![]() |
Lebih separuh daripada pengguna global mengatakan bahawa mereka lebih cenderung untuk membeli produk yang mempunyai tuntutan kelestarian
MINNEAPOLIS, 3 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Pertimbangan kelestarian kini mempengaruhi sebahagian besar pembeli runcit di dunia apabila membeli makanan yang dibungkus seperti kerepek kentang dan biskut, menurut tinjauan FATitudes™ global Cargill yang paling terkini. Penyelidikan proprietari mendapati 55% pengguna menunjukkan mereka lebih berkemungkinan untuk membeli makanan berbungkus jika ia termasuk tuntutan kelestarian, kenaikan empat mata sejak kali terakhir syarikat tersebut menjalankan penyelidikan ini pada tahun 2019.
"Penemuan terkini kami menunjukkan dengan jelas bahawa mesej tentang kelestarian telah memberi kesan kepada pengguna," kata Nese Tagma, Pengarah Urusan Strategi dan Inovasi bagi perniagaan minyak makan global Cargill. "Pemahaman seperti ini membantu membimbing pendekatan yang berfokuskan pengguna terhadap inovasi, membolehkan kami bekerjasama dengan pelanggan untuk bersama-sama mencipta produk dan penyelesaian baharu yang mencerminkan trend pengguna dan pemilihan bahan semasa."
Tinjauan FATitudes global Cargill adalah penting dalam usaha ini kerana ia memberikan pandangan tentang kesedaran, persepsi dan tingkah laku pengguna berkaitan lemak dan minyak yang terdapat dalam makanan berbungkus. Tinjauan global terkini yang telah dijalankan pada musim panas 2021 merangkumi kira-kira 6,000 pembeli runcit utama di 11 buah negara.*
Dalam pusingan penyelidikan terbaru ini, minat yang semakin meningkat terhadap kelestarian merupakan perubahan yang paling ketara berbanding hasil tinjauan sebelum ini. Lebih separuh daripada negara-negara yang ditinjau menunjukkan peningkatan dalam pengaruh tuntutan kelestarian, dengan perubahan yang paling ketara di negara-negara berikut:
Buat kali pertama, tinjauan ini juga menanyakan pengguna tentang jenis kelestarian yang mereka mahukan. "Penyumberan lestari" dan "pemuliharaan sumber semula jadi" telah mendahului senarai, berada jauh di hadapan tuntutan yang lebih khusus seperti Perdagangan Adil, pembungkusan yang dikurangkan dan gaji saksama/hidup di kebanyakan setiap negara yang termasuk dalam tinjauan.
"Pemahaman ini semakin mengesahkan komitmen kami untuk memupuk amalan lestari ke dalam setiap aspek operasi kami," kata Florian Schattenmann, Ketua Pegawai Teknologi merangkap Naib Presiden Inovasi dan R&D Cargill. "Ini termasuk segala-galanya daripada amalan penyumberan kami kepada kemudahan pemprosesan, malah meluas kepada pembangunan produk baharu, di mana keputusan untuk mengkomersialkan inovasi kini perlu mempertimbangkan kelestarian di samping prestasi dan kos."
Cargill telah menyediakan penyelesaian yang lestari untuk memenuhi keperluan pengguna dan pelanggan minyak, merangkumi program pertanian regeneratif untuk benih sawit berbaris hingga kepada minyak sawit daripada sumber bertanggungjawab yang diperakui oleh Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO). Pada tahun akan datang, Cargill akan mengembangkan portfolio minyak sawit diasingkan RSPO di Amerika Utara untuk memasukkan produk stearin sawit dan olein sawit, meletakkan syarikat tersebut untuk menyokong pelanggan dalam kedudukan geografi ini dengan portfolio penuh berkaitan produk penyumberan sawit yang lestari. Produk sawit diasingkan RSPO juga tersedia di Eropah, Rusia, Australia/New Zealand dan Malaysia.
Untuk memastikan bekalan minyak sawit yang boleh diperoleh adalah secara lestari, Cargill melabur dalam kilang penapisan minyak sawit baharu di Indonesia dan menaik taraf keupayaannya di kemudahan lemak khusus di seluruh dunia. Apabila siap kelak, kemudahan baharu dan diperluas ini akan membantu Cargill memenuhi harapan yang semakin meningkat terhadap kelestarian, seperti yang disorot dalam penyelidikan pengguna FATitudes global semasa ini. Di samping usaha ini, syarikat tersebut juga membantu para pengeluar makanan menangani minat yang semakin meningkat terhadap kesihatan pengguna. Pada bulan Disember 2021 yang lalu, Cargill menjadi pembekal minyak makan pertama yang komited untuk menghapuskan asid lemak trans yang dihasilkan secara industri (iTFA) daripada keseluruhan portfolio minyak makan globalnya, selaras dengan amalan terbaik Pertubuhan Kesihatan Sedunia.
*Australia, Brazil, China, Perancis, Jerman, India, Mexico, Filipina, Rusia, United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Tentang Cargill
Pekerja Cargill seramai 155,000 orang di 70 buah negara bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat kami dalam memberikan makanan berkhasiat kepada dunia secara selamat, bertanggungjawab dan lestari. Setiap hari, kami menghubungkan petani dengan pasaran, pelanggan dengan bahan-bahan serta manusia dan haiwan dengan makanan yang mereka perlukan untuk berkembang maju.
Kami menggabungkan pengalaman selama 155 tahun dengan teknologi dan wawasan baharu untuk menjadi rakan niaga yang dipercayai kepada para pelanggan makanan, pertanian, kewangan dan perindustrian di lebih 125 buah negara. Kami sedang berganding bahu membina masa depan pertanian yang lebih kukuh dan lestari. Untuk maklumat lanjut, sila layari Cargill.com dan Pusat Berita kami.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1738006/packaged_food_choices.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1488953/Cargill_Logo.jpg?p=medium600