![]() |
FLORENCE, Itali, 3 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Siapakah wira-wira yang telah memberi inspirasi kepada kerjaya para pemenang Hadiah Nobel? Apakah kesukaran yang telah mereka hadapi dan bagaimana mereka mengatasinya? Kini, setiap seorang daripada kita boleh mengetahui dengan mendalam tentang kerjaya dan kehidupan peribadi beberapa nama terbesar dalam dunia sains dengan adanya "Dialogs Beyond Borders," sebuah bahagian baharu di tapak web Fondazione Internazionale Menarini yang mengandungi temu bual dengan saintis berkaliber iaitu Louis Ignarro, Donna Strickland dan Barry Marshall.
"Ayah saya berasal dari Torre del Greco dan ibu saya dari Panarea. Mereka bertemu buat pertama kalinya di Amerika Syarikat, sebelum Perang Dunia Kedua: bahasa Inggeris saya adalah amat lemah pada mulanya dan seperti yang anda boleh bayangkan, ibu bapa saya juga tidak banyak dapat membantu saya untuk membaca dan menulis. Namun mujurlah saya seorang yang sentiasa amat ingin tahu walaupun pada usia muda. Kisah saya benar-benar sebuah Kisah Kejayaan Amerika," ulas Louis Ignarro, pemenang Nobel Prize dalam bidang Fisiologi atau Perubatan "atas sumbangan beliau menemui kesan molekul nitrik oksida pada sistem kardiovaskular."
Antara nama-nama hebat yang menjadi hos dalam siri "Beyond Borders" ini yang anda boleh temui ialah Donna Strickland, pemenang Hadiah Nobel dalam bidang Fizik pada tahun 2018 atas "penciptaan revolusioner dalam bidang fizik laser" dan Tasuku Honjo yang memenangi Hadiah Nobel dalam bidang Perubatan pada tahun 2018 atas penyelidikan beliau tentang cara menggunakan sistem imun sebagai senjata untuk melawan kanser. Kajian beliau dalam bidang imunoterapi yang dijalankan bersama-sama dengan rakan sekerja beliau iaitu James Allison, dianggap sebagai satu pencapaian dalam memerangi kanser.
Hanya dengan satu klik dan anda boleh mendengar kisah Barry Marshall yang menjadi pemenang Hadiah Nobel dalam bidang Perubatan pada tahun 2005 hasil daripada penemuan beliau tentang peranan Helicobacter Pylori dalam penyakit ulser.
"Dengan format baharu ini, kami ingin menghasilkan perbualan tidak formal dengan beberapa nama hebat dalam penyelidikan saintifik - yang kebanyakannya merupakan pemenang Hadiah Nobel - serta dapat meneroka beberapa aspek kehidupan peribadi individu, yang melalui kajian dan tekad mereka telah memberikan kesan yang besar terhadap kehidupan pesakit dan mungkin memberi inspirasi kepada orang lain untuk meneruskan kerjaya dalam sektor Sains Hayat," jelas Lorenzo Melani, Pengerusi merangkap Pengarah Saintifik Fondazione Internazionale Menarini.
Video temu bual ini boleh didapati di sini: www.en.fondazione-menarini.it/Home/Dialogs-Beyond-Borders.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1739000/Prof_Tasuku_Honjo.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1738999/Fondazione_Internazionale_Menarini_Logo.jpg?p=medium600