LONDON, 2 Februari 2022 /PRNewswire/ -- 10x Banking (10x) hari ini mengumumkan pelantikan tiga pemimpin kanan jualan dan pemasaran untuk mendorong pertumbuhan peringkat seterusnya sebagai penyedia teknologi teras perbankan.
Pelantikan ini dilakukan susulan pengumuman pada bulan Jun 2021 daripada firma tersebut tentang pusingan pembiayaan Siri C yang terlebih langganan bernilai $187 juta yang diterajui bersama oleh dana yang diuruskan oleh BlackRock dan Canada Pension Plan Investment Board (CPP Investments) dan disokong oleh pelabur sedia ada iaitu JPMorgan Chase, Nationwide, Ping An dan Westpac. 10x menggunakan pembiayaan ini untuk menyokong rancangan pengembangan ke pasaran baharu serta melabur dalam pembangunan berterusan platform natif awan SuperCore™.
Sejak tahun 2016, 10x telah memberi tumpuan kepada pembangunan SuperCore iaitu platform teras perbankan yang modular, selamat, boleh dipercayai dan boleh diskala. SuperCore dibina khas untuk menyampaikan produk, perkhidmatan dan pengalaman pelanggan kepada pelanggan runcit dan PKS dengan lebih cepat dan lebih menjimatkan kos.
SuperCore membolehkan bank memberikan perkhidmatan kepada pelanggan dengan lebih baik dan menggunakan teknologi pintar untuk menyampaikan transformasi sebenar. Pada bulan September 2021 Chase telah mengumumkan kerjasama dengan 10x untuk menguasakan penyertaannya ke pasaran perbankan runcit di UK. Pelanggan 10X yang lain termasuk Westpac, bank yang pertama dan tertua di Australia yang menggunakan platform Perbankan sebagai Perkhidmatan (BaaS) baharu yang dikuasakan oleh SuperCore, telah memperoleh banyak kerjasama baharu. Di antaranya ialah Afterpay yang akan menyediakan akaun transaksi dan simpanan serta alat pengurusan aliran tunai yang lain kepada lebih 3 juta pelanggannya di Australia.
"Ketika kami memasuki fasa pertumbuhan seterusnya, pengalaman perkhidmatan kewangan dan kualiti yang dibawa oleh pembangunan perniagaan baharu ini kepada perniagaan kami akan mengukuhkan lagi keupayaan kami untuk menyampaikan penyelesaian berpusatkan pelanggan yang meningkatkan pengalaman setiap pelanggan," kata Antony Jenkins, Pengasas merangkap Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif 10x Banking.
Lucy Heavens menyertai syarikat ini sebagai Ketua Pegawai Pemasaran. Beliau membawa pengalaman yang luas dalam Teknologi Kewangan dan Teknologi Kawal Selia serta telah memegang jawatan pemasaran kanan di Wealth Dynamix, CUBE dan SimCorp. Lucy juga merupakan Pengasas Bersama bagi RegTech Women.
Tom Phillips menyertai syarikat ini sebagai Naib Presiden Kanan, Pembangunan Perniagaan, Eropah. Tom membawa bersama perspektif global yang luas ke 10x dah telah berkhidmat dengan beberapa bank dan penyedia Teknologi Kewangan termasuk JPMorgan Chase & Co dan Deutsche Bank.
Nicholle Lindner menyertai syarikat ini sebagai Pengarah Serantau, Asia Pasifik (APAC). Sebagai ketua industri perkhidmatan kewangan dan penasihat perbankan digital yang berpengalaman, Nicholle telah memegang jawatan perundingan pengurusan dan perbankan kanan di Westpac, Commonwealth Bank of Australia, National Australia Bank, Unisys dan Capgemini.
Tentang 10x Banking
10x Banking (10x) ialah sebuah syarikat teknologi kewangan dengan misi untuk membawa bank daripada monolitik ke penyelesaian teras perbankan generasi seterusnya yang disampaikan melalui sistem operasi bank Perisian sebagai Perkhidmatan (SaaS) natif awan yang paling menyeluruh dan unggul di dunia.
Dengan platform teras perbankan yang modular, selamat, boleh dipercayai dan boleh diskala, 10x menyokong tingkah laku produk dan peraturan perakaunan yang amat boleh disesuaikan, disepadukan dengan rangkaian teknologi bank yang lebih luas dan serasi dengan pematuhan tempatan dan serantau serta syarat-syarat kawal selia. SuperCore membolehkan bank menyampaikan produk, perkhidmatan dan pengalaman pelanggan kepada pelanggan runcit dan PKS dengan lebih cepat dan lebih menjimatkan kos.
10x telah ditubuhkan pada tahun 2016 oleh Antony Jenkins yang merupakan mantan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Barclays.