LONDON, 2 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- GSMA hari ini mengumumkan beberapa jurucakap baharu bagi persidangan Siri-360 Mudah Alih-Timur Tengah, termasuk eksekutif peringkat ketua daripada Du, NEC, Ooredoo dan Viva Bahrain, antara lainnya. 360 Mudah Alih-Timur Tengah akan diadakan pada 21-22 Oktober di Dubai dan akan berlangsung serentak dengan GITEX di Pusat Dagangan Dunia Dubai di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.
"Dalam masa tiga minggu sahaja, persidangan sulung 360 Mudah Alih-Timur Tengah akan membawa bersama ketua syarikat daripada seluruh ekosistem mudah alih untuk meneroka arah aliran dikhususkan rantau, serta peluang dan cabaran yang dihadapi oleh industri kita di rantau ini," kata Michael O'Hara, Ketua Pegawai Pemasaran, GSMA. "Para hadirin 360 Mudah Alih-Timur Tengah akan mempunyai peluang istimewa untuk mendengar perspektif dan wawasan daripada pakar bidang, eksekutif kanan dan ketua pegawai eksekutif yang meneraju dan juga berkongsi pengalaman dan pengetahuan bersama rakan seangkatan."
Eksekutif kanan daripada syarikat mudah alih yang meneraju di seluruh rantau ini baru-baru ini disahkan untuk berucap dalam ucapan utama dan program persidangan 360 Mudah Alih-Timur Tengah, termasuklah:
Pemimpin ini turut menyertai jurucakap yang diumumkan sebelum ini dalam persidangan itu:
360 Mudah Alih-Timur Tengah yang menampilkan pembentangan ucapan utama yang berwawasan, temu bual merangsang minda dan sesi panel interaktif, akan menangani isu, peluang dan juga cabaran paling penting yang dihadapi oleh industri mudah alih. Persidangan itu akan mengupas pelbagai topik yang menarik minat di rantau Timur Tengah termasuk perdagangan mudah alih dan NFC; peranan mudah alih dalam sektor industri seperti automotif, penjagaan kesihatan dan bandar pintar; strategi evolusi rangkaian; dan implikasi data besar untuk mudah alih, antara lainnya.
Peneraju industri yang memberi sokongan kepada 360 Mudah Alih-Timur Tengah termasuklah Penaja Acara Tuan Rumah, Etisalat; Ooredoo, Penaja Acara Platinum; Ericsson, Penaja Acara Emas; dan Huawei, Penaja Acara Perak. Ibu Negara Dunia Mudah Alih Barcelona pula merupakan Rakan Kongsi Global bagi acara GSMA.
Bagi maklumat lanjut tentang 360 Mudah Alih-Timur Tengah, termasuk agenda persidangan dan maklumat pendaftaran, sila layari www.mobile360series.com/middle-east/.
Tentang GSMA
GSMA mewakili kepentingan pengendali mudah alih di seluruh dunia. Dengan melibatkan lebih 220 negara, GSMA menyatukan hampir 800 pengendali mudah alih di seluruh dunia dengan 250 syarikat dalam ekosistem mudah alih yang lebih luas, termasuk pembuat peranti dan telefon bimbit, syarikat perisian, penyedia peralatan dan syarikat Internet, serta organisasi dalam sektor industri seperti perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan, media, pengangkutan dan kemudahan. GSMA turut menganjurkan acara yang menerajui industri seperti Kongres Dunia Mudah Alih dan Ekspo Asia Mudah.
Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web korporat GSMA di www.gsma.com. Ikuti GSMA di Twitter: @GSMA.