omniture

StorPool Storage umum pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 30% bagi tahun 2021, Markah Bersih Penggalak sebanyak 92% dan kemas kini penyelesaian utama

StorPool Storage
2022-02-02 14:00 35

SOFIA, Bulgaria, 2 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Penyedia perisian storan terkemuka, StorPool mengumumkan pertumbuhan pendapatan Tahun ke Tahun yang kukuh sebanyak 30% pada tahun 2021. Pada tahun lepas, StorPool telah mengukuhkan kedudukannya di pasaran storan dan meneruskan pembangunan platformnya.

StorPool Storage  membangunkan platform storan utama yang paling dipercayai dan pantas yang digunakan oleh pembangun awan awam dan swasta sebagai asas untuk awan mereka. Walaupun berlaku pandemik global, StorPool mengembangkan pangkalan pelanggannya dengan Penyedia Perkhidmatan Terurus dan Awan yang besar. Syarikat ini melabur dalam pengembangan infrastrukturnya dan memberikan tawaran storan berpusatkan pelanggan yang ideal untuk syarikat-syarikat yang bermatlamat mengoptimumkan dan mengembangkan perkhidmatan awan mereka, menghapus masalah storan data atau mendapatkan akses kepada data yang pantas dan boleh dipercayai.

Pada tahun 2021, syarikat tersebut mengeluarkan StorPool Storage versi 19.3 dengan memperkenalkan perubahan yang besar seperti pengurusan antara muka pengguna grafik (GUI) dan peningkatan sokongan pengkomputeran awan sumber terbuka.

Baru-baru ini, syarikat ini mengumumkan keluaran utama seterusnya iaitu versi 19.4 yang menawarkan ketangkasan dan kebolehpercayaan, keserasian perkakasan dan perisian yang dikemas kini, pengurusan dan pemantauan perubahan serta penambahbaikan dalam ciri-ciri asli kesinambungan perniagaan yang lebih baik.

Sepanjang dua tahun yang lalu semasa pandemik global ini, StorPool telah menyaksikan pertumbuhan pelanggan dan pendapatan yang mantap serta memperluas pasukan syarikatnya kira-kira 25% setiap tahun.

Pada penghujung tahun 2021, StorPool telah memenangi tempat pertama dalam kategori "Projek Transformasi Storan Terbaik Tahun Ini" di anugerah SDC 2021. StorPool turut diiktiraf oleh HostingAdvice sebagai peneraju dalam Storan Blok Ditentukan Perisian Teragih untuk perusahaan, penyedia perkhidmatan terurus (MSP) dan penyedia pengehosan.

Pada penghujung tahun 2020, StorPool telah dinobatkan sebagai Vendor Storan Ditentukan Perisian (SDS) Terbaik Tahun Ini di Storage Awards. Syarikat inovatif yang sedang meningkat naik ini menduduki tempat pertama dengan meninggalkan syarikat gergasi teknologi, IBM sebagai naib johan dalam kategori ini.

"Tahun 2021 merupakan tahun yang berjaya untuk StorPool dengan peningkatan dalam menarik pelanggan, pelbagai penambahbaikan produk dan ahli pasukan baharu yang berharga menyertai syarikat", kata Boyan Ivanov, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Bersama StorPool Storage.

"Keperluan para pelanggan kami sedang berkembang dan kami sedang mengembangkan produk kami berdasarkan matlamat mereka untuk mencapai projek semasa dan visi masa depan mereka. Kami sentiasa memajukan StorPool Storage bagi memenuhi jangkaan kematangan produk pelanggan semasa dan berpotensi, terutamanya pengguna utama dengan awan berskala besar seperti penyedia perkhidmatan IT dan peneraju perisian sebagai perkhidmatan (SaaS) atau e-dagang.", tambah Alex Ivanov, Ketua Produk StorPool Storage.

https://storpool.com/ 

 

 

Source: StorPool Storage
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital Economic news, trends, analysis