![]() |
GAITHERSBURG, Maryland, 6 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Novavax, Inc. (Nasdaq: NVAX), sebuah syarikat bioteknologi khusus dalam pembangunan dan pengkomersialan vaksin generasi seterusnya untuk penyakit berjangkit yang serius, hari ini mengumumkan bahawa Agensi Kawal Selia produk Perubatan dan Penjagaan Kesihatan (MHRA) telah memberikan kebenaran pemasaran bersyarat (CMA) bagi Vaksin COVID-19 Nuvaxovid™ (rekombinan dan diadjuvan) untuk imunisasi aktif mencegah COVID-19 yang berpunca daripada SARS-CoV-2 pada individu berumur 18 tahun ke atas di Great Britain. Vaksin yang juga dikenali sebagai NVX-CoV2373 ini merupakan vaksin berasaskan protein pertama yang dibenarkan untuk kegunaan di Great Britain.
"Kami berbangga kerana Nuvaxovid akan menjadi pilihan vaksin berasaskan protein pertama yang dibenarkan oleh MHRA ketika United Kingdom berusaha menangani fasa pandemik seterusnya," kata Stanley C. Erck, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Novavax. Kami mengucapkan terima kasih kepada agensi tersebut kerana proses semakannya yang teliti dan sangat menghargai para peserta ujian klinikal dan tapak ujian di United Kingdom serta Pasukan Petugas Vaksin atas sokongan mereka yang berterusan dan sumbangan penting yang diberikan dalam program ini."
Keputusan MHRA adalah berdasarkan jumlah keseluruhan data praklinikal, klinikal dan kimia, pembuatan dan kawalan (CMC) yang disemak oleh agensi ini. Ini termasuk dua ujian klinikal Fasa 3 penting yang sedang dijalankan: PREVENT-19 yang mendaftarkan kira-kira 30,000 orang peserta di A.S. dan Mexico, dengan hasil keputusan yang diterbitkan dalamNew England Journal of Medicine (NEJM)i; dan satu ujian dengan hampir 15,000 orang peserta di U.K., yang hasil keputusannya turut diterbitkan dalamNEJMii. Dalam kedua-dua ujian ini, vaksin tersebut menunjukkan keberkesanan dengan profil keselamatan yang meyakinkan. Bilangan peristiwa kesan sampingan serius dan teruk adalah rendah dan seimbang antara kumpulan vaksin dan plasebo. Reaksi kesan sampingan yang paling biasa diperhatikan semasa kajian klinikal (bagi kategori kekerapan yang sangat biasa ≥ 1/10) ialah sakit kepala, mual atau muntah, mialgia, artralgia, nyeri/kesakitan pada tempat suntikan, keletihan dan kelesuan. Novavax akan terus mengumpul dan menganalisis data sebenar termasuk pemantauan keselamatan dan penilaian varian apabila vaksin tersebut diedarkan. Vaksin ini disimpan pada suhu 2° - 8° Celsius dan mempunyai hayat simpan yang ditetapkan di Great Britain selama 9 bulan.
Novavax sebelum ini mengumumkan perjanjian dengan Pasukan Petugas Vaksin U.K. untuk bekalan hingga 60 juta dos vaksin COVID-19 Novavax.
Untuk maklumat lanjut tentang Nuvaxovid, termasuk senarai lengkap tempat-tempat yang membenarkan penggunaan vaksin tersebut, sila layari laman web berikut:
Nama jenama Nuvaxovid™ masih belum diberi kebenaran untuk digunakan di A.S. oleh FDA.
Kebenaran Pemasaran Bersyarat Nuvaxovid™ di Great Britain
Agensi Kawal Selia produk Perubatan dan Penjagaan Kesihatan (MHRA) telah memberikan kebenaran pemasaran bersyarat kepada Vaksin COVID-19 Nuvaxovid™ (rekombinan dan diadjuvan) untuk imunisasi aktif bagi mencegah COVID-19 yang berpunca daripada SARS-CoV-2 pada individu berumur 18 tahun dan ke atas.
Maklumat Keselamatan Penting
Untuk maklumat tambahan, sila layari www.NovavaxCovidVaccine.com untuk Ringkasan penuh Ciri-ciri Produk berserta Risalah Pakej, Maklumat Preskripsi dan Maklumat Keselamatan Penting, arahan untuk melaporkan peristiwa kesan sampingan, atau untuk mendapatkan maklumat tambahan.
Tentang NVX-CoV2373
NVX-CoV2373 ialah sejenis vaksin berasaskan protein yang direkayasa daripada jujukan genetik strain pertama SARS-CoV-2, virus yang menyebabkan penyakit COVID-19. NVX-CoV2373 telah dicipta menggunakan teknologi nanopartikel rekombinan Novavax untuk menghasilkan antigen yang diperoleh daripada protein pepaku (S) koronavirus dan diformulasikan dengan adjuvan Matrix-M™ berasaskan saponin Novavax yang dipatenkan untuk meningkatkan tindak balas imun dan merangsang antibodi peneutralan bertahap tinggi. NVX-CoV2373 mengandungi antigen protein murni yang tidak boleh direplika serta tidak menyebabkan COVID-19.
