omniture

APLIKASI SEKARANG DIBUKA UNTUK EDISI 5 KOMPETISI KOPI MUDA S.PELLEGRINO, PROYEK VISI UNTUK MEMBENTUK MASA DEPAN GASTRONOMI

Sanpellegrino Group
2022-02-07 11:00 32

Siapakah yang akan menjadi cef muda generasi seterusnya yang akan membuat perubahan positif dalam masyarakat melalui makanan? Permohonan untuk Pertandingan Akademi Cef Muda S.Pellegrino 2022/23 akan dibuka pada 7 Februari

MILAN, 7 Februari 2022 /PRNewswire/ -- S.Pellegrino mengumumkan kembalinya Pertandingan Akademi Cef Muda S.Pellegrino, inisiatif global menarik yang diwujudkan oleh Akademi Cef Muda S.Pellegrino untuk mencari dan memupuk ara profesional cemerlang yang dapat menembusi sempadan bidang gastronomi.

Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik:
https://www.multivu.com/players/English/9002751-s-pellegrino-launches-5th-edition-of-young-chef-academy-competition/

Mengambil bahagian dalam Pertandingan Akademi Cef Muda S.Pellegrino merupakan satu peluang unik untuk menyertai projek yang telah lama wujud, bercita-cita tinggi dan berwawasan yang menyaksikan S.Pellegrino menyumbang bukan sahaja kepada evolusi komuniti kulinari, bahkan juga kepada masyarakat secara keseluruhan. Malah, dengan pertandingan tersebutlah S.Pellegrino mengenal pasti dan mendidik bakat-bakat yang akan membentuk generasi jurumasak muda yang seterusnya, serta warganegara dunia. Atas sebab ini, pertandingan ini merupakan konteks yang ideal untuk semua pengubah persada kulinari yang ingin mencabar diri mereka sendiri dan menunjukkan kemampuan mereka dalam mewujudkan pengalaman rasa terbaik sambil memberi kesan positif kepada masyarakat.

Pertandingan Akademi Cef Muda S.Pellegrino 2022/23 akan menawarkan peluang kepada jurumasak muda untuk memulakan perjalanan yang penuh inspirasi dan pendidikan yang begitu menyerlah di peringkat global dan dan memberi prestij profesional yang signifikan sepanjang keseluruhan proses pemilihan yang akan mencapai kemuncak dalam acara Grand Finale yang dirancang akan berlangsung pada tahun 2023. Edisi 2019/21 yang baru sahaja selesai ini menyaksikan kira-kira 300 orang jurumasak dan Mentor Muda berbakat dari 50 buah negara berbeza, bekerjasama untuk menambah baik hidangan istimewa mereka yang bukan sekadar resipi tetapi idea sebenar untuk revolusi kulinari yang lestari dan inklusif. Pada penghujung acara ini, Jerome Ianmark Calayag berjaya memenanginya dan menjadi titik rujukan bagi mereka semua yang ingin menjalani profesion jurumasak dengan penampilan baharu pada masa depan.

"Beberapa bulan selepas kejayaan Grand Finale 2019/21 yang telah diadakan di Milan pada bulan Oktober lalu, kami teruja untuk mengumumkan edisi kelima Pertandingan Akademi Cef Muda S.Pellegrino. Pertandingan ini pada asalnya diilhamkan sebagai projek pencarian bakat antarabangsa yang telah berkembang menjadi makmal latihan dan rangkaian tetap yang asli, sejak dua tahun yang lalu : Akademi Cef Muda S.Pellegrino, sebuah komuniti yang memberi inspirasi kepada lebih 1000 orang yang terdiri daripada jurumasak muda dan kanan dari seluruh dunia. Pertandingan ini membuka pintu kepada Akademi tersebut dan merupakan alat utama yang ada untuk kami merangsang kreativiti dan mempromosikan bakat. Keseluruhan projek ini menyampaikan komitmen kami untuk mendorong evolusi yang berterusan dalam dunia gastronomi yang kini mewakili 'ruangan' yang luar biasa untuk menyebarkan nilai-nilai sejagat, seperti kelestarian, tanggungjawab, keterangkuman, ketahanan dan kecantikan", kata Stefano Bolognese, Pengarah Unit Perniagaan Antarabangsa Sanpellegrino."

Jurumasak muda berusia bawah 30 tahun akan berpeluang untuk mendaftar bagi Pertandingan Akademi Cef Muda S.Pellegrino 2022-23 di www.sanpellegrinoyoungchefacademy.com mulai 7Februari hingga 30 April 2022, dengan memberi maklumat peribadi dan profesional serta menyerahkan resipi hidangan istimewa yang dapat menyampaikan visi peribadi, kemahiran unik dan kreativiti mereka. Seperti edisi sebelumnya, permohonan bagi fasa pemilihan pertama akan dinilai oleh ALMA, Sekolah Antarabangsa bagi Seni Kulinari Itali. ALMA akan menentukan senarai pendek Cef Muda yang akan menyertai satu daripada 16 Pusingan Akhir Serantau yang akan berlangsung di seluruh dunia sepanjang separuh kedua tahun 2022.

