.asterguardians.com, di mana jururawat boleh menghantar permohonan sendiri untuk anugerah tersebut atau sesiapa sahaja boleh mencalonkan jururawat yang mereka fikir layak untuk memenangi anugerah.

Aster telah melantik Ernst & Young LLP (EY) sebagai 'Penasihat Proses' yang akan memastikan penilaian wajar permohonan berdasarkan kriteria kelayakan yang ditetapkan, penilaian penyertaan oleh panel pakar yang bebas dan pembentangan oleh finalis kepada Juri bebas yang terkenal untuk menentukan pemenang akhir.

Bagi menggalakkan jururawat dari seluruh dunia untuk memohon dan mencalonkan jururawat bagi anugerah tersebut, Dr. Azad Moopen, Pengasas merangkap Pengerusi dan Pengarah Urusan Aster DM Healthcare berkata, "Jururawat merupakan wira yang tidak didendang dalam sistem penjagaan kesihatan yang telah terbukti tanpa ragu-ragu lagi semasa pandemik Covid-19 ini. Jururawat terus memainkan peranan yang penting dan merupakan tulang belakang kepada sistem khidmat penjagaan kesihatan yang bertugas dalam suasana tekanan luar biasa dengan komitmen yang tinggi. Anugerah Kejururawatan Global Aster Guardians merupakan usaha kami untuk mengiktiraf usaha luar biasa yang dilakukan oleh komuniti kejururawatan di seluruh dunia. Dengan lebih 7,000 orang jururawat di dalam Kumpulan ini, kami menganggap ia sebagai tanggungjawab kami untuk mengiktiraf dan meraikan sumbangan jururawat di seluruh dunia."

Anugerah Kejururawatan Global Aster Guardians telah mula menerima pencalonan daripada jururawat yang berpangkalan di Timur Tengah, benua kecil India, Afrika, Amerika Utara dan Selatan, Asia Tengah, Eropah dan Oceania. Setakat ini, lebih 17,300 pendaftaran telah diterima daripada 175 buah negara. Disebabkan sambutan yang luar biasa, tarikh akhir penerimaan pencalonan telah dilanjutkan hingga 15 Februari2022, daripada tarikh terdahulu yang diumumkan pada 30 Januari 2022. Selepas semakan awal berdasarkan kriteria yang ditetapkan, pencalonan yang disenarai pendek akan menjalani proses pengundian. Seterusnya, 10 orang peserta akhir akan dipilih untuk majlis anugerah, temu bual dan interaksi dengan para juri. Pemenang akhir Anugerah Kejururawatan Global Aster Guardians akan diumumkan pada 12 Mei- Hari Jururawat Antarabangsa 2022 di sebuah majlis gilang-gemilang di Dubai. Selain daripada Hadiah Tempat Pertama yang besar bernilai USD250,000, 9 peserta akhir juga akan menerima hadiah wang dan anugerah.

Tentang Aster DM Healthcare 

Aster DM Healthcare Limited merupakan salah sebuah penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta terbesar yang beroperasi di negara-negara teluk (GCC) dan di India. Dengan kewujudan penekanan terhadap kecemerlangan klinikal, kami merupakan salah sebuah daripada beberapa entiti di dunia yang mempunyai kehadiran yang kukuh di seluruh penjagaan kesihatan primer, sekunder, tertiari dan kuaterner melalui 27 buah hospital, 126 buah klinik/makmal kami1 dan lebih 300 buah farmasi di tujuh buah negara termasuk India. Kami mempunyai lebih 22,000 orang kakitangan yang berdedikasi termasuk 3,029 orang doktor dan 6,729 orang jururawat di seluruh kawasan geografi tempat kami berada, menyampaikan janji yang mudah tetapi kuat kepada pihak berkepentingan kami yang berbeza: "Kami akan merawat anda dengan baik." Kami menjangkau semua segmen ekonomi di negara GCC melalui perkhidmatan penjagaan kesihatan kami yang berbeza di seluruh jenama "Aster", "Medcare" dan "Access".

1Di India, Aster Pharmacies tertakluk di bawah perjanjian lesen jenama. 

PENAFIAN: 

Pernyataan tertentu dalam dokumen ini yang bukan fakta sejarah merupakan pernyataan berpandangan ke hadapan. Pernyataan berpandangan ke hadapan sedemikian adalah tertakluk kepada risiko dan ketidakpastian tertentu seperti tindakan kerajaan, perkembangan tempatan, politik atau ekonomi, risiko teknologi dan pelbagai faktor lain yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara material daripada yang dipertimbangkan oleh pernyataan berpandangan ke hadapan yang berkaitan. Aster DM Healthcare tidak akan bertanggungjawab dalam apa-apa cara sekalipun terhadap apa-apa tindakan yang diambil berdasarkan pernyataan tersebut dan tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini pernyataan berpandangan ke hadapan ini secara terbuka bagi mencerminkan peristiwa atau keadaan berikutnya. 

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1736797/Aster_Guardians_Logo.jpg?p=medium600

Source: Aster DM Healthcare
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Awards