omniture

CordenPharma Memuktamadkan Pengambilalihan Tiga Buah Kemudahan Pembuatan daripada Vifor Pharma

CordenPharma
2022-02-01 21:11 50

LUXEMBOURG, 1 Februari 2022 /PRNewswire/ -- CordenPharma, sebuah Organisasi Pembangunan & Pembuatan Kontrak (CDMO) dengan perkhidmatan lengkap terkemuka yang membekalkan API, Eksipien, Produk Ubat-ubatan dan perkhidmatan Pembungkusan yang berkaitan, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memuktamadkan pengambilalihan tiga buah kemudahan pembuatan daripada Vifor Pharma yang secara muktamadnya dinamakan semula sebagai Corden Pharma Fribourg S.A. (termasuk cawangannya di Ettingen) di Switzerland dan sebagai Corden Pharma Lisbon S.A. di Portugal.

Dr. Michael Quirmbach, Ketua Pegawai Eksekutif & Presiden CordenPharma berkata, "Kami mengalu-alukan penyertaan tiga buah tapak ini dan para pekerjanya sebagai ahli baharu kepada CordenPharma Group serta berharap dapat bekerjasama dengan Vifor pada masa akan datang untuk membekalkan produk ubat-ubatan siap Vifor Pharma termasuk kepada pelanggan sedia ada syarikat. Tapak farmaseutikal yang diambil alih ini memiliki tenaga kerja yang amat terlatih dengan kesesuaian budaya yang hebat, infrastruktur canggih dan rekod prestasi pematuhan yang kukuh. Peluang yang hebat ini sejajar dengan strategi kami untuk memperluas keupayaan CDMO kami."

Pengambilalihan tapak pembuatan Vifor Pharma ini akan memperluas keupayaan dan kapasiti CordenPharma dalam pembuatan bentuk dos produk ubat-ubatan bukan steril, termasuk tetapi tidak terhad kepada bentuk Dos Pepejal Oral (OSD) seperti tablet dan kapsul. Dengan penambahan tiga buah kemudahan baharu ini, rangkaian global CordenPharma kini merangkumi dua belas lokasi (11 tapak Amalan Pembuatan Baik atau GMP dan 1 makmal R&D) dengan sokongan daripada lebih 2,600 orang pekerja serta menjana jualan yang dijangka melebihi €800 juta pada tahun 2022.

Sila Lihat Siaran Akhbar di Tapak Web CordenPharma 

Tentang CordenPharma

CordenPharma, platform perkhidmatan & pembuatan farmaseutikal global bagi International Chemical Investors Group (ICIG), merupakan rakan kongsi perkhidmatan penuh dalam Organisasi Pembangunan & Pembuatan Kontrak (CDMO) bagi API, Eksipien, Produk Ubat dan Perkhidmatan Pembungkusan yang berkaitan. Melalui rangkaian kemudahan Amalan Pembuatan Baik semasa (cGMP) yang semakin meningkat di seluruh Eropah dan AS yang dikendalikan di bawah lima Platform Teknologi – Peptida, Lipid & Karbohidrat, Suntikan, Ubat Kuat & Onkologi serta Molekul Kecil – para pakar CordenPharma menukarkan proses dan projek yang kompleks pada mana-mana peringkat pembangunan menjadi produk bernilai tinggi.

Untuk maklumat lanjut tentang CordenPharma, sila hubungi kami atau layari cordenpharma.com.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1173757/CordenPharma_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: CordenPharma
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Acquisitions, mergers, takeovers