omniture

Penganjur Incheon Berharap boleh Menggunakan Acara Sukan Kebangsaan sebagai Persediaan untuk Sukan Asia

Incheon-National Sports Festival Organizing Committee
2013-10-03 14:16 96

SEOUL, Korea Selatan, 3 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- Bandar metropolitan Incheon berharap boleh menggunakan pertandingan sukan berbilang kebangsaan yang akan datang sebagai persediaan untuk menghadapi acara antarabangsa lebih besar yang bakal dianjurkan olehnya pada tahun hadapan, kata timbalan datuk bandar bandar itu pada hari Rabu.

(Foto: http://www.prnasia.com/sa/2013/10/02/20131002181306714574.html )

Incheon, 40 kilometer dari arah barat Seoul, akan mengadakan Temasya Sukan Kebangsaan ke-94 mulai 18 ke 24 Oktober, mengumpulkan 22,000 atlit dan 8,000 pegawai dalam 44 acara berpingat dan dua acara demonstrasi.

Bandar itu juga bakal mengadakan Sukan Asia 2014 September hadapan, sebagai penganjur Korea Selatan ketiga untuk pertandingan dalam benua sekali setiap empat tahun itu. Semasa sidang akhbar yang diadakan di sini, Jo Myoung-u, timbalan datuk bandar Incheon, berkata mengadakan acara kebangsaan itu akan menjadi peluang penting bagi bandar itu dengan Sukan  Asia yang bakal berlangsung dalam masa kurang setahun sahaja lagi.

"Tugas paling penting untuk kami di Temasya Sukan Kebangsaan ialah mempersiapkan diri sendiri untuk Sukan Asia," kata Jo, sambil menambah kebanyakan daripada 500 kakitangan jawatankuasa penganjur Sukan Asia akan bekerja untuk Temasya Sukan Kebangsaan untuk mendapat lebih banyak peluang untuk mengalami sendiri proses penganjuran pertandingan sukan berbilang.

Jo juga berkata beliau berhadap penduduk Incheon akan bersatu menyokong Temasya Sukan Kebangsaan.

"Bandar kami mempunyai hampir 3 juta penduduk, tetapi mereka datang daripada latar belakang berbeza," kata pegawai itu. "Saya rasa mengadakan acara kebangsaan besar begini akan membantu penduduk kami bersatu dan membuat mereka berasa bangga kerana tinggal di bandar ini."

Temasya Sukan Kebangsaan di Incheon akan berlangsung di 65 tapak. Bintang sukan daripada Olimpik London tahun lepas bakal bertanding mewakili bandar serta wilayah asal mereka.

Perenang Park Tae-hwan, pemegang pingat Olimpik sebanyak empat kali, akan bertanding mewakili bandar penganjur. Yang Hak-seon, pemegang pingat emas bagi acara gimnastik artistik lelaki menggunakan lombol, Ki Bo-bae, pemegang dua pingat emas dalam acara memanah wanita, dan Shin A-lam, pemegang pingat perak dalam acara lawan pedang wanita, juga bakal menyertai Temasya Sukan Kebangsaan tahun ini.

SUMBER: Jawatankuasa Penganjur Temasya Sukan Kebangsaan Incheon

 

 

 

Source: Incheon-National Sports Festival Organizing Committee
Keywords: Sporting Events Sports