omniture

SCHOLLE IPN MENGUMUMKAN BAHAWA MEREKA AKAN DIAMBIL ALIH OLEH SIG, MEMBENTUK SEBUAH SYARIKAT PEMBUNGKUSAN TERKEMUKA

Scholle IPN
2022-02-03 07:30 53

NORTHLAKE, Illinois, 3 Februari 2022 /PRNewswire/-- Scholle IPN, pembekal global terkemuka dalam penyelesaian pembungkusan fleksibel, hari ini mengumumkan bahawa ia telah bersetuju untuk diambil alih oleh SIG, sebuah syarikat pembungkusan karton aseptik yang terkemuka di dunia.

SIG announces acquisition of packaging leader, Scholle IPN.
SIG announces acquisition of packaging leader, Scholle IPN.

SIG yang ditubuhkan pada tahun 1853 dan beribu pejabat di Neuhausen, Switzerland, merupakan penyedia sistem dan penyelesaian terkemuka untuk pembungkusan karton aseptik. Syarikat ini bekerjasama dengan para pelanggannya untuk menyampaikan produk makanan dan minuman kepada pengguna di seluruh dunia dengan cara yang selamat, lestari dan berpatutan.­ Teknologi unik SIG dan kapasiti inovasinya yang luar biasa membolehkan syarikat tersebut menyediakan penyelesaian produk berbeza yang serba lengkap kepada para pelanggannya dengan kilang yang lebih pintar dan pek terhubung, semuanya untuk menangani keperluan pengguna yang sentiasa berubah-ubah. Kelestarian adalah penting bagi SIG kerana ia menggunakan pendekatan 'Way Beyond Good' untuk mencipta sistem pembungkusan makanan sifar karbon yang positif.

Setelah digabungkan, syarikat baharu ini akan mengupah hampir 8,000 orang pekerja di 69 tapak jualan dan pembuatan di seluruh dunia. Pasukan ini akan berkhidmat kepada pelanggan cip biru di enam benua. Keupayaan teknologi dan R&D yang dimiliki bersama dalam substrat kertas boleh baharu, penyemperitan filem, pengacuan suntikan dan peralatan pengisian ini, didayakan oleh minda pembuatan industri 4.0 dan hasrat untuk menjadi rakan kongsi pembungkusan lestari yang terkemuka di atas muka bumi.

Samuel Sigrist, Ketua Pegawai Eksekutif SIG, mengulas tentang gabungan perniagaan ini, "Pengambilalihan Scholle IPN mengukuhkan kedudukan SIG sebagai peneraju global dalam pembungkusan makanan dan minuman yang inovatif dan lestari. Hal ini selaras dengan strategi pengembangan geografi dan kategori kami serta strategi untuk memperoleh keuntungan di pasaran utama. Dengan memberikan manfaat yang jelas kepada pelanggan, pengguna dan alam sekitar, kami akan memacu nilai untuk para pemegang saham."

Gabungan SIG dan Scholle IPN memperluas pendedahan kolektif mereka terhadap pasaran akhir yang semakin berkembang dan berdaya tahan. Portfolio penyelesaian karton makanan dan minuman lestari yang terkemuka di pasaran akan diperluas bagi merangkum beg dalam kotak Scholle IPN dan kantung bermuncung untuk pelanggan runcit, institusi dan perindustrian.

Laurens Last, Pengerusi dan pemilik Scholle IPN menyatakan, "Saya teruja dengan masa depan gabungan perniagaan ini dan saya tidak sabar menantikan inovasi kami, dengan SIG sebagai pembangun substrat dan penyelesaian pembungkusan yang menerajui kelestarian." Encik Last akan dicalonkan untuk pemilihan Ahli Lembaga Pengarah SIG dalam Mesyuarat Agung Tahunan syarikat pada 7 April 2022. 

Ross Bushnell, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Scholle IPN, akan terus memimpin perniagaan warisan Scholle IPN dan akan menyertai Lembaga Eksekutif Kumpulan SIG selepas urus niaga ini diselesaikan. Encik Bushnell mengulas bahawa "SIG dan Scholle IPN merupakan perniagaan yang sangat saling melengkapi dari segi pendekatan pasaran dan kepentingan kelestarian produk kami. Saya percaya gabungan semangat keusahawanan, tindak balas pasaran yang pantas dan keupayaan R&D yang dikongsi bersama akan membolehkan kami mempercepat inovasi untuk para pelanggan kami dan memperkukuh pasaran yang diterajui secara kolektif dalam penyelesaian pembungkusan lestari – terutamanya tawaran aseptik dan mono-bahan yang penting bagi pembungkusan untuk ekonomi kitaran."

Urus niaga ini dijangka dimuktamadkan sebelum penghujung suku ketiga tahun 2022 tertakluk kepada syarat-syarat penyelesaian yang lazim.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.scholleipn.com atau https://www.sig.biz/en

Source: Scholle IPN
Keywords: Paper/Forest Products/Containers Acquisitions, mergers, takeovers