omniture

CROMSOURCE Berkembang di Perancis - Buka Pejabat Baharu

CROMSOURCE
2013-10-02 05:00 120

VERONA, Itali, 2 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- CROMSOURCE, organisasi penyelidikan kontrak (CRO) perkhidmatan penuh antarabangsa, hari ini mengumumkan pembukaan rasmi premis pejabat baharunya di Paris, Perancis.

'CROMSOURCE terus berkembang dengan jayanya hasil daripada komitmen luar biasa kami untuk menyiapkan projek pelanggan kami agar menepati masa, belanjawan dan dengan kualiti setinggi yang mungkin,' kata Oriana Zerbini, Ketua Pegawai Eksekutif CROMSOURCE. Kesannya, kami perlu menambahkan cawangan kami di Perancis, dan saya gembira untuk mengumumkan kami telah melakukan perkara ini melalui pengembangan pasukan kami dan pembukaan premis pejabat baharu.'

'Dengan lebih 33% kajian antarabangsa fasa II dan III yang dilakukan di sini, Perancis merupakan negara strategik yang penting bagi CROMSOURCE,' kata Christian Milla, Ketua Global Bahagian Perubatan dan Pengarah Operasi, Perancis. Christian ditempatkan di pejabat baharu yang terletak di kawasan Tebing Kiri di Paris, berhampiran dengan Universiti Sains dan Biopark Paris. "Kami telah memperluas aktiviti kami di sini dari tahun ke tahun dan kami tidak sabar-sabar lagi untuk terus berkembang di rantau ini pada tahun akan datang. Dengan tumpuan pelanggan yang kukuh, portfolio perkhidmatan yang menyeluruh dan capaian antarabangsa, kami ialah rakan kongsi pembangunan sempurna bagi industri sains hayat yang berkembang di Perancis. CROMSOURCE turut berada dalam senarai CRO yang diluluskan oleh Kementerian Penyelidikan Perancis (FMR) yang juga bermakna kebanyakan pelanggan kami boleh menuntut kredit cukai yang signifikan bagi aktiviti penyelidikan dan pembangunan yang dilaksanakan oleh CROMSOURCE bagi pihak mereka.'

Margherita Mosconi, Pengarah Pembangunan Projek Pelanggan, menambah, 'Terdapat permintaan yang tinggi di Perancis daripada syarikat teknologi perubatan dan biofarmaseutikal kecil bagi memperoleh rakan kongsi berpengetahuan yang boleh menyokong mereka dalam tempoh masa dan belanjawan yang tertentu. Pelanggan ini menghargai falsafah CROMSOURCE yang bertindak sebagai tambahan pakar untuk pasukan mereka. Kami memanfaatkan kepakaran kami dalam mencadangkan pendekatan yang optimum untuk setiap projek mereka. Apa yang menarik, kami memberi jaminan untuk menyediakan satu perancangan berkualiti paling tinggi, tepat pada masanya dan menepati belanjawan.'

Tentang CROMSOURCE: Ditubuhkan pada tahun 1994, CROMSOURCE merupakan penyedia antarabangsa berkualiti tinggi yang disahkan ISO, yang menyediakan perkhidmatan yang disalurkan kepada industri peranti farmaseutikal, bioteknologi dan perubatan, khususnya dalam bidang pembangunan klinikal dan penyelesaian kakitangan. CROMSOURCE adalah amat unik dalam menyediakan pelanggan dengan jaminan projek akan dihantar mengikut tempoh masa yang dipersetujui dan dalam belanjawan kontrak asal.

Hubungi:
Margherita Mosconi
CROMSOURCE (Ibu Pejabat Eropah)
Via Scuderlando, 10
37135 Verona, Itali

Tel: +39-045-8222811
Faks: +39-045-8222812

http://www.cromsource.com
margherita.mosconi@cromsource.com

SUMBER  CROMSOURCE

Source: CROMSOURCE
Keywords: Health Care/Hospital Outsourcing Businesses Corporate Expansion