omniture

Kit Pic Media Perniagaan & Kewangan 2021 (Edisi APAC) PR Newswire Kongsi Berita dan Trend mengenai Radar Wartawan

PR Newswire
2022-02-09 15:21 134

HONG KONG, 9 Februari 2022 /PRNewswire/-- PR Newswire melancarkan Kit Pic Media Perniagaan & Kewangan 2021 (Edisi APAC) hari ini, menawarkan pandangan untuk jenama-jenama yang melakukan pic kepada media perniagaan dan kewangan di tengah-tengah ramalan ekonomi global yang kekal diselubungi oleh ketidakpastian.

PR Newswire's Business & Finance Media Pitching Kit 2021 (APAC Edition)
PR Newswire's Business & Finance Media Pitching Kit 2021 (APAC Edition)

 

 

Memandangkan ekonomi sedang terumbang-ambing akibat impak daripada pandemik COVID-19, banyak jenama telah mengalihkan keutamaan perniagaan mereka dan mempercepatkan transformasi digital mereka. Sepanjang tahun lalu, terdapat peningkatan penggunaan mata wang digital dan semakin banyak jenama mengutamakan inisiatif Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

Gelombang perubahan telah memberikan jenama-jenama dengan banyak peluang untuk berkongsi kisah mereka bersama wartawan yang menuntut data yang tepat pada masanya dan perspektif pegawai berpangkat tinggi. Bagi kit pic media ini, PR Newswire menembu bual 19 penyunting dan wartawan perniagaan dan kewangan merentas 9 pasaran di rantau Asia-Pasifik. Mereka memberi gambaran dalaman mengenai jenis kandungan yang akan menarik mereka untuk membuat susulan pada siaran akhbar, cabaran membuat laporan semasa bekerja jarak jauh dan trend baru muncul yang dicari-cari oleh mereka untuk membuat lebih banyak liputan pada tahun akan datang.

Muat turun kit di sini atau mulakan dengan maklumat penting di bawah.

1.  Memberi tumpuan pada trend perniagaan dan kewangan yang dibentuk oleh COVID-19 

Wartawan berminat untuk melaporkan mengenai trend seperti transformasi digital perusahaan, kenaikan harga hartanah, kemunculan e-dagang dan ESG.

"ESG dan pelaburan alternatif merupakan trend yang pasti pada tahun hadapan tatkala pelabur memburu hasil yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, kami tidak mahu mengabaikan pendapatan tetap dan ekuiti yang terus mengambil sebahagian besar daripada portfolio pelabur, maka kami akan terus membuat liputan mengenai hal ini, walaupun pada tahap yang sedikit lebih kecil," kata Natalie Koh, Penyunting Berita, AsianInvestor.

"Dengan gelombang pandemik yang baharu, berkemungkinan bahawa tahun 2022 akan menjadi satu lagi tahun yang mana pelabur melihat kepada hartanah sebagai tempat berlindung yang selamat dan pasaran ini akan terus menetapkan puncak harga yang baharu," kata Phạm Thị Điệp Anh, Penyunting dan Wartawan Perniagaan, VTV24.

2.  Memfokuskan kepada masa depan perniagaan dan kewangan

Topik-topik hangat mengenai radar wartawan perniagaan dan kewangan termasuk perbankan digital, teknologi kewangan, rantaian blok dan trend yang semakin berkembang pesat seperti kenderaan elektrik dan tenaga boleh diperbaharui. Negara-negara atau syarikat-syarikat yang melakar pembangunan yang berjaya dalam bidang-bidang ini akan diperhatikan dengan teliti.

"Perbankan digital, kenderaan elektrik, bandar pintar dan tenaga boleh diperbaharui - topik-topik ini penting untuk pembaca kami kerana ia mewakili masa depan ekonomi," Kamarul Azhar, Penolong Penyunting, The Edge.

"Rantaian blok merupakan penjana baru muncul. Semua industri dan perniagaan semakin menumpukan perhatian untuk menemui kemungkinan dalam aplikai rantaian blok, bermula daripada hartanah, perbankan hinggalah logistik dan rantaian bekalan," kata Michael Ng, Wartawan Rencana, HK101.

3.  Memerhatikan dengan teliti ramalan perniagaan

Tatkala pasaran bertindak balas kepada keadaan COVID-19 yang tidak menentu, wartawan-wartawan berusaha untuk memenuhi keperluan audiens yang menginginkan ramalan bagi membuat keputusan yang tepat berhubung pelaburan kewangan seperti stok, bon, emas dan mata wang digital.

"Pembaca mahukan ramalan untuk mengambil langkah dalam pelaburan kewangan dan perniagaan. Model dan idea baharu akan sentiasa menarik," kata Nguyễn Viễn Thông, Penyunting dan Wartawan Perniagaan, VNExpress.

"Saya mengharapkan lebih banyak tafsiran dan analisis berdasarkan kepada pelbagai data syarikat termasuk tetapi tidak terhad kepada data kewangan, perniagaan, pengguna dan data industri," kata Yue Qi, Ketua Sidang Pengarang, National Business Daily.

4.  Dikehendaki: Kisah yang menggembirakan daripada komuniti perniagaan dan kewangan

Wartawan semakin mencari kisah yang menginspirasikan dan panduan berguna untuk mencapai kepimpinan yang berjaya. Pandangan daripada pemimpin perniagaan juga menarik sekiranya mereka dapat berkongsi pembelajaran tertentu dan anekdot peribadi daripada kerjaya mereka.

"Sebagai sebahagian daripada masyarakat yang lebih besar, media perlu berkembang dalam usaha untuk memastikan semangat dan motivasi orang ramai tinggi terutamanya semasa berlakunya krisis. Kami dapat mencapai tujuan ini dengan menulis mengenai perusahaan perniagaan, eksekutif dan ahli perniagaan yang berjaya yang bukan sahaja dapat bertahan semasa pandemik ini, bahkan berkembang maju," kata Kormensius Barus, Ketua Penyunting, Industry.co.id.

"Akan terdapat lebih banyak liputan mengenai pandangan daripada pemimpin perniagaan di Asia yang berkongsi pengajaran terbesar mereka daripada kerjaya mereka yang dapat disampaikan oleh mereka kepada orang lain. Tatkala ekosistem berkembang, penting untuk memiliki platform yang membolehkan orang ramai belajar daripada orang lain agar mereka dapat berkembang maju untuk memegang jawatan kepimpinan," kata Taro Ishida, Pengurus Perkongsian, KrASIA.

Panduan pic penting yang lain daripada media termasuk mempersiapkan para eksekutif berpangkat tinggi untuk wawancara media maya, menyediakan bahan akhbar beraneka data serta memberi perhatian kepada metrik penting untuk mengukur kejayaan dan impak cerita.

Untuk mendapatkan analisis mendalam berhubung pelaporan mengenai industri perniagaan dan kewangan, muat turun Kit Pic Perniagaan & