omniture

100,000 peserta berdaftar memastikan LEAP22 melompat ke tempat pertama dalam acara teknologi antarabangsa

LEAP22
2022-02-05 20:08 157

RIYADH, Arab Saudi, 5 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Edisi sulung LEAP telah menetapkan rekod baharu untuk kemunculan acara teknologi buat pertama kalinya yang menarik lebih 100,000 peserta berdaftar dari lebih 80 buah negara. Lebih 700 pempamer termasuk syarikat teknologi terkemuka di dunia dan 1,500 syarikat pemula, bersama dengan lebih 500 penceramah antarabangsa menyertai LEAP22, yang selesai semalam di Riyadh, menjadikannya edisi pertama terbesar untuk sebuah acara teknologi. Lebih USD6.4 bilion pelaburan dan inisiatif teknologi baharu telah diumumkan di LEAP22.

LEAP22 Rocket Fuel Startup Competition Winners
LEAP22 Rocket Fuel Startup Competition Winners

LEAP22 menyaksikan pengumuman pelbagai pelaburan dan dana untuk syarikat pemula dan usahawan melebihi USD266 juta. Antara pengumuman tersebut ialah penyelesaian pusingan kedua dana Khwarizmi Ventures yang bernilai USD69.8 juta; pelaburan ke dalam dana Emkan VC melebihi USD49.8 juta dan pelancaran dana baru oleh Saudi Venture Investment Company bernilai lebih USD134 juta, untuk menggalakkan syarikat pemula. Perkongsian baharu untuk membangunkan syarikat pemula antara Unifonic dan TheSpaceKSA, yang dikenali sebagai UnifonicX, turut didedahkan.

Urus niaga syarikat pemula termasuk Nana, yang memuktamadkan pusingan pelaburan yang diketuai oleh FIM Partners dan STV Fund bernilai USD50 juta; dan Quant yang memuktamadkan pusingan pelaburan bernilai USD800,000, diketuai oleh VentureSouq dengan penyertaan RaedVC dan Seedra, serta turut mengumumkan pusingan pelaburan tambahan. Muzn Artificial Intelligence telah mengumpul dana pusingan pelaburan sebanyak USD10.1 juta, yang diterajui oleh Raed Ventures dengan penyertaan Shorooq Partners, VentureSouq, Sukna Ventures dan lain-lain; manakala Taffi mendapat pelaburan lebih daripada USD1.8 juta, serta SIFI dan Tamawal memuktamadkan pusingan prapermulaan.

Syarikat pemula dari seluruh dunia telah bertanding dalam Rocket Fuel Start-up Competition, mempromosikan idea perniagaan inovatif mereka untuk memenangi sebahagian dana hadiah yang bernilai USD1 juta. Tujuh syarikat pemula membawa pulang hadiah wang tunai atas idea perniagaan baharu mereka, mendapat markah untuk kreativiti, inovasi, potensi, fungsi dan impak kepada orang ramai dan masyarakat.

Apple memilih Riyadh untuk ibu pejabat Apple Developer Academy yang pertama di rantau Timur Tengah dan Afrika Utara. Akademi ini disediakan sepenuhnya untuk pembangun dan pengatur cara wanita dan bertempat di Princess Nourah bint Abdulrahman University.

Michael Champion, Naib Presiden Eksekutif Serantau – Timur Tengah dan Afrika (MEA) Informa, penganjur acara tersebut mengatakan LEAP22 adalah suatu kejayaan cemerlang, menarik khalayak terbesar untuk acara teknologi dalam beberapa tahun kebelakangan ini, mengatasi CES, dan menetapkan rekod baharu untuk peserta terbanyak ke sebuah platform baharu.

"LEAP22 telah berjaya membawa nama-nama terkemuka dalam teknologi dengan syarikat pemula dan pencipta baharu yang paling menarik ke Riyadh untuk menampilkan inovasi canggih yang akan membentuk semula dunia di sekeliling kita. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada penceramah, penaja dan rakan kongsi bertaraf dunia dan berharap dapat menganjurkan LEAP yang lebih besar pada tahun hadapan," kata Champion.

Photo - https://mma.prnasia.com/media2/1740757/LEAP22_Rocket_Fuel_Startup_Competition_Winners.jpg?p=medium600

Source: LEAP22
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Awards