omniture

Hikvision jadi Penaja Rasmi Sukan Asia Hangzhou 2022

Hikvision Digital Technology
2022-02-09 12:17 201

HANGZHOU, China, 9 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Di majlis penandatanganan yang diadakan pada 18 Januari di Hangzhou, Hikvision mengumumkan bahawa ia menjadi Penaja IoT Pintar & Data Raya Rasmi Sukan Asia Hangzhou 2022 kali ke-19 dan Sukan Paralimpik Asia ke-4. Sebagai penaja, Hikvision akan menyediakan kedua-dua acara tersebut dengan pelbagai perkhidmatan pintar bagi menyokong arahan pintar, keselamatan pintar dan pemeriksaan keselamatan serta pengurusan trafik pintar dan sebagainya. Tawaran ini akan benar-benar menyumbang kepada "Sukan Asia Pintar".

Sepanjang 20 tahun yang lalu, produk dan penyelesaian Hikvision telah menawarkan kemudahan kepada lebih 155 negara dan wilayah serta memainkan peranan penting dalam banyak acara sukan antarabangsa terkenal dan peristiwa global seperti Sidang Kemuncak Hangzhou G20, Sukan Olimpik Beijing dan Ekspo Dunia Shanghai.

"Sebagai sebuah syarikat teknologi global yang ditubuhkan di Hangzhou, Hikvision akan membawakan pengalaman dan kelebihan sepenuhnya yang kami peroleh selama bertahun-tahun dan mengaplikasikan teknologi teras seperti IoT pintar dan data raya agar dapat menyuntik lebih banyak momentum teknologi dalam Sukan Asia Hangzhou." Hu Yangzhong, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Hikvision berkata dalam ucapan beliau bahawa syarikat ini akan berdedikasi untuk menawarkan kemudahan kepada para atlet, penonton, sukarelawan dan penganjur dari seluruh dunia melalui perkhidmatan pintarnya.

Di majlis penandatanganan tersebut, Hikvision turut menyertai secara rasmi projek amal "Asian Games Football Dream" ("Impian Bola Sepak Sukan Asia") bagi membantu mendorong impian bola sepak kanak-kanak dan menggalakkan pembangunan sukan bola sepak belia di Asia. Sepanjang perkongsian ini, Hikvision akan turut mengambil bahagian dengan aktif dalam kempen amal besar "2022 Asian Games Aspirations" ("Aspirasi Sukan Asia 2022") dan menggalakkan secara bersama aktiviti amal sukan bersama Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Hangzhou.

Latar Belakang Hikvision 

Hikvision ialah penyedia penyelesaian IoT dengan video sebagai kecekapan terasnya. Menampilkan tenaga kerja penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang luas dan berkemahiran tinggi, Hikvision mengeluarkan rangkaian lengkap produk dan penyelesaian komprehensif untuk pelbagai pasaran vertikal. Selain industri keselamatan, Hikvision memperluas jangkauannya kepada teknologi rumah pintar, automasi industri dan industri elektronik automotif untuk mencapai visi jangka panjangnya. Produk Hikvision juga menyediakan kepintaran perniagaan yang berkuasa untuk pengguna akhir, yang dapat membolehkan operasi yang lebih cekap dan kejayaan komersial yang lebih besar. Komited dengan kualiti dan keselamatan terbaik produknya, Hikvision menggalakkan rakan kongsi untuk memanfaatkan banyak sumber keselamatan siber yang ditawarkan Hikvision, termasuk Pusat Keselamatan Siber Hikvision. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi kami di www.hikvision.com.

Source: Hikvision Digital Technology
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Sporting Events Sports Licensing/marketing agreements