omniture

Aplikasi Trillion yang dikuasakan Realiti Terimbuh (AR) membolehkan percubaan pemakaian barang kemas berharga secara maya

Trillion
2022-02-02 08:00 16

LONDON, 2 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Pelancaran aplikasi Trilion yang dikuasakan Realiti Terimbuh (AR) telah merentasi sempadan bagi jenama barang kemas dan pencinta barang kemas. Dengan menggabungkan rangkaian neural dan kecerdasan buatan, aplikasi Trilion membolehkan anda mencuba barang kemas berharga dengan hanya menggunakan kamera telefon anda dari mana-mana sahaja di dunia.

 

Dikeluarkan baru-baru ini di App Store dan Google Play, aplikasi Trilion ini membolehkan para pengguna mencuba semua jenis barang kemas yang popular secara maya. Hanya pilih satu barang kemas dari galeri aplikasi tersebut dan halakan kamera telefon anda pada anggota badan yang tertentu untuk menikmati pengalaman mencuba yang sangat realistik dan kongsikannya dengan rakan-rakan. 

Aplikasi Trillion memberikan kesan segera yang tepat dan nyata dalam kehidupan. Peletakan barang kemasnya dapat menjejaki bentuk anda dengan sempurna semasa bergerak atau menukar sudut kamera. Selain itu, aplikasi Trilion ini menyokong pandangan 360 darjah yang dikuasakan oleh teknik pemodelan 3D yang canggih. Mod pandangan 360 darjah menunjukkan setiap barang kemas dengan tepat sambil memaparkan setiap aspek dan perincian individu.

Merancang untuk bekerjasama dengan pelbagai jenama barang kemas dan pereka dalam masa terdekat, pasukan Trilion percaya bahawa teknologi AR mereka dapat membantu kedua-dua jenama barang kemas dan juga pencinta barang kemas. Pada masa kini, jenama tidak hanya bersaing untuk menyediakan produk yang terbaik, tetapi juga untuk memberikan pengalaman yang unik dan tidak dapat dilupakan kepada para pelanggan. Percubaan pemakaian menggunakan AR menawarkan pengalaman yang menyegarkan dan tidak dapat dilupakan yang turut meningkatkan penglibatan pelanggan dan penukaran dalam talian dengan mengukuhkan kesetiaan dan mengurangkan pemulangan semula.

"Kami teruja untuk menjadi sebahagian daripada perubahan revolusioner yang berterusan dalam amalan pengguna dan peruncitan. Aplikasi Trilion ini dijadikan satu konsep dengan hasrat untuk menyediakan pengalaman mencuba secara maya kepada para pengguna yang cukup realistik seperti mencubanya di kedai," kata Ketua Pegawai Teknologi aplikasi Trillion, Sergey Paskhalov.

Bercakap tentang keunikan, selain daripada mencuba secara maya, aplikasi ini mempunyai avatar digital bernama Amelie. Beliau merupakan model maya yang menunjukkan set barang kemas pilihan yang dikumpulkan dalam bahagian Tatapan. Tidak lama lagi Amelie bukan sahaja dapat menukar barang kemasnya, tetapi juga seluruh pemakaiannya. Ini bermaksud Trilion sedang berusaha untuk bekerjasama dengan jenama pakaian fesyen dalam masa terdekat.

Akhir sekali, dengan menampilkan pilihan untuk meneruskan pembelian atau menambah barang kemas pada Senarai Permintaan, Trilion menawarkan pengalaman pelanggan lengkap yang boleh anda nikmati daripada keselesaan rumah anda sendiri atau di mana-mana sahaja di dalam dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila pergi ke laman sesawang rasmi Trillion.

Video - https://www.youtube.com/watch?v=iy_qIG3byOY

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1735463/Trillion_customer_experience.jpg?p=medium600

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1735465/Trillion_Logo.jpg?p=medium600

 

Complete customer experience in the Trillion app.
Complete customer experience in the Trillion app.

 

 

Source: Trillion
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Mobile Entertainment Retail Telecommunications New products/services