omniture

Persekutuan Pergigian Sedunia FDI melancarkan Cabaran 'Mouth Proud' dengan persoalan 'Bagaimana anda menjaga kesihatan mulut anda?'

FDI World Dental Federation
2022-02-02 16:00 43

Cabaran ini menyatukan orang ramai dalam sambutan Hari Kesihatan Oral Sedunia 2022 yang berlangsung pada 20 Mac dengan meminta orang ramai berkongsi gambar dan video menyeronokkan yang menunjukkan cara mereka menjaga kesihatan mulut mereka demi kebahagiaan dan kesejahteraan mereka serta memberi inspirasi kepada orang lain untuk melakukan perkara yang sama

GENEVA, 2 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Sempena sambutan Hari Kesihatan Oral Sedunia 2022, Persekutuan Pergigian Sedunia FDI (FDI) menjemput semua orang untuk mengambil bahagian dalam #MouthProudChallenge dan melakukan komitmen peribadi untuk mengutamakan kesihatan mulut dengan merakam detik tersebut dengan alat poster tersuai #MouthProud dalam talian atau penapis media sosial Mouth Proud (terdapat di Instagram dan Facebook).

Peserta individu boleh menunjukkan komitmen mereka terhadap kesihatan mulut yang baik dengan menggunakan bingkai #MouthProud pada video atau gambar, sebagai contoh sambil memberus gigi dan menggunakan flos dengan betul, mengurangkan makanan bergula, makan makanan yang sihat atau bertemu doktor gigi untuk menjalani pemeriksaan. Para profesional penjagaan kesihatan mulut boleh terlibat dengan menonjolkan perkara yang mereka sudah lakukan: menjadikan pesakit berbangga dengan mulut mereka demi mencapai kualiti kehidupan yang lebih baik. Mereka boleh menggunakan bingkai tersebut untuk menunjukkan amalan kebersihan oral yang baik, teknik memberus gigi yang betul atau sekadar melontarkan senyuman semula jadi untuk menceriakan seseorang. Para peserta dijemput untuk mencalonkan empat rakan atau rakan sekerja untuk mengambil bahagian dalam pergerakan digital ini.

Kesihatan mulut yang buruk memberi kesan kepada hampir 3.5 bilion orang di seluruh dunia dengan akibat yang teruk, namun orang ramai tidak menyedari bagaimana mulut yang tidak sihat boleh memberi kesan yang besar terhadap kehidupan mereka; menyebabkan kesakitan dan penderitaan yang teruk yang menyebabkan kualiti kehidupan terjejas. Melalui tema kempennya "Be Proud of Your Mouth" (Berbangga dengan Mulut Anda) yang dijalankan selama tiga tahun, FDI berharap dapat memotivasikan orang ramai untuk menghargai dan menjaga mulut mereka serta memahami bahawa dengan berbuat demikian, mereka juga membantu melindungi kebahagiaan dan kesejahteraan mereka. Ini kerana matlamat hidup yang bahagia dapat menyatukan kita semua.

"Semua orang boleh melakukan tindakan peribadi pada Hari Kesihatan Oral Sedunia ini untuk membantu memulakan trend baharu demi kebahagiaan dan kesejahteraan," kata Presiden FDI, Prof. Ihsane Ben Yahya. "Marilah kita bersama-sama meningkatkan kesedaran, menambah baik pendidikan serta mendorong tindakan peribadi dan kolektif pada skala global tentang kepentingan kesihatan mulut untuk semua."

FDI dengan bangganya mengumumkan dua rakan kongsi baharu untuk kempen Berbangga dengan Mulut Anda – demi kebahagiaan dan kesejahteraan anda : Align Technology dan Dentsply Sirona yang akan menyertai Unilever, rakan kongsi FDI yang telah lama terjalin dan berharga dalam menyokong kempen ini. Selain itu, Listerine® turut menyertai Program Penjagaan Kesihatan Oral Wrigley sebagai Penyokong Global baharu.

"Hari Kesihatan Oral Sedunia tidak mungkin berjaya tanpa sokongan Rakan Kongsi dan Penyokong Global kami. Hanya dengan semua pihak berkepentingan utama berusaha secara bersama-sama, kita boleh berharap untuk melindungi kesihatan mulut penduduk di seluruh dunia," kata Presiden FDI, Prof. Ihsane Ben Yahya.

Bersiap sedia untuk menjadi #MouthProud demi kebahagiaan dan kesejahteraan anda. Sila layari http://www.worldoralhealthday.org dan gunakan pelbagai sumber yang tersedia secara percuma. Lihat halaman https://www.worldoralhealthday.org/mouthproudchallenge untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara anda boleh menyertai #MouthProudChallenge.

- Gambar boleh didapati di AP Images (http://www.apimages.com) -

Tentang Hari Kesihatan Oral Sedunia 

Disambut setiap tahun pada 20 Mac, Hari Kesihatan Oral Sedunia (WOHD) dilancarkan oleh Persekutuan Pergigian Sedunia FDI untuk meningkatkan kesedaran global tentang pencegahan dan kawalan penyakit mulut.

www.worldoralhealthday.org 
#WOHD22
#MouthProud

Tentang Persekutuan Pergigian Sedunia FDI 

Persekutuan Pergigian Sedunia FDI berfungsi sebagai badan perwakilan utama untuk lebih satu juta doktor gigi di seluruh dunia. Keahliannya terdiri daripada 200 persatuan pergigian kebangsaan dan kumpulan pakar di lebih 130 buah negara. FDI mempunyai visi untuk memimpin dunia ke arah kesihatan oral yang optimum.

https://www.fdiworlddental.org 
facebook.com/FDIWorldDentalFederation 
https://www.worldoralhealthday.org 
twitter.com/FDIWorldDental 
https://www.linkedin.com/company/fdiworlddentalfederation 

Hubungan media:
Charanjit Jagait 
Pengarah Komunikasi & Sokongan FDI
cjagait@fdiworlddental.org 
+41 797967613

 

 

Source: FDI World Dental Federation
Keywords: Computer/Electronics Dentistry Health Care/Hospital Social Media