Perkhidmatan Terurus SD-WAN IZO™ Tata Communications bersama-sama dengan platform layan diri dan portal pengalaman pelanggan diiktiraf sebagai kekuatan utama
MUMBAI, India, 4 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Tata Communications (NSE: TATACOMM) (BSE: 500483) sebuah pendaya ekosistem digital global, telah dianugerahkan kedudukan 'Peneraju' oleh Avasant, sebuah firma perundingan pengurusan terkemuka, dalam laporannya yang bertajuk 'SD-WAN Managed Services 2021-2022 RadarView™. Pengiktirafan ini diberikan kerana mempamerkan kecemerlangan yang konsisten dalam ketiga-tiga dimensi utama penilaian (kematangan amalan, ekosistem perkongsian, pelaburan dan inovasi) serta mempunyai kesan yang ketara terhadap pasaran secara keseluruhan.
Dengan perkhidmatan terurus SD-WAN IZO™ Tata Communications yang serba lengkap membolehkan perusahaan menguruskan transformasi rangkaian yang selamat melalui platform pengalaman pelanggan yang disatukan. Kedua, pengalaman pelanggan ditingkatkan dengan lebih ketara melalui platform layan diri yang menyediakan pemantauan, pelaporan, kawalan trafik dan analisis rangkaian yang serba lengkap. Ketiga, Tata Communications mempunyai portal pengalaman pelanggan yang khusus.
Seperti yang dinyata dalam Laporan tersebut, Tata Communications sebagai 'Peneraju' telah "menunjukkan kreativiti dan inovasi sebenar serta telah mewujudkan trend dan amalan terbaik untuk industri." Peneraju telah "memaparkan kualiti pelaksanaan yang unggul serta pengetahuan mendalam dan meluas yang boleh dipercayai di seluruh vertikal." Avasant telah menilai lebih 40 buah penyedia di seluruh dunia.
"Ketika pandemik mempercepat penggunaan perkhidmatan awan dan digital, organisasi mula merealisasikan batasan infrastruktur WAN tradisional dalam mengendalikan keperluan rangkaian yang semakin meningkat," kataAbhishek Nayak, Penganalisis Penyelidikan Kanan, Avasant. "Oleh itu, perusahaan semakin beralih untuk melaksanakan perkhidmatan SD-WAN bagi menambah infrastruktur rangkaian sedia ada mereka. Tata Communications menawarkan perkhidmatan SDWAN terurus yang komprehensif melalui penawaran SDWAN IZO™. Portfolio perkhidmatan ini disokong oleh tawaran WAN berasaskan internet, pelaburan strategik dalam membina kes dan penyelesaian penggunaan khusus dalam industri, yang kesemuanya digabungkan untuk meletakkan Tata Communications sebagai Peneraju dalam Perkhidmatan Terurus SD-WAN 2021-2022 RadarView™ Avasant."
"Kami berbesar hati kerana dianugerahkan kedudukan sebagai 'Peneraju' oleh Avasant untuk Perkhidmatan Terurus SD-WAN Global kami," kata Srinivasan CR, Ketua Pegawai Digital Tata Communications. "Kami telah mengambil usaha yang stabil dan bersepadu secara strategik untuk meningkatkan reka bentuk, penyampaian dan pengurusan kami yang serba lengkap berdasarkan teknologi yang paling sesuai dengan penyelesaian terurus SDWAN dan keselamatan rangkaian kami. Kami kekal fokus untuk mengembangkan lagi penawaran kami bagi membolehkan transformasi rangkaian yang selamat kepada perusahaan."
Perkhidmatan terurus SDWAN IZO™ Tata Communications membolehkan transformasi rangkaian untuk perusahaan di seluruh industri dan khususnya mempunyai kehadiran yang kukuh dalam sektor seperti pembuatan, teknologi tinggi, peruncitan dan barangan berbungkus pengguna (CPG) dan banyak lagi. Ia memastikan kebolehskalaan digital yang boleh dipercayai dan selamat untuk perusahaan dengan menawarkan peralihan awan yang lancar, pendekatan pelbagai vendor, prestasi yang dioptimumkan dan jangkauan yang diperluas, yang disokong oleh Tata Communications yang menerajui rangkaian dan perkongsian global.
SDWAN IZO™ Tata Communications menawarkan model pengurusan sepenuhnya dan model pengurusan bersama kepada pelanggan perusahaannya di seluruh dunia yang merangkumi lebih 130 buah negara. Ia menawarkan WAN berasaskan internet yang dipertingkat dan boleh diramal yang pertama di dunia dengan jaminan Perjanjian Tahap Perkhidmatan (SLA) yang serba lengkap dan menghubungkan perusahaan secara langsung kepada syarikat-syarikat gergasi awan terkemuka di seluruh dunia.
Ketahui lebih lanjut tentang SDWAN IZO™ Tata Communications.
Tentang Tata Communications
Sebagai sebahagian daripada Tata Group, Tata Communications (NSE: TATACOMM; BSE: 500483) ialah sebuah syarikat pendaya ekosistem digital global yang memperkasakan ekonomi digital dan sedang berkembang pesat pada hari ini di lebih 190 buah negara dan wilayah. Dengan kepimpinan melalui kepercayaan, ia mendayakan transformasi digital perusahaan di seluruh dunia melalui kolaborasi dan penyelesaian terhubung, kesalinghubungan teras dan generasi seterusnya, penyelesaian pengehosan awan serta keselamatan dan perkhidmatan media. 300 buah daripada syarikat Fortune 500 ialah pelanggannya dan syarikat ini menghubungkan perniagaan ke 80% daripada syarikat awan gergasi di dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari
Pernyataan berpandangan ke hadapan dan amaran
Perkataan dan pernyataan tertentu dalam siaran ini berkenaan Tata Communications dan prospeknya serta pernyataan lain, termasuk yang berkaitan dengan jangkaan kedudukan kewangan Tata Communications, strategi perniagaan, pembangunan masa depan operasi Tata Communications dan ekonomi umum di India, merupakan pernyataan berpandangan ke hadapan. Pernyataan sedemikian melibatkan risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidakpastian dan faktor-faktor lain termasuk kewangan, kawal selia dan alam sekitar, serta faktor yang berkaitan dengan pertumbuhan industri dan unjuran trend yang boleh menyebabkan keputusan, prestasi atau pencapaian sebenar Tata Communications atau hasil industri berbeza secara material daripada yang dinyatakan atau yang tersirat dalam pernyataan berpandangan ke hadapan ini. Faktor-faktor penting yang boleh menyebabkan keputusan, prestasi atau pencapaian sebenar berbeza secara material daripada pernyataan berpandangan ke hadapan ini antaranya termasuk kegagalan meningkatkan volum trafik pada rangkaian Tata Communications; kegagalan membangunkan produk dan perkhidmatan baharu yang memenuhi permintaan pelanggan dan menjana margin yang boleh diterima; kegagalan melengkapkan ujian komersial teknologi dan sistem maklumat baharu bagi menyokong produk dan perkhidmatan baharu termasuk perkhidmatan penghantaran suara; kegagalan menstabilkan atau mengurangkan kadar pemampatan harga pada perkhidmatan komunikasi syarikat yang tertentu; kegagalan menyepadukan pengambilalihan strategik dan perubahan dasar kerajaan atau peraturan di India, khususnya perubahan yang berkaitan dengan pentadbiran industri Tata Communications; dan secara amnya, suasana ekonomi, perniagaan dan kredit di India. Faktor tambahan yang boleh menyebabkan hasil, prestasi atau pencapaian sebenar berbeza secara material daripada pernyataan berpandangan ke hadapan ini yang kebanyakannya di luar kawalan Tata Communications termasuk, tetapi tidak terhad kepada faktor risiko yang dibincangkan dalam Laporan Tahunan Tata Communications Limited.
Laporan Tahunan Tata Communications Limited boleh didapati di www.tatacommunications.com. Tata Communications tidak bertanggungjawab terhadap dan secara jelas menafikan sebarang tanggungjawab untuk mengemas kini atau meminda pernyataan berpandangan ke hadapan ini.
© 2022 Tata Communications Ltd. Hak cipta terpelihara.
TATA COMMUNICATIONS dan TATA merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Tata Sons Private Limited di India dan di negara-negara tertentu.