omniture

Bethesda Softworks Buka Pejabat di Australia

Bethesda Softworks
2013-10-03 02:19 121

-- Memperluas Operasi di Asia Pasifik

HONG KONG, 3 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- Bethesda Softworks® yang merupakan syarikat ZeniMax® Media, hari ini mengumumkan ia telah menubuhkan pejabat penerbitan baharu di Sydney, Australia. ZeniMax Australia Pty Ltd akan memantau jualan, pemasaran dan pengedaran secara langsung bagi semua judul Bethesda di Australia dan New Zealand.

Penubuhan ZeniMax Australia menegaskan kepentingan pasaran Australia yang semakin meningkat serta komitmen berterusan syarikat itu di rantau Asia Pasifik. ZeniMax turut menjalankan operasinya di Hong Kong dan Tokyo.

Simon Alty telah dilantik sebagai Pengarah Urusan bagi pejabat baharunya itu di Australia. Alty baru-baru ini merupakan Pengarah Urusan bagi One to Another Pty Ltd ketika beliau dan rakan sepasukan telah memainkan peranan penting dalam banyak pelancaran Bethesda yang berjaya termasuk judul permainan The Elder Scrolls V: Skyrim®.

"Pengalaman dan kepakaran Simon dalam industri permainan ini – khususnya dengan bekerja demi jualan dan pemasaran judul Bethesda selama empat tahun lalu – bakal menjadi benar-benar bernilai apabila kami membuka pejabat penerbitan di Sydney," kata Sean Brennan, Pengarah Urusan, ZeniMax Europe Ltd. "Demi masa hadapan, 2014 akan menjadi tahun yang besar bagi Bethesda dengan pelancaran tiga judul AAA: The Elder Scrolls® Online, Wolfenstein®: The New Order™ dan The Evil Within™."

Bagi maklumat lanjut tentang ZeniMax Media, layari www.zenimax.com. Bagi maklumat lanjut tentang Bethesda Softworks dan judul permainannya, sila layari www.bethsoft.com.

Tentang ZeniMax Media Inc.
ZeniMax Media merupakan organisasi media milik persendirian yang beribu pejabat di luar Washington DC dengan pejabat penerbitan antarabangsa di London, Paris, Frankfurt, Eindhoven, Hong Kong, Sydney dan Tokyo. Melalui syarikat subsidiarinya, ZeniMax Media mencipta dan menerbitkan kandungan hiburan interaktif tulen untuk konsol, komputer peribadi dan peranti pegang/tanpa wayar. Bahagian ZeniMax Media termasuklah Bethesda Softworks, Bethesda Game Studios, id Software, Arkane Studios, Tango Gameworks, MachineGames, ZeniMax Online Studios, Battlecry Studios, ZeniMax Europe Ltd, ZeniMax Asia K.K., ZeniMax Asia Pacific Ltd dan ZeniMax Australia Pty Ltd. Bagi maklumat lanjut tentang ZeniMax Media, layari www.zenimax.com.

Tentang Bethesda Softworks
Bethesda Softworks merupakan syarikat penerbitan perisian hiburan interaktif sedunia dan sebahagian daripada keluarga syarikat ZeniMax Media Inc. Judul yang dipaparkan di bawah label Bethesda termasuklah francais blokbuster seperti The Elder Scrolls®, DOOM®, QUAKE®, Fallout®, Wolfenstein®, Dishonored®, Prey® dan RAGE®. Bagi maklumat lanjut tentang produk Bethesda Softworks, layari www.bethsoft.com.   

Source: Bethesda Softworks
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Corporate Expansion