omniture

SuperTurbo Technologies Inc. dan Linamar Corporation Mengumumkan Perjanjian Pembuatan dan Bekalan Eksklusif untuk Ujian dan Pembuatan Teknologi Baharu yang dikenali sebagai SuperTurbo™

SuperTurbo Technologies, Inc.
2022-02-08 22:30 38

SuperTurbo™ meningkatkan kecekapan enjin pembakaran dalaman, mengurangkan kos dan mengurangkan pelepasan gas berbahaya

LOVELAND, Colorado, 8 Februari 2022 /PRNewswire/ -- SuperTurbo Technologies Inc. ("SuperTurbo") dan Linamar Corporation ("Linamar") hari ini mengumumkan bahawa kedua-dua syarikat ini telah memeterai perjanjian eksklusif untuk membawa SuperTurbo™ yang merupakan sebuah teknologi transformasi ke pasaran. SuperTurbo™ meningkatkan kecekapan enjin pembakaran dalaman diesel, hidrogen dan gas asli sambil mengurangkan pelepasan gas berbahaya dengan ketara.  McLaren Engineering, satu bahagian dalam Linamar, akan menghasilkan unit prototaip untuk ujian ketahanan.  Di bawah perjanjian eksklusif ini, setelah berjaya menyelesaikan ujian, Linamar akan mengeluarkan dan menguji SuperTurbos™ untuk pasaran global.

SuperTurbo™ ialah pengecas turbo yang digerakkan secara mekanikal yang memberikan rangsangan "atas permintaan" kepada enjin pembakaran dalaman, yang menyediakan keupayaan untuk mengawal dan mengimbangi tekanan rangsangan serta nisbah udara dan bahan api dengan tepat. Ia menyokong enjin pembakaran dalaman 7.5L hingga 16L untuk penggunaan di lebuh raya dan juga pembinaan, di mana peraturan tentang pelepasan dan CO2 yang semakin ketat memerlukan sistem pengurusan udara yang canggih.  Syarikat Pengeluar Peralatan Asal (OEM) enjin global terkemuka terus menunjukkan minat yang besar terhadap SuperTurbo™ sebagai komponen utama generasi seni bina enjin syarikat yang seterusnya demi membolehkan pematuhan terhadap syarat-syarat pelepasan China 7, Euro 7 dan Lembaga Sumber Udara California/EPA 2024/2027.

"Kerjasama SuperTurbo dengan Linamar membawa syarikat kami selangkah lebih dekat ke arah usaha mengkomersialkan teknologi yang mampu mengurangkan pelepasan dengan ketara, meningkatkan prestasi enjin dan kos bahan api yang lebih rendah berbanding teknologi rangsangan enjin pesaing," kata Mark Herbst, Ketua Pegawai Eksekutif SuperTurbo.  "Linamar ialah sebuah perusahaan pembuatan bertaraf dunia dan rakan kongsi yang ideal untuk syarikat kami ketika ia berkembang ke peringkat yang amat penting dalam menyampaikan produk yang sedia komersial ke pasaran.  Kami berharap dapat memanfaatkan sumber global Linamar yang luas untuk mengeluar dan melancarkan produk baharu di seluruh dunia."

"Kami teruja kerana dapat bekerjasama dengan SuperTurbo untuk menghasilkan prototaip bagi ujian ketahanan produk revolusioner syarikatnya yang mengurangkan pelepasan enjin pembakaran dalaman hidrogen, diesel dan gas asli secara ketara di samping mencapai tahap produktiviti yang lebih tinggi dan menurunkan jumlah kos pemilikan bagi pasaran kenderaan komersial di lebuh raya dan luar lebuh raya.  Kami menganggap SuperTurbo sebagai peneraju dalam membawa teknologi ini ke pasaran yang akan memberi kesan positif kepada alam sekitar kita," ujar Ketua Pegawai Eksekutif Linamar, Linda Hasenfratz.

