omniture

Jumlah pengunjung Pesta Tripitaka Koreana selaras

2013 Tripitaka Koreana Festival Organizing Committee
2013-10-03 01:54 157

Pesta kitab Buddha menarik lebih 80,000 pelawat

SEOUL, Korea Selatan, 3 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- Satu-satunya pesta kebudayaan Buddha Korea Selatan yang bertemakan "Tripitaka Koreana" telah menarik lebih 80,000 pengunjung pada tiga hari pertama acara pembukaan tahun ini, kata penganjur acara itu Isnin lalu.

(Foto: http://www.prnasia.com/sa/2013/10/02/20131002020937311896.html)

Pesta Tripitaka Koreana 2013 telah bermula pada hari Jumaat di bandar selatan Hapcheon selama 45 hari sehingga 10 November dengan matlamat untuk meningkatkan kesedaran sedunia terhadap kitab Buddha.

Tripitaka Koreana, atau "Palmandaejanggyeong" dalam bahasa Korea, merupakan koleksi kitab Buddha abad ke-13 yang diukir pada lebih 80,000 blok pencetakan kayu, terdiri daripada 52 juta aksara.

Koleksi ini dianggap sebagai set kitab Buddha paling menyeluruh yang ditemui setakat ini. Kuil Haein, tempat simpanan teks itu, ialah laman Warisan Dunia UNESCO.

Menjelang hari Ahad, seramai 83,090 orang telah membeli tiket untuk memasuki taman tema yang berfungsi sebagai tempat utama pesta di Hapcheon yang terletak 354 kilometer di selatan Seoul, menurut jawatankuasa penganjur untuk acara itu.

Jawatankuasa itu berkata, jumlah pengunjung ke pesta itu dijangka mencapai 100,000 orang sekiranya pengunjung tempat lain acara itu, seperti Kuil Haein dan Sori Road, disertakan.

Hubungan Media
Paeng Sunhwa
Tel: +82-55-211-6274
E-mel: psh0401@korea.kr

SUMBER: Jawatankuasa Penganjur Pesta Tripitaka Koreana 2013

Source: 2013 Tripitaka Koreana Festival Organizing Committee
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Travel Religion