omniture

Eksekutif Logistik: Ekonomi Global akan Terus Bertahan Menghadapi Kegawatan Rantaian Bekalan, Tinjauan Agility Mendedahkannya

Agility
2022-02-08 15:00 23

Para eksekutif optimis dengan tahun 2022 walaupun terdapat gangguan yang didorong oleh pandemik, kadar caj pengangkutan tertinggi  

DUBAI, UAE, 8 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Kebanyakan eksekutif industri logistik menjangkakan pertumbuhan ekonomi yang sederhana ke kukuh serta sedikit atau tiada kemungkinan kemelesetan pada tahun 2022, walaupun tanpa bantuan serta-merta ke atas rantaian bekalan yang terjejas serta kadar caj pengangkutan air dan udara melambung tinggi yang dicetuskan oleh pandemik COVID-19. 

Agility’s 13th annual Emerging Markets Logistics Index
Agility’s 13th annual Emerging Markets Logistics Index

Kira-kira dua pertiga daripada 756 ahli profesional industri yang ditinjau untuk Indeks Logistik Pasaran Baru Muncul 2022 percaya bahawa para pengirim akan menyaksikan kadar caj kargo turun pada akhir tahun ini. Lapan puluh peratus menjangkakan kesesakan di pelabuhan, kekurangan kapasiti udara dan isu berkaitan trak akan semakin reda menjelang akhir tahun.

"Sikap optimis industri ini mencerminkan bahawa ekonomi yang baru muncul semakin berdaya tahan dan mampu memikirkan cara untuk mengharungi gangguan rantaian bekalan," kata Ketua Pegawai Eksekutif Agility, Tarek Sultan. "Jika pasaran baru muncul boleh mendapatkan akses yang lebih baik kepada vaksin dan memberikan rangsangan kepada perniagaan kecil, mereka boleh membantu memperkasakan pemulihan global yang luas dan dinamik."

Tinjauan ini merupakan sebahagian daripada Indeks Logistik Pasaran Baru Muncul Agility 2022, gambaran tahunan sentimen industri yang ke-13 bagi syarikat itu dan kedudukan 50 pasaran baru muncul yang terkemuka di dunia. Indeks ini meletakkan kedudukan negara-negara mengikut daya saing secara keseluruhan berdasarkan kekuatan logistik, iklim perniagaan dan buat kali pertamanya, kesediaan digital mereka -- faktor-faktor yang menjadikan mereka menarik kepada penyedia logistik, penghantar barang, pengangkutan udara dan laut, pengedar dan pelabur.

China dan India, dua buah negara terbesar di dunia, mengekalkan tempat mereka pada kedudukan nombor 1 dan 2 dalam kedudukan keseluruhan. UAE, Malaysia, Indonesia, Arab Saudi, Qatar, Thailand, Mexico dan Turki melengkapkan 10 negara yang teratas. Vietnam yang menduduki tempat ke-8 pada tahun 2021, turun ke tangga ke-11, bertukar tempat dengan Thailand. Afrika Selatan berada di tempat ke-24, kedudukan yang tertinggi di antara negara-negara Afrika Sub-Sahara.

Ekonomi Teluk Arab sekali lagi membolot kategori keadaan paling mesra perniagaan, meraih lima daripada enam tempat teratas. 10 negara teratas untuk asas perniagaan: UAE, Malaysia, Arab Saudi, Qatar, Bahrain, Oman, Chile, China, Maghribi, Jordan. Satu lagi negara Teluk iaitu Kuwait, berada di tempat ke-12.

Pengeksport utama iaitu China, India dan Mexico telah mengungguli kedudukan untuk kategori logistik antarabangsa. China, India dan Indonesia pula menduduki tempat teratas untuk logistik domestik.

Buat pertama kalinya, Indeks ini memberikan skor kepada negara-negara dari segi ketersediaan digital: kemahiran digital, latihan, akses Internet, pertumbuhan e-dagang, iklim pelaburan dan keupayaan untuk memupuk syarikat permulaan serta faktor kelestarian seperti campuran tenaga boleh diperbaharui, intensiti pelepasan yang lebih rendah dan inisiatif hijau.

Kedudukan teratas bagi kesediaan digital: UAE, Malaysia, China, Arab Saudi, India, Thailand, Qatar, Indonesia, Chile dan Filipina. Kategori paling bersedia secara digital bagi negara Afrika Sub-Sahara: Kenya berada di tempat ke-17.