Selain daripada kerjasama dengan Linamar, SuperTurbo baru-baru ini mengumumkan bahawa syarikatnya telah berjaya memuktamadkan kerjasama dengan AVL List GmbH ("AVL") untuk mengkaji potensi pengurangan karbon dan pelepasan gas enjin pembakaran dalaman hidrogen (H2ICE).  Dengan memberi tumpuan khusus kepada penggunaan kenderaan komersial, SuperTurbo™ menunjukkan keupayaan untuk mengoptimumkan lambda bagi mengurangkan pelepasan NOx daripada enjin kepada kurang daripada 1-2 g/kWh berbanding kebanyakan julat operasi enjin yang lain, dengan meningkatkan kecekapan sebanyak 4% sambil mengekalkan peralihan seperti menggunakan diesel dan pantas.

Tentang SuperTurbo Technologies, Inc.
SuperTurbo Technologies Inc. mengkhusus dalam reka bentuk, pembangunan dan pengkomersialan SuperTurbos™ untuk kenderaan komersial bagi pasaran penggunaan di lebuh raya dan pembinaan. SuperTurbo™ ialah pengecas turbo yang digerakkan secara mekanikal yang membolehkan syarikat OEM enjin mengawal aliran udara dan EGR untuk enjin, yang membolehkan pengoptimuman prestasi dan juga pelepasan pada semua peringkat pengendalian. Faedah-faedah lain termasuk kecekapan kitaran peralihan, penjimatan kos bahan api, pemulihan tenaga ekzos melalui pengkompaunan, pengurangan zarah, peningkatan Permulaan Sejuk/Rendah NOx, pengecilan saiz enjin, penurunan kelajuan dan penambahbaikan brek enjin. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.superturbo.net.

Tentang Linamar
Linamar Corporation (TSX: LNR) ialah sebuah syarikat pembuatan canggih yang menggabungkan teknologi canggih dan kepakaran pembuatan mendalam yang menghasilkan penyelesaian untuk menguasakan kenderaan, pergerakan, pekerjaan dan kehidupan masa depan. Syarikat ini terdiri daripada dua segmen operasi – segmen Perindustrian dan segmen Mobiliti dengan kedua-dua segmen ini merupakan peneraju global dalam penyelesaian pembuatan dan pembangun bertaraf dunia bagi produk tereka bentuk berkualiti tinggi. Segmen Perindustrian terdiri daripada Skyjack dan MacDon. Skyjack mengeluarkan lif gunting, bum dan teleskopik atau foklif untuk industri platform kerja udara. MacDon mengeluarkan gabungan pengepala draper dan penebas-susun berjentera untuk industri penuaian pertanian. Segmen Mobiliti dibahagikan kepada tiga kumpulan serantau: Amerika Utara, Eropah dan Asia Pasifik. Dalam segmen Mobiliti, kumpulan serantau merupakan operasi bersepadu secara menegak yang menggabungkan kepakaran dalam tuangan, penempaan, pemesinan dan pemasangan logam ringan untuk kedua-dua pasaran kenderaan berkuasa elektrik dan tradisional di seluruh dunia. Produk segmen Mobiliti memberi tumpuan kepada komponen serta sistem untuk rangkaian kuasa tenaga baharu, badan dan cesi, tali pacuan, enjin dan sistem gear kenderaan ini. McLaren Engineering menyediakan perkhidmatan reka bentuk, pembangunan dan ujian untuk segmen Mobiliti. Linamar mempunyai 26,000 orang pekerja di 60 lokasi pembuatan, 12 pusat R&D dan 25 buah pejabat jualan di 17 buah negara di Amerika Utara dan Selatan, Eropah dan Asia yang menjana jualan sebanyak $7.4 bilion pada tahun 2019. Untuk maklumat lanjut tentang Linamar Corporation dan produk serta perkhidmatannya yang terkemuka dalam industri, sila layari www.linamar.com atau ikuti kami pada Twitter di @LinamarCorp.

Hubungan Media:
Forrest Gitlin
Prosek Partners
fgitlin@prosek.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1527734/STT_LRG_031417_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: SuperTurbo Technologies, Inc.
Related Stocks:
Toronto:LNR
Keywords: Auto Construction/Building Green Technology Machinery Transportation Licensing/marketing agreements