omniture

Jeppesen Merevolusikan Pelesenan ENC Dengan Penyelesaian Baharu

Jeppesen
2013-10-03 18:37 144

-- Jeppesen FlatFee Membantu Pelaut Meramal dengan Tepat Kos Pencartaan, Melancarkan Proses Pembelian dan Menggunakan Carta Rasmi daripada Peneraju Pengemudian Global

ENGLEWOOD, Colorado, 3 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- Jeppesen merevolusikan industri carta pengemudian dengan memperkenalkan pelesenan FlatFee untuk Carta Pengemudian Elektroniknya (ENC) yang rasmi. Jeppesen FlatFee menjadikan akses dan penggunaan ENC mudah, berkesan kos dan mesra perancangan. Berdasarkan input daripada rangkaian luas pelanggan maritimnya, Jeppesen FlatFee dibangunkan bagi memenuhi keperluan yang semakin meningkat untuk penyelesaian pengemudian yang fleksibel dan boleh dikembangkan yang membantu pelaut meramal kos pencartaan tahunan dengan lebih tepat.

Jeppesen FlatFee membolehkan pelaut membeli beberapa atau kesemua sembilan zon seluruh dunia pada satu harga tetap yang berpatutan. Sebaik sahaja dibeli, kapal boleh melihat dan menggunakan semua carta, untuk perancangan dan pengemudian pelayaran, tanpa had untuk tempoh langganan selama setahun. Ini membantu pelaut mempertingkat keselamatan dan pengendalian ENC, sementara memudahkan Kawalan Negeri Pelabuhan dan memastikan kos pencartaan yang boleh diramal. Jika pelayaran memerlukan perubahan, langganan zon tambahan boleh ditambah tanpa perlu mencipta lesen baharu – lantas menjadikan Jeppesen FlatFee sebagai pilihan pelesenan carta yang sangat fleksibel dan boleh dikembangkan. Jeppesen menggunakan variasi kaedah pelesenan sedia ada untuk memastikan pemprosesan penugasan Pejabat Hidrografik yang tepat.

"Laporan awal daripada kapal yang menguji pelesenan FlatFee kami adalah sangat positif," kata Gary Minard, pengarah jualan dan pemasaran marin global Jeppesen. "Penyelesaian baharu ini memenuhi keperluan pelanggan kami dengan lebih baik dengan membantu mengatasi kesukaran dan kos yang tidak dijangka yang berkaitan dengan penggunaan ENC di seluruh dunia."

Dengan penambahan FlatFee, Jeppesen telah memperluas kemampuan globalnya untuk menawarkan pelaut penyelesaian kelompok inovatif yang meningkatkan pengemudian sambil membantu kapal dan syarikat perkapalan beroperasi dengan selamat, berkesan dan cekap. Suite penuh Jeppesen untuk penyelesaian inovatif termasuklah FleetManager, Ship Report, Weather Routing dan Piracy Updates Jeppesen, semuanya dibangunkan untuk berfungsi bersama-sama dengan ENC rasmi Jeppesen yang sedia ada di seluruh dunia.

Bagi mengetahui lebih lanjut tentang pelesenan ENC FlatFee baharu Jeppesen, lawati www.jeppesen.com/marine/commercial.

Tentang Jeppesen
Jeppesen ialah penyedia yang menerajui pasaran bagi perkhidmatan pengendalian kapal dan penyelesaian pengemudian digital, berdasarkan jenis data carta vektor seluruh dunia yang diluluskan mengikut ISO19879, teknologi penghantaran dan maklumat cuaca. Jeppesen menawarkan rangkaian luas produk dan perkhidmatan pengemudian dan pengendalian untuk kedua-dua pasaran marin rekreasi dan komersil. Pemandu bot, pelaut dan pengendali yang mementingkan keselamatan bagi kapal yang terdiri daripada jenis pantai hingga kelas SOLAS, bergantung terhadap Jeppesen untuk penyelesaian pengemudian inovatif yang meningkatkan keselamatan dan kecekapan.

Jeppesen ialah syarikat subsidiari The Boeing Company. Maklumat korporat Jeppesen boleh didapati dalam talian di jeppesen.com.

    Hubungan Media:

Christine Pomorski


Komunikasi Marin


+1-303-328-6166


christine.pomorski@jeppesen.com

Source: Jeppesen
Related Links:
Keywords: Maritime/Shipbuilding Transportation Travel New products/services