omniture

Platform Analisis Pemasaran Mudah Alih Adjust Lantik Ketua Pegawai Eksekutif Baharu

Adjust
2022-02-02 13:24 33

Veteran Adjust, Simon Dussart akan menerajui fasa pertumbuhan global syarikat yang seterusnya 

SAN FRANCISCO, 2 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Adjust, platform analisis pemasaran mudah alih, hari ini mengumumkan bahawa ia telah melantik Simon (Bobby) Dussart sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, berkuat kuasa serta-merta. Pengasas Bersama yang juga mantan Ketua Pegawai Eksekutif, Paul H. Müller akan meneruskan tugasnya di syarikat ini atas kapasiti sebagai penasihat. 

Adjust has appointed veteran Simon "Bobby" Dussart as CEO of the mobile marketing analytics platform. Adjust has grown its customer base by over 30% in the past year, positioning the company well for continued accelerated growth under Dussart’s leadership. Dussart joined Adjust in 2014, and has played an instrumental role in Adjust’s transition from being a standalone mobile measurement partner (MMP) to the platform that powers marketers’ decision-making.
Adjust has appointed veteran Simon "Bobby" Dussart as CEO of the mobile marketing analytics platform. Adjust has grown its customer base by over 30% in the past year, positioning the company well for continued accelerated growth under Dussart’s leadership. Dussart joined Adjust in 2014, and has played an instrumental role in Adjust’s transition from being a standalone mobile measurement partner (MMP) to the platform that powers marketers’ decision-making.

"Adjust ialah platform analitik global yang terkemuka pada hari ini hasil daripada visi, ketabahan dan minat Paul terhadap industri ini," kata Adam Foroughi, Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif AppLovin yang telah mengambil alih Adjust pada tahun lepas. "Bobby menyertai Adjust pada peringkat yang amat awal dan seorang yang sangat berdedikasi terhadap produk dan inovasi syarikat sejak itu. Beliau bersemangat untuk memenuhi keperluan pelanggan — memastikan mereka menjadi keutamaan dalam setiap perkara yang dilakukan Adjust — dan beliau memiliki kebolehan kepemimpinan semula jadi. Semua ini menjadikan beliau seorang yang sempurna untuk mengetuai Adjust dalam fasa seterusnya ini."

Adjust telah mengembangkan pangkalan pelanggannya melebihi 30% pada tahun lalu yang meletakkan syarikat ini pada kedudukan yang baik untuk pertumbuhan pesat yang berterusan di bawah kepemimpinan Dussart sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Adjust yang baharu. Terbaharu, Dussart berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Pelanggan (CCO) dengan mengetuai organisasi perkhidmatan pelanggan global Adjust yang luas bagi memastikan para pelanggan mempunyai semua alat dan sokongan teknikal yang mereka perlukan untuk kejayaan jangka panjang. Beliau menyertai Adjust pada tahun 2014 sebagai salah seorang ahli pasukan syarikat ini yang terawal dan telah memainkan peranan penting dalam peralihan Adjust daripada rakan pengukuran mudah alih (MMP) kendiri kepada platform yang menguasakan pemasar membuat keputusan sambil menjadi pilihan utama kepada pelanggan, ketika beliau memegang tugas sebagai CCO.

"Bobby merupakan rakan kongsi yang berharga dan dipercayai sejak penubuhan Adjust, dengan gabungan kepakarannya yang unik dalam pertembungan antara pembangunan teknologi, kejayaan pelanggan dan pengurusan operasi," ulas Müller. "Beliau mempunyai pemahaman yang mendalam tentang keperluan pelanggan, sebab mereka memilih Adjust berbanding MMP yang lain dan cara produk Adjust sebenarnya dibina, menjadikan beliau berada pada kedudukan yang sempurna untuk melaksanakan visi kami menjadi satu set penyelesaian yang memperkasakan pemasar mudah alih dalam setiap aspek pekerjaan mereka."

"Adjust berada pada titik yang menarik dan evolusi dalam perjalanan syarikat kami. Saya tidak sabar menantikan fasa seterusnya ini ketika kami terus membangunkan penyelesaian inovatif yang sentiasa menangani keperluan pemasar mudah alih pada hari ini — memberikan nilai tambah kepada lebih banyak perniagaan di seluruh dunia termasuk mempercepatkan pertumbuhan di China dan Asia Tenggara serta penerajuan berterusan di Eropah, Timur Tengah dan Afrika (EMEA) serta Jepun," kata Dussart.

Dussart telah memegang beberapa jawatan sepanjang 8 tahun berkhidmat di Adjust, termasuk memegang jawatan sebagai Ketua Penyelesaian dan Penyepaduan serta sebagai Naib Presiden Sokongan — kesemuanya memberi tumpuan yang jitu terhadap sokongan kepada para pelanggan Adjust dan memahami selok-belok produk Adjust demi memastikan produk ini memenuhi keperluan para pemasar yang semakin meningkat. Sebelum menyertai syarikat tersebut, di antaranya beliau telah memegang jawatan dalam pembangunan perisian di LaCIME Research Lab dan BonGo Innovations. Dussart memiliki ijazah Sarjana Sains dalam elektronik dan komunikasi daripada Technological University Dublin serta ijazah sarjana dalam telekomunikasi dan kejuruteraan rangkaian daripada IMT Nord Europe, salah sebuah sekolah kejuruteraan awam yang paling terkenal di Perancis.

Tentang Adjust
Adjust  ialah platform analisis pemasaran mudah alih yang dipercayai oleh pemasar yang dipacu pertumbuhan di seluruh dunia, dengan penyelesaian untuk mengukur dan mengoptimumkan kempen serta melindungi data pengguna. Adjust menguasakan beribu-ribu aplikasi dengan kecerdasan dan automasi terbina dalam yang disokong oleh sokongan pelanggan global yang responsif.

Pada tahun 2021, Adjust telah diambil alih oleh AppLovin (Nasdaq: APP), sebuah platform pemasaran terkemuka yang menyediakan satu set penyelesaian bersepadu yang hebat kepada pembangun untuk mengembangkan aplikasi mudah alih mereka. Ketahui lebih lanjut tentang Adjust di www.adjust.com.

Maklumat hubungan 
Joshua Grandy
pr@adjust.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1737930/Dussart.jpg?p=medium600 

 

Source: Adjust
Related Stocks:
NASDAQ:APP
Keywords: Advertising Computer/Electronics Personnel announcements Data Analytics