LONDON, 3 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- Majlis Bangunan Hijau UK telah memasuki perkongsian jangka panjang dengan Ecobuild, acara terbesar dunia untuk rekaan, pembinaan dan alam bina yang mampan.
Persetujuan ini bermaksud UK-GBC kini ialah rakan kongsi peneraju untuk Ecobuild, acara tahunan yang disokong oleh badan amal itu sejak ia ditubuhkan pada tahun 2007.
Kedua-dua organisasi ini akan bekerjasama dengan lebih rapat lagi untuk mempromosikan perkara yang berkaitan dengan perniagaan ini untuk alam bina yang lebih mesra alam dan lebih mampan.
Program acara Ecobuild yang tiada tandingan akan dibangunkan dan dijalankan dengan kerjasama UK-GBC, dengan Ketua Eksekutifnya Paul King berada dalam Lembaga Penasihat Ecobuild.
UK-GBC juga akan menyumbang kepada program persidangan dan seminar, yang untuk kali pertama dalam sejarah Ecobuild selama sepuluh tahun, akan dijalankan di lantai pertunjukan. Sesi persidangan termasuklah debat berprofil tinggi tentang isu polisi penting yang akan dianjurkan dalam dua arena utama, sementara enam zon seminar akan menumpukan terhadap topik seperti produk dan rekaan bangunan, prestasi dan BIM bangunan, pembaharuan dan penaiktarafan, bandar masa hadapan, serta prasarana dan tenaga hijau.
Ecobuild juga aktif menyokong usaha UK-GBC meningkatkan kesedaran dan pemahaman tentang kemampanan dalam alam bina sebagai penaja pengasas Pinpoint (http://www.pinpoint.org.uk), platform dalam talian UK-GBC untuk sumber kemampanan, dan program pendidikan Green Building Series (http://www.ukgbc.org/education).
"Perkongsian ini menandakan permulaan bab baharu dan mengujakan dalam hubungan rapat kami dengan Ecobuild, acara yang telah mengukuhkan kedudukan pembinaan mampan dalam agenda UK serta antarabangsa dalam masa sepuluh tahun lepas," kata Paul King.
"Kami tidak sabar-sabar lagi untuk bekerjasama dengan penganjur dan industri untuk memastikan program acara dan barisan penceramah bakal menjadikan acara tahun 2014 kelak sebagai Ecobuild terhebat setakat ini."
Alison Jackson, Pengarah Kemampanan dan Pembinaan UBM yang baru dilantik, menambah: "Kami teruja boleh bekerja lebih rapat dengan UK-GBC. Kepakaran mereka dalam meneraju tindakan industri, membina kemampuan melalui pemindahan pengetahuan dan amalan hijau, serta komitmen dan semangat organisasi itu patut dijadikan contoh. Perkongsian ini menggalakkan kolaborasi sepanjang setahun dan kami gembira UK-GBC akan menjadi rakan kongsi peneraju bagi jenama Ecobuild."
Ecobuild juga menumpukan terhadap usaha meminimumkan impak alam sekitar acara itu sendiri dengan melaksanakan Sistem Pengurusan Kemampanan Acara ISO 20121, yang menumpukan perhatian pada penggunaan bahan, pengurangan bahan buangan dan pengurangan karbon. Proses pemerolehan mampan juga akan dilakukan untuk semua isu alam sekitar dan pembekal penting yang dipromosikan kepada semua pihak berkepentingan menjelang acara itu kelak.
Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, Ecobuild akan bekerjasama rapat dengan UK-GBC untuk Anugerah Gerai Mampan. Tahun 2014 bakal menandakan tahun keempat UK-GBC menjalankan Anugerah Gerai Mampan di Ecobuild. Pertandingan itu adalah berdasarkan rekaan mampan dan penyumberan bahan bertanggungjawab untuk pembinaan gerai, dan bagaimana tenaga, bahan buangan dan proses kitar semula telah dipertimbangkan sewaktu pembinaannya.
Ecobuild berlangsung mulai 4 ke 6 Mac 2014 di ExCeL London. http://www.ecobuild.co.uk
Tentang UBM Live Built Environment – penganjur Ecobuild:
UBM Live Built Environment, penganjur Ecobuild, ialah perniagaan penyelesaian acara, data dan media pakar yang menumpukan terhadap komuniti pembinaan, hartanah, seni bina dan binaan dalaman seluruh dunia.
Jenama UBM Live Built Environment yang memenangi anugerah diiktiraf ramai sebagai antara jenama paling ikonik dalam alam bina termasuk Ecobuild, Interiors UK, Sleep Europe, RESI, Building, Property Week, Building Design dan Barbour ABI.
Sumber: Ecobuild 2014