omniture

'Ignite' untuk meningkatkan penciptaan kandungan digital dan pengeluaran media Arab Saudi dengan pelaburan berjumlah USD1.1 bilion

LEAP22
2022-02-03 18:02 52

RIYADH, Arab Saudi, 3 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Arab Saudi hari ini mengumumkan Ignite, sebuah program baharu untuk penciptaan dan pengeluaran kandungan digital, pelaburan baharu serta sokongan untuk infrastruktur komunikasi dan kesalinghubungan generasi akan datang; dan sebuah kerjasama yang akan menyaksikan Trend Micro membuka ibu pejabat serantaunya di Riyadh. Pengumuman tersebut dibuat di acara LEAP22 iaitu platform teknologi global yang berlangsung di Riyadh.

US$1.1bn Ignite to uplift Saudi digital content creation
US$1.1bn Ignite to uplift Saudi digital content creation

Program dan pelaburan baharu ini merupakan sebahagian daripada perancangan Arab Saudi untuk mempercepat ekosistem digitalnya dan memanfaatkan kedudukannya di wilayah Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA) untuk menjadi ekonomi digital antarabangsa terkemuka.

IGNITE 

Majlis Kandungan Digital mengumumkan Ignite, sebuah program baharu yang akan mengubah Arab Saudi menjadi sebuah hab pengeluaran media dan hiburan digital yang terkemuka. Program ini bermatlamat untuk mewujudkan ekosistem menyeluruh yang akan menarik syarikat-syarikat kandungan digital serta mengembangkan sektor penciptaan media dan kandungan tempatan.

Ignite menyasarkan untuk meningkatkan saiz pasaran kandungan digital Arab Saudi dalam permainan, audio, video dan pengiklanan sebanyak tiga kali ganda. Program ini dibiayai oleh pelaburan bernilai USD1.1 bilion dengan insentif termasuk sokongan kewangan untuk syarikat tempatan, serantau dan antarabangsa serta syarikat pemula; pembangunan infrastruktur; program pembangunan bakat serta dasar dan peraturan yang lebih baik.

Program ini merangkumi dana untuk menyokong industri filem dan permainan tempatan. Arab Saudi juga akan meningkatkan langkah-langkah perlindungan harta intelek dan menawarkan kedai sehenti untuk memperkemas proses para pelabur.

PELANCARAN WiFi 6E CITC DAN TEKNOLOGI SATELIT LEO 

Kerajaan Arab Saudi mengumumkan pelancaran WiFi 6E yang disokong oleh jumlah spektrum terbesar yang tersedia untuk WiFi di mana-mana negara di seluruh dunia. Gabungan teknologi canggih dan jumlah spektrum yang terbesar ini akan membolehkan Arab Saudi mendapat manfaat daripada kelajuan WiFi yang paling pantas yang boleh dicapai di seluruh dunia (2.4 Gbps). Dengan wujudnya kesalinghubungan canggih ini dijangka akan meningkatkan sumbangan keseluruhan WiFi sebanyak empat kali ganda kepada KDNK Arab Saudi yang meningkat daripada USD4.7 bilion pada tahun 2021 kepada lebih USD18 bilion menjelang tahun 2030.

Naik taraf WiFi Kerajaan Arab Saudi ini disokong oleh inisiatif-inisiatif lain termasuk percubaan serantau pertama bagi teknologi satelit Low Earth Orbit (LEO) untuk memperluas liputan yang boleh dipercayai ke kawasan terpencil di negara ini. CITC juga akan menganjurkan lelongan frekuensi pada separuh pertama tahun ini, satu perkembangan yang berkemungkinan akan meletakkan Arab Saudi di tempat pertama di seluruh dunia untuk spektrum yang tersedia bagi rangkaian 5G.

TREND MICRO MENGUMUMKAN TASIK DATA TEMPATAN DAN MEMBUKA IBU PEJABATNYA DI RIYADH 

Trend Micro mengumumkan pembukaan ibu pejabat serantau Timur Tengah & Afrika (MEA) di Riyadh, sebuah tasik data keselamatan, pusat kecemerlangan keselamatan siber dan pelaburan lain di Arab Saudi yang berjumlah melebihi USD50 juta. Pelaburan ini bertujuan untuk meningkatkan komitmen berterusan Trend Micro bagi melindungi organisasi awam dan swasta di Kerajaan Arab Saudi dan di seluruh rantau ini.

LEAP bersedia untuk menjadi platform teknologi rintis terbesar di dunia dengan menampilkan keseluruhan ekosistem inovasi global yang menghubungkan para perintis dan inovator dengan para pemimpin perniagaan dan kerajaan, usahawan dan pelabur untuk mengalami dan mempelajari tentang teknologi masa depan.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1739395/Ignite.jpg?p=medium600

Source: LEAP22
Keywords: Computer/Electronics Publishing/Information Service New products/services