Peserta pusingan akhir serantau akan bertanding secara rasmi untuk gelaran 'Anugerah Akademi Cef Muda S.Pellegrino 2022-23' yang akan meningkatkan kerjaya mereka dan memberikan mereka pengiktirafan di seluruh dunia. Pemohon juga akan bersaing untuk tiga anugerah tambahan yang akan mengiktiraf pelbagai kepercayaan dan pendekatan jurumasak muda untuk mencipta perubahan positif dalam masyarakat melalui makanan.

Empat anugerah tersebut adalah seperti berikut:

  • Anugerah Akademi Cef Muda S.Pellegrino: ia merupakan anugerah utama pertandingan ini yang diundi oleh Seven Sages, sebuah panel yang dihormati yang terdiri daripada jurumasak terkenal di peringkat antarabangsa. Jurumasak yang memenangi anugerah ini perlu menunjukkan kemahiran teknikal yang tiada tandingan serta kreativiti yang tulen. Bakat muda tersebut juga hendaklah menunjukkan kepercayaan peribadi yang kuat tentang gastronomi, yang akan meyakinkan juri akan kemampuan mereka untuk menjadi pemangkin untuk perubahan yang positif;
  • Anugerah S.Pellegrino untuk Tanggungjawab Sosial: diundi oleh Persatuan Restoran Mapan, yang menganjurkan Food Made Good, program kemapanan perkhidmatan makanan dan komuniti global terbesar untuk memacu kemampanan dalam hospitaliti, hidangan ini akan menunjukkan prinsip bahawa makanan berada pada tahap terbaik apabila ia dihasilkan daripada amalan yang bertanggungjawab secara sosial, merangkumi sumber, sosial dan keperluan alam sekitar. Anugerah ini dinilai mengikut 8 kriteria: penggunaan sumber, kesan iklim, biodiversiti, sisa makanan, pemakanan, kerjasama, sokongan, inovasi;-   
  • Anugerah Acqua Panna untuk Hubungan dalam Gastronomi: diundi oleh Mentor, pemenang anugerah ini yang akan menghasilkan hidangan yang mewakili warisan kulinari rantau tempatan. Hidangan tersebut hendaklah menyerlahkan amalan kulinari tradisional dan visi moden peribadi yang memberi jalinan antara masa lalu dengan masa depan;
  • Anugerah Santapan Fikiran Fine Dining Lovers: diundi oleh komuniti dalam talian, Fine Dining Lovers, anugerah ini adalah untuk cef muda yang dapat menzahirkan kepercayaan peribadinya dengan sebaik-baiknya ke dalam hidangan khasnya.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang inisiatif ini, sila lawati: www.sanpellegrinoyoungchefacademy.com.

Tentang S.Pellegrino dan Acqua Panna
S.Pellegrino, Acqua Panna dan Sanpellegrino Italian Sparkling Drinks ialah tanda dagangan antarabangsa Sanpellegrino S.p.A. yang berpangkalan di Milan, Itali. Diedarkan di lebih 150 buah negara melalui cawangan dan pengedar di kesemua lima benua, produk ini mewakili kecemerlangan yang berkualiti berdasarkan asal-usul mereka dan mentafsir gaya Itali dengan sempurna di seluruh dunia sebagai sintesis keseronokan, kesihatan dan kesejahteraan. Ditubuhkan pada tahun 1899, Sanpellegrino S.p.A. merupakan syarikat terkemuka dalam sektor minuman di Itali dengan pelbagai rangkaian air mineral, aperitif tanpa alkohol, minuman dan teh ais. Sebagai pengeluar utama air mineral di Itali, ia sentiasa komited untuk meningkatkan kebaikan utamanya kepada planet dan bekerja secara bertanggungjawab serta bersemangat untuk memastikan masa depan sumber ini selamat.

Photo - https://mma.prnasia.com/media2/1725262/Sanpellegrino_Group.jpg?p=medium600

S.PELLEGRINO LAUNCHES THE 5TH EDITION OF THE S.PELLEGRINO YOUNG CHEF ACADEMY COMPETITION TO SHAPE THE FUTURE OF GASTRONOMY
S.PELLEGRINO LAUNCHES THE 5TH EDITION OF THE S.PELLEGRINO YOUNG CHEF ACADEMY COMPETITION TO SHAPE THE FUTURE OF GASTRONOMY

 

 

Source: Sanpellegrino Group
Keywords: Beverages Entertainment Food/Beverages Non-Alcoholic Beverages Organic Food Restaurants Retail Broadcast feed announcements Future Events