omniture

Koleksi NFT The Shifters melangkaui semua jangkaan dengan jualan pantas bagi keluaran pertama tokennya dengan pembelian berjumlah $1,000,000 hanya dalam tempoh kurang daripada 1 jam dan meningkat dengan pantas

UK NFT Art
2022-02-04 00:11 79

LONDON, 3 Februari 2022 /PRNewswire/ -- The Shifters merupakan koleksi 10,000 robot lukisan tangan NFT yang unik dan pada minggu ini (31 Januari 2022, 6 petang GMT), keluaran pertama sebanyak 10,000 token telah dikeluarkan pada harga lantai 0.22 ETH setiap satu tetapi majoriti penyenaraian berada pada harga melebihi 0.4 ETH.

Pentagon
Pentagon

Jualan tersebut adalah amat menakjubkan dan NFT telah dibeli dengan pantas pada kadar masa kira-kira satu NFT setiap saat.

TheShifters.io yang direka secara terperinci mewakili satu spesis robot hidup yang dapat merasa dan mampu berubah menjadi pelbagai jentera serta sebuah kisah latar yang terperinci yang dicari oleh para pemilik untuk berkembang menjadi metaverse interaktif.

NFT robot ini dilancarkan pada jualan awam di https://www.theshifters.io/sale, susulan kejayaan besar kempen pemasaran digital kepada lebih 126,000 ahli discord yang telah mengisi 1,500 senarai putih mereka.

Pelancaran awal ini telah meningkatkan minat yang besar daripada para pelabur teknologi malah telah membawa masuk ramai pembeli kali pertama ke pasaran. Pelakon Riza Syah, pereka fesyen Scott Henshall dan pempengaruh Angie Marcheria merupakan antara ramai pendatang baharu dalam pelaburan NFT yang mendedahkan hasrat mereka untuk membeli token Shifters pada media sosial mereka. 

Pentadbir Diskord Shifters.io, Matt berkata: "Ini merupakan pelancaran yang menakjubkan dan saya hanya ingin mengucapkan terima kasih kepada komuniti kami yang semakin berkembang kerana menjadikan pelancaran ini sebagai suatu kejayaan yang besar. Bilangan pada Discord telah meningkat dari sehari ke sehari, manakala FP pula mula meningkat sejak dari awal lagi. Kami mempunyai begitu banyak rancangan istimewa untuk masa depan The Shifters yang bakal membawa lebih banyak utiliti dan benar-benar menambah manfaat kepada projek ini."

Dengan kejayaan pelancaran fasa pertama yang telah diselesaikan, projek The Shifters kini mara ke hadapan mengikut pelan hala tuju pengembangan yang dijadualkan. Setelah menerima cetakan Shifter mereka, para pengumpul akan menerima salinan NFT mereka yang beresolusi tinggi iaitu 2,000 x 2,000 PX yang telah dicipta dengan penuh kasih sayang berserta perincian dan kemahiran yang hebat.

Para pemilik akan dibenarkan mengakses beberapa hadiah percuma yang menarik termasuk pratonton keluaran seterusnya, Vintage Shifters. 

Terdapat rancangan untuk mengadakan pertunjukan galeri seni manifestasi fizikal karya seni NFT Shifter dan membangunkan sebuah kedai barang dagangan. Akhir sekali, penciptaan ekosistem dan metaverse Shifters bagi menyediakan interaksi yang lengkap kepada pihak berkepentingan NFT.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1738103/UK_NFT_Art_Pentagon.jpg?p=medium600  
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1738192/UK_NFT_Art_Vortex.jpg?p=medium600

Vortex
Vortex

 

 

Source: UK NFT Art
Keywords: Art Banking/Financial Service Computer/Electronics Entertainment New products/services