Vaksin COVID-19 Novavax dibungkus sebagai satu formulasi cecair sedia guna ke dalam bebuli yang mengandungi sepuluh dos. Regimen pemvaksinan ini memerlukan dua dos 0.5 ml (5 mcg antigen dan 50 mcg adjuvan Matrix-M) yang diberikan secara intraotot dalam selang masa 21 hari. Vaksin ini disimpan pada suhu 2° hingga 8° Celsius yang membolehkan penggunaan saluran rantaian bekalan vaksin dan rantaian sejuk yang sedia ada. Hayat simpan vaksin yang ditetapkan di Great Britain ketika ini ialah selama 9 bulan. Penggunaan vaksin ini hendaklah selaras dengan saranan rasmi.
Novavax telah menjalinkan kerjasama untuk pembuatan, pengkomersialan dan pengedaran NVX-CoV2373 di seluruh dunia. Kebenaran sedia ada memanfaatkan kerjasama pembuatan Novavax dengan Serum Institute of India (SII), pengeluar vaksin terbesar di dunia berdasarkan jumlah pengeluaran. Ia akan kelak ditambah dengan data daripada tapak pembuatan tambahan di seluruh rantaian bekalan global Novavax.
Tentang ujian Fasa 3 NVX-CoV2373
NVX-CoV2373 sedang dinilai dalam dua ujian Fasa 3 yang penting.
PREVENT-19, ujian di A.S. dan Mexico yang mendaftarkan hampir 30,000 peserta, telah mencapai keberkesanan keseluruhan sebanyak 90.4%. Ia telah direka sebagai sebuah kajian rawak 2:1, dikawal plasebo dengan pemerhati dibutakan untuk menilai keberkesanan, keselamatan dan keimunogenan NVX-CoV2373. Titik akhir primer untuk PREVENT-19 ialah kejadian pertama COVID-19 bergejala yang disahkan PCR (ringan, sederhana atau teruk) yang bermula sekurang-kurangnya 7 hari selepas dos kedua pada peserta dewasa negatif (terhadap SARS-CoV-2) secara serologi pada garis dasar. Kriteria kejayaan secara statistik merangkumi batas bawah sebanyak 95% CI >30%. Titik akhir sekunder utama ialah pencegahan COVID-19 bergejala yang sederhana atau teruk dan disahkan PCR. Kedua-dua titik akhir ini dinilai sekurang-kurangnya tujuh hari selepas kajian kedua vaksinasi pada sukarelawan yang tidak pernah dijangkiti SARS-CoV-2 sebelum ini. Ia secara umumnya dapat ditoleransi dengan baik dan menghasilkan tindak balas antibodi yang kuat selepas dos kedua dalam kedua-dua kajian ini. Keputusan lengkap ujian ini telah diterbitkan dalam New England Journal of Medicine (NEJM)i.
Satu ujian yang dijalankan di U.K. dengan 14,039 orang peserta telah direka sebagai kajian rawak, dikawal plasebo dengan pemerhati dibutakan dan mencapai keberkesanan keseluruhan sebanyak 89.7%. Titik akhir primer bagi ujian ini adalah berdasarkan kejadian pertama COVID-19 bergejala yang disahkan PCR (ringan, sederhana atau teruk) yang bermula sekurang-kurangnya 7 hari selepas kajian kedua pemvaksinan pada peserta dewasa yang negatif secara serologi (terhadap SARS-CoV-2) pada garis dasar. Keputusan lengkap ujian ini telah diterbitkan dalamNEJMii.
Tentang Adjuvan Matrix-M™
Adjuvan Matrix-M™ berasaskan saponin yang dipatenkan Novavax telah menunjukkan kesan yang kuat dan secara umumnya dapat ditoleransi dengan merangsang kemasukan sel penyaji antigen ke dalam tempat suntikan dan meningkatkan penyajian antigen di nodus limfa setempat yang dapat meningkatkan tindak balas imun.
Tentang Novavax
Novavax, Inc. (Nasdaq: NVAX) ialah sebuah syarikat bioteknologi yang menggalakkan peningkatan kesihatan di seluruh dunia melalui penerokaan, pembangunan dan pengkomersialan vaksin yang inovatif untuk mencegah penyakit berjangkit yang serius. Platform teknologi rekombinan proprietari syarikat ini memanfaatkan kuasa dan kepantasan kejuruteraan genetik untuk menghasilkan nanopartikel imunogen tinggi dengan cekap, yang direka untuk menangani keperluan kesihatan global mendesak. NVX-CoV2373 iaitu vaksin COVID-19 syarikat ini telah mendapat kebenaran daripada pelbagai pihak berkuasa kawal selia di seluruh dunia termasuk Kebenaran Pemasaran Bersyarat daripada Suruhanjaya Eropah** dan Penyenaraian Penggunaan Kecemasan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Vaksin ini juga sedang disemak oleh pelbagai agensi kawal selia di seluruh dunia.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.novavax.com dan berhubung dengan kami di LinkedIn.
Pernyataan Berpandangan Ke Hadapan
Pernyataan-pernyataan di sini berkaitan dengan masa depan Novavax, rancangan dan prospek operasinya, kerjasamanya, pembangunan berterusan NVX-CoV2373, skop, masa dan hasil tindakan serta pemfailan kawal selia pada masa hadapan, termasuk rancangan Novavax untuk membekalkan pihak berkuasa sedia ada dengan data daripada tapak pembuatan tambahan dalam rantaian bekalan global Novavax, potensi kesan Novavax dan NVX-CoV2373 dalam menangani akses vaksin, mengawal pandemik dan melindungi populasi, serta keberkesanan, keselamatan dan penggunaan yang diharapkan bagi NVX-CoV2373 dan penyepaduan NVX-CoV2373 yang dijangkakan ke dalam program vaksinasi COVID-19 United Kingdom yang luas, merupakan pernyataan berpandangan ke hadapan. Novavax memberi amaran bahawa pernyataan berpandangan ke hadapan ini tertakluk kepada pelbagai risiko dan ketidakpastian yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara material daripada yang dinyatakan atau yang tersirat dalam pernyataan tersebut. Risiko dan ketidakpastian ini merangkumi cabaran yang memuaskan, secara bersendirian atau bersama-sama dengan rakan kongsi, pelbagai keperluan keselamatan, keberkesanan, dan pencirian produk, termasuk yang berkaitan dengan kelayakan proses dan pengesahan asai, yang diperlukan untuk memenuhi kehendak pihak berkuasa kawal selia yang berkenaan; kesukaran mendapatkan bahan mentah dan bekalan yang sukar didapati; kekangan sumber, termasuk modal insan dan kapasiti pembuatan, kemampuan Novavax untuk meneruskan laluan peraturan yang dirancang; cabaran untuk memenuhi keperluan kontrak di bawah perjanjian dengan pelbagai entiti komersial, kerajaan, dan lain-lain; serta faktor risiko lain yang dikenal pasti dalam bahagian "Faktor Risiko" dan "Perbincangan dan Analisis Pengurusan Bagi Keadaan Kewangan dan Keputusan Operasi" Laporan Tahunan Novavax mengenai Borang 10-K untuk tahun itu yang berakhir pada 31 Disember 2020 dan Laporan Suku Tahunan berikutnya tentang Borang 10-Q, seperti yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC). Kami mengingatkan para pelabur untuk tidak terlalu bergantung pada pernyataan berpandangan ke hadapan yang terdapat dalam siaran akhbar ini. Anda digalakkan membaca pemfailan kami dengan SEC, yang boleh didapati di www.sec.gov dan www.novavax.com, untuk melihat perbincangan tentang perkara ini serta risiko dan ketidakpastian yang lain. Pernyataan yang berpandangan ke hadapan dalam siaran akhbar ini adalah tepat hanya pada tarikh dokumen ini dan kami tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini atau menyemak semula mana-mana pernyataan tersebut. Perniagaan kami tertakluk kepada risiko dan ketidakpastian yang tinggi termasuk yang dirujuk di atas. Para pelabur, pelabur yang berpotensi dan lain-lain perlu mempertimbangkan dengan teliti tentang risiko dan ketidakpastian ini.
Sila hubungi:
Pelabur
Novavax, Inc.
Erika Schultz | 240-268-2022
ir@novavax.com
Solebury Trout
Alexandra Roy | 617-221-9197
aroy@soleburytrout.com
Media
Ali Chartan | 240-720-7804
Laura Keenan Lindsey | 202-709-7521
media@novavax.com
i Dunkle L, Kotloff K, Gay C. Efficacy and Safety of NVX-CoV2373 in Adults in the United States and Mexico. N Engl J Med. 15 Dis 2021.
ii Heath P, Galiza E, Baxter D. Safety and Efficacy of NVX-CoV2373 Covid-19 Vaccine. N Engl J Med. 30 Jun 2021;385:1172-1183.
▼ Ubat ini tertakluk kepada pemantauan tambahan. Ini akan membolehkan maklumat keselamatan baharu dikenal pasti dengan segera. Jika anda bimbang tentang peristiwa kesan sampingan, ia hendaklah dilaporkan pada Kad Kuning. Borang dan maklumat laporan boleh didapati di https://coronavirus-yellowcard.mhra.gov.uk/ atau cari Kad Kuning MHRA dalam Google Play atau Apple App Store. Ketika membuat laporan, sila sertakan jenama vaksin dan nombor kelompok/Lot jika ada.
*Kebenaran pemasaran bersyarat Great Britain meliputi England, Scotland dan Wales
**Kebenaran pemasaran bersyarat Suruhanjaya Eropah meliputi Ireland Utara
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1506866/Novavax_High_Res_Logo.jpg?p=medium600