omniture

Mesyuarat Antarabangsa Ke-18 mengetengahkan hubungan dua hala antara Brazil dengan Amerika Syarikat

18th Meeting International
2013-10-02 09:31 122

SAO PAULO, 2 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- Semasa pembukaan Seminar Antarabangsa yang diadakan pada 27 September di Mesyuarat Antarabangsa ke-18 yang dianjurkan oleh LIDE – Grupo de Lideres Empresariais ['Kumpulan Pemimpin Perniagaan'], Helio Ramos, duta dan konsul besar Brazil di Miami, menegaskan kedua-dua negara itu sedang menikmati tempoh makmur bagi perniagaan. "Acara ini bertujuan untuk memupuk perhubungan antara Brazil dengan Amerika Syarikat," kata Ramos. Pertemuan itu mengumpulkan 200 eksekutif dan pegawai kerajaan dari Brazil dan A.S. mulai 26 September hingga 29 September di Miami, Florida.

Gabenor Florida Rick Scott menyeru pengukuhan hubungan ekonomi dengan Brazil, dan mengkritik keperluan untuk mendapatkan visa antara kedua-dua negara sewaktu perbincangan panel pertama hari itu tentang "Hubungan ekonomi, keinstitusian dan pelancongan antara Brazil dengan Amerika Syarikat." "Masalah visa ini ialah masalah yang signifikan, kerana saya mahu menambahkan lagi hubungan kami dengan negara lain, khususnya Brazil," kata Gabenor, yang menerima sokongan daripada Presiden LIDE, Joao Doria Jr.

Pada Gabenor Goias, Marconi Perillo, penghasilan pertanian daripada negeri beliau ialah bahagian yang sangat penting dalam keseimbangan perdagangan itu. "Goias bertanggungjawab untuk 50% daripada penghasilan bijirin negara, separuh daripada kawanan haiwan ternakan, dan 20% daripada tebu untuk penghasilan etanol Brazil," terang beliau.

"Setakat ini pertanian Brazil adalah yang paling mampan di dunia," kata Roberto Rodrigues, bekas Menteri Pertanian dan Presiden LIDE AGRONEGOCIOS ['LIDE Agribusiness'] dalam ucapan beliau tentang "Kekuatan etanol dan oren dalam eksport Brazil ke A.S." Pada tahun 2012, keseimbangan perdagangan Brazil mempunyai lebihan sebanyak AS$ 19 bilion. Perniagaan pertanian sahaja menyumbang AS$ 79 bilion.

Etanol dan jus oren ialah dua produk yang menyerlah antara eksport berpotensi perniagaan pertanian Brazil ke Amerika Syarikat. Krisis pada tahun 2008 menyebabkan Brazil mengurangkan penghasilan etanol, dan buat masa kini tiada loji yang sedang dibina. "Kerajaan mahu memerangi inflasi dan salah satu cara untuk mengelakkannya daripada berlaku ialah dengan membekukan harga minyak, yang menyebabkan kenaikan harga etanol," jelas bekas menteri itu.

Amerika Syarikat ialah pasaran kedua terbesar untuk jus oren kami, dengan Kesatuan Eropah merupakan pasaran terbesar kami. Hari ini terdapat 27 bilion liter yang dihasilkan di Brazil, dengan lebihan 6 ke 7 bilion liter untuk dieksport. "Pada bulan Ogos, kami mengeksport lebih banyak etanol ke A.S. berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Ruang untuk pertumbuhan di A.S. adalah sangat luas, tetapi kita perlu menjadikan duti import Amerika lebih fleksibel," beliau menyatakan.

Maklumat lanjut untuk akhbar:
CDN - Comunicacao Corporativa:
 
Erica Valerio
 erica.valerio@cdn.com.br,  +55-(11)-3643-2710

Source: 18th Meeting International
Keywords: Agriculture Publishing/Information Service Trade show news