omniture

Cambrex Diiktiraf oleh CMO Leadership Awards 2022 untuk Tahun Ke-8 Berturut-turut

Cambrex
2022-02-08 22:30 39

EAST RUTHERFORD, New Jersey, 8 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Cambrex, sebuah organisasi pembuatan dan pembangunan kontrak (CDMO) global terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa ia telah diiktiraf oleh CMO Leadership Awards (Organisasi Pembuatan Kontrak) tahunan bagi kategori Kualiti dan Perkhidmatan. Ini menandakan tahun kelapan berturut-turut Cambrex telah diiktiraf dengan penerimaan anugerah.

"Cambrex berbesar hati untuk dikenali sekali lagi oleh pelanggan dan rakan perindustrian kami sebagai pembekal utama kepada industri farmaseutikal. Untuk diiktiraf dalam kategori penyampaian kualiti dan perkhidmatan mencerminkan kepakaran teknikal dan pendekatan kami untuk memberikan penyelesaian tersuai yang berfokus kepada keperluan pelanggan kami," kata Thomas Loewald, Ketua Pegawai Eksekutif Cambrex. Beliau menambah, "Permintaan untuk pembangunan farmaseutikal dan pembuatan sumber luaran semakin meningkat. Di Cambrex, kami komited untuk melabur dalam kapasiti, keupayaan dan kepakaran yang diperlukan untuk mengukuhkan kedudukan kami sebagai CDMO global yang terkemuka."

Keputusan CMO Leadership Awards adalah berdasarkan penyelidikan pasaran utama daripada tinjauan dalam talian tahunan Penanda Aras Kualiti Pembuatan Kontrak oleh Industry Standard Research. Bagi CMO Leadership Awards 2022, seramai 86 CMO telah dinilai berdasarkan 23 metrik prestasi. Para peserta penyelidikan telah direkrut daripada syarikat biofarmaseutikal pelbagai saiz dan telah disaring berdasarkan pengaruh dan kuasa membuat keputusan apabila ia berkaitan dengan CMO. Responden hanya menilai syarikat-syarikat yang telah mengusahakan projek sumber luaran dalam tempoh 18 bulan yang lalu. Tahap kelayakan ini memastikan bahawa penarafannya datang daripada penglibatan sebenar dengan perniagaan dan syarikat yang dikenal pasti sebagai peneraju pula telah disokong oleh data pengalaman. CMO mestilah memenuhi syarat minimum maklum balas tinjauan pelanggan untuk layak mendapat anugerah.

"Tahniah kepada semua pemenang Life Science Leader and Outsourced Pharma 2022 CMO Leadership Award," kata Louis Garguilo, Ketua Editor merangkap Pengerusi Persidangan Outsourced Pharma. "Anda merupakan penyedia perkhidmatan terbaik dalam industri biofarmaseutikal – yang telah berlaku cemerlang untuk pelanggan anda melalui halangan pandemik, cabaran rantaian bekalan serta permintaan yang semakin meningkat terhadap platform dan teknologi baharu."

Cambrex baru-baru ini meraikan ulang tahun ke-40 penubuhannya sejak tahun 1981. Dengan pertumbuhan dan transformasi selama 40 tahun yang menjadikannya sebuah organisasi pembangunan dan pembuatan kontrak global yang terkemuka, Cambrex meneruskan komitmennya untuk memimpin dalam pembuatan bahan ubat-ubatan farmaseutikal dengan lebih $100 juta pelaburan sedang dijalankan di seluruh rangkaian pembuatan globalnya.

Tentang Cambrex 

Cambrex ialah sebuah organisasi pembangunan dan pembuatan kontrak (CDMO) global terkemuka yang menyediakan bahan ubat-ubatan, produk ubat-ubatan dan perkhidmatan analisis pada keseluruhan kitaran hayat ubat-ubatan. Dengan lebih 40 tahun pengalaman dan pasukan yang terdiri daripada lebih 2,200 orang pakar yang semakin berkembang memberikan perkhidmatan kepada pelanggan global dari Amerika Utara dan Eropah, Cambrex merupakan rakan kongsi yang dipercayai dalam pasaran berjenama dan generik untuk pembangunan dan pembuatan berbentuk dos yang telah siap dan API.

Cambrex menawarkan pelbagai teknologi dan keupayaan bahan ubat-ubatan khusus, termasuk biopemangkinan. Aliran berterusan, bahan terkawal, sains keadaan pepejal, pencirian bahan dan API yang sangat kuat. Selain itu, Cambrex boleh menyokong bentuk dos konvensional termasuk pepejal oral, separa pepejal dan cecair serta mempunyai kepakaran untuk mengeluarkan bentuk dos khusus seperti pelepasan terubahsuai, gabungan dos tetap, pediatrik, tablet dwilapisan, pek stik, topikal, bahan terkawal serta salap steril dan bukan steril.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.cambrex.com

Tentang CMO Leadership Awards 

Kini dalam tahun ke-11, CMO Leadership Awards Outsourced Pharma dan Life Science Leader memberikan para pembaca maklum balas pelanggan yang tepat dan boleh dipercayai untuk membantu mereka memilih rakan kongsi yang bereputasi untuk keperluan pembangunan dan pembuatan mereka. Bagi CMO Leadership Awards 2022, Industry Standard Research (ISR) telah menentukan penerima anugerah melalui penilaian mereka terhadap lebih 86 pengeluar kontrak. CMO ini telah dinilai berdasarkan 23 metrik prestasi dalam tinjauan tahunan Penanda Aras Kualiti Pembuatan Kontrak ISR.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1723116/Cambrex_40_Years_Logo.jpg?p=medium600

Source: Cambrex
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Outsourcing Businesses Pharmaceuticals Awards