omniture

CRMNEXT melancarkan Platform Komunikasi Terbuka (OCP) baharunya untuk memperkasakan pengalaman saluran secara berterusan

CRMNEXT
2022-02-04 19:24 226

Melibatkan diri, menjual dan memberikan perkhidmatan kepada pelanggan dalam gabungan saluran moden dan tradisional yang semakin memacu perniagaan baharu

MUMBAI, India, 4 Februari 2022 /PRNewswire/ -- CRMNEXT, sebuah syarikat penyelesaian teknologi digital terkemuka di dunia untuk industri perbankan dan insurans, telah melancarkan teknologi Platform Komunikasi Terbuka (OCP) untuk mempercepat kepuasan pelanggan, produk peribadi, penyampaian perkhidmatan dan membina kesetiaan melalui pengalaman yang mengutamakan digital. 

Oleh kerana institusi perbankan dan kewangan mengamalkan mentaliti "perkhidmatan dan jualan pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja", pengalaman digital menjadi suatu bidang yang kritikal. Platform Komunikasi Terbuka (OCP) membantu perusahaan beralih kepada model operasi sifar, yang dikuasakan oleh proses satu & lakukan, secara asasnya boleh melakukan kerja-kerja pentadbiran dengan STP dan AI pintar. Ini memberikan platform perkhidmatan dan penglibatan pelanggan moden untuk bank, perkhidmatan kewangan dan penyedia insurans yang dikuasakan dengan keupayaan AI yang canggih.  

Saluran yang didayakan OCP: 

  • OCP untuk teks:   Para pelanggan CRMNEXT boleh memasang saluran baharu dengan lancar seperti WhatsApp, twitter, google business messenger, Facebook, chatbot, chatbot cetusan suara dan banyak lagi
  • OCP untuk suara: Para pelanggan boleh menyepadukan dengan saluran telefon suara seperti AWS connect, CTI, IVR, WebEx, Avaya dan banyak lagi, dengan meningkatkan lagi keupayaan dan kecekapan pusat hubungan anda

Beberapa keupayaan OCP termasuk: 

  • Fabrik Perniagaan Masa Nyata:  Memberikan pengalaman seperti perkhidmatan rencam dengan lebih banyak tindakan masa nyata, kecerdasan dan penyampaian yang lancar di seluruh saluran sambil mengekalkan konteks perbualan.
  • Integrasi SoftPhone: Membenam pendail pihak ketiga ke dulang tindakan paparan konsol meja kerja ejen anda.
  • Pangkalan Pengetahuan Dipacu AI: Penyelesaian dinamik kepada pertanyaan pelanggan.
  • Kad Pandangan Dipacu AI: Tawaran produk dipacu AI, pandangan daripada interaksi pelanggan.
  • Analisis Sentimen: Mengenal pasti emosi pelanggan secara proaktif dengan analisis sentimen yang dipacu AI.
  • Sembang Persidangan dengan Penyelia: Para ejen kini boleh merujuk kepada penyelia mereka dalam masa nyata.
  • Ruang Kerja Terhubung: Peningkatan kadar penglibatan pelanggan melalui ruang kerja terhubung, yang merangkumi fungsi seperti integrasi sembang Facebook, sembang dalam pandangan konsol, pengecaman ucapan kepada teks dan banyak lagi.

Encik Sushil Tyagi, Pengarah CRMNEXT berkata, "Di seluruh fungsi perniagaan dan industri, pelanggan kami sedang mentakrifkan semula pengalaman pelanggan, pekerja, rakan niaga dan produk mereka. Platform Komunikasi Terbuka (OCP) terus memperluaskan visi kami untuk membolehkan syarikat merealisasikan kepantasan, ketangkasan dan kecekapan dalam penglibatan pelanggan. OCP mencipta pengalaman pelanggan yang lebih terhubung dengan menyampaikan hubungan, tindak balas dan kegembiraan segera serta meningkatkan penyelesaian buat kali pertama secara signifikan."

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.businessnext.com/ocp

Tonton Video: https://www.youtube.com/watch?v=eHxo1n83tmw

Hubungan media: 
Rishabh Joshi
rishabh.joshi@crmnext.com
+91-9450829986

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1170890/CRMNEXT_Logo.jpg?p=medium600

Source: CRMNEXT
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Insurance Internet Technology Telecommunications New products/services Financial Technology