"Hubungan antara keupayaan digital dan prospek pertumbuhan negara tidak dapat disangkal," kata Sultan. "Daya saing negara-negara pasaran baru muncul ini akan ditentukan oleh kemampuan mereka untuk membangunkan perniagaan dan kumpulan bakat yang berkemahiran digital dan mencari keazaman untuk mengurangkan pelepasan mereka dengan cara yang merangsang pertumbuhan dan bukan mengorbankannya."

Kepentingan ketersediaan digital adalah jelas dalam tinjauan ini. Eksekutif logistik mengenal pasti penerimagunaan teknologi sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi dan perniagaan untuk pasaran baru muncul. Bidang tumpuan utama untuk syarikat mereka: teknologi dan kelestarian.

Sorotan Indeks 2022: 

  • Bagi negara Timur Tengah dan Afrika Utara, Kedudukan keseluruhannya ialah: UAE (3), Arab Saudi (6), Qatar (7), Turki (10), Oman (14), Bahrain (15), Kuwait (17), Jordan (19), Maghribi (20), Mesir (21), Iran (30), Lebanon (35), Tunisia (36), Algeria (37), Libya (50).
  • Kedudukan negara Asia: China (1), India (2), Malaysia (4), Indonesia (5), Thailand (8), Vietnam (11), Filipina (18), Kazakhstan (22), Pakistan (27), Sri Lanka (33), Bangladesh (39), Kemboja (40), Myanmar (49).
  • Kedudukan Indeks keseluruhan untuk negara Amerika Latin: Mexico (9), Chile (12), Brazil (16), Uruguay (23), Colombia (25), Peru (26), Argentina, (31), Ecuador (38), Paraguay (41), Bolivia (44), Venezuela (48).
  • Indeks kedudukan untuk negara Afrika Sub-Sahara: Afrika Selatan (24), Kenya (28), Ghana (32), Nigeria (34), Tanzania (42), Uganda (43), Ethiopia (45), Mozambique (46), Angola (47).

Transport Intelligence (Ti), sebuah firma analisis dan penyelidikan terkemuka untuk industri logistik yang telah menyusun Indeks ini.

John Manners-Bell, Ketua Eksekutif Ti, berkata: "Seberapa cepat pasaran baru muncul pulih daripada krisis dua tahun yang lalu sangat bergantung kepada kepantasan pelancaran vaksin, tidak kurang juga daripada perspektif kepaduan sosial, ekonomi dan politik. Pada masa yang sama, rangkaian yang menghubungkan ekonomi ini dengan pasaran Barat perlu dipulihkan semula jika para pengirim ingin disepadukan kembali ke dalam sistem perdagangan global. COVID telah menyebabkan perkapalan menjadi lebih mahal, rumit dan perlahan, terutamanya untuk perniagaan kecil dan sederhana. Pendigitalan akan memainkan peranan penting dalam memudahkan pergerakan rentas sempadan yang lancar, tetapi dalam jangka masa yang panjang, manfaat globalisasi hanya akan dikongsi dengan pasaran baru muncul sekiranya rantaian bekalan dan logistik dijadikan lebih berdaya tahan dalam menghadapi krisis masa depan."

Indeks Logistik Pasaran Baru Muncul Agility 2022: www.agility.com/2022index 

Tentang Agility 

Agility ialah sebuah syarikat rantaian bekalan global serta peneraju dan pelabur dalam teknologi untuk meningkatkan kecekapan dan kelestarian rantaian bekalan. Ia merupakan perintis dalam pasaran baru muncul dan salah satu pemilik dan pemaju persendirian pergudangan serta taman perindustrian ringan terbesar di Timur Tengah, Afrika dan Asia. Anak syarikat Agility menawarkan perkhidmatan lapangan terbang, pembolehan e-dagang dan logistik digital, pendigitalan kastam, perkhidmatan infrastruktur jarak jauh, logistik bahan api serta pengurusan hartanah dan kemudahan komersial. 

Untuk maklumat lanjut tentang Agility, sila layari www.agility.com

Twitter: twitter.com/agility  

LinkedIn: linkedin.com/company/agility

YouTube: youtube.com/user/agilitycorp

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1739979/Agility_Emerging_Markets.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1739997/Agility_Logo.jpg?p=medium600

Source: Agility
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Publishing/Information Service Railroads and Intermodal Transportation Transportation Trucking and Road Transportation Economic news, trends, analysis Survey, Polls & Research