YIWU, China, 3 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- Dianjurkan oleh Biro Hal Ehwal Perdagangan & Pembangunan Kementerian Perdagangan dan Majlis Bangsa-bangsa Bersatu untuk Penggalakan Pemerolehan China, dibantu Persatuan Francais Kedai Berangkai China dan institusi lain, dan dijalankan oleh Kerajaan Rakyat Perbandaran Yiwu, Pesta Penyumberan Antarabangsa Yiwu Ke-2 akan berlangsung pada 21 hingga 23 Oktober di Pusat Pameran Antarabangsa Yiwu.
Menurut penganjur, Pesta Penyumberan ini menjemput rangkaian luas pembeli tempatan dan luar negara. Pengurus kanan peruncit besar, ketua jabatan pembelian untuk Perusahaan Pusat Bersekutu SASAC, pengurus kanan syarikat perdagangan asing yang diiktiraf dalam negara, pembeli luar negara, persatuan perniagaan dan wakil pedagang Zhejiang serta Persatuan Usahawan Orang Cina Luar Negara China, pakar ekonomi dan wartawan bakal menghadirkan diri.
Bagi mempertimbangkan keperluan pengunjung, pesta itu dibahagikan kepada tiga bahagian: forum persidangan, sambungan hubungan pemerolehan dan lawatan perniagaan. Peserta mempunyai pilihan untuk menyertai mesyuarat pelbagai tema bergantung pada keperluan mereka.
Pihak penganjur telah mengaturkan mesyuarat promosi untuk pelaburan dalam Yiwu di pesta itu, lalu pengenalan yang menyeluruh akan dibuat tentang pembangunan pasaran dan industri pameran di Yiwu, perkhidmatan pemudahan untuk pemerolehan perdagangan, serta iklim dan dasar pelaburan.
Bagi pemerolehan, pesta pembelian akan diaturkan khas untuk golongan pembeli. Dikaitkan dengan Pesta Yiwu ke-19 yang dijalankan secara serentak, ia bakal mempunyai kawasan rundingan berpusatkan pelanggan dan perkhidmatan keahlian VIP untuk klien premium. Pada masa yang sama, acara penyumberan persendirian, termasuk pemerolehan industri, pemerolehan dalam kawasan serta pembelian untuk syarikat besar, akan disediakan.
Taklimat pemerolehan itu akan menumpukan terhadap dasar dan prosedur pembelian, serta iklim perdagangan, yang menyasarkan untuk menetapkan kerjasama projek dan saluran pemasaran jangka panjang. Dalam bahagian penyiasatan perniagaan, penganjur bakal menjemput pembeli dari seluruh dunia untuk melawat Pasaran Dagang Antarabangsa.
Sebagai pesta penyumberan China pada skala terbesar, pesta itu akan menetapkan platform perdagangan untuk sambungan hubungan lancar antara pembeli dengan penjual, membina platform rundingan pembelian yang berkelas tinggi, berkesan, dikenali ramai dan profesional.
"Dengan Pesta Penyumberan, matlamat kami adalah untuk mengamalkan cara berdagang yang baharu sebagai pembelian pasaran dengan pandangan untuk mempertingkatkan lagi kualiti pasaran serta keberkesanan ekonomi Pesta Yiwu, lalu mempromosikan transformasi dan meningkatkan perkhidmatan perniagaan, " kata pengarah pihak penganjur.
Bagi maklumat lanjut tentang Pesta Penyumberan Antarabangsa China (Yiwu), sila lawati http://en.yiwufair.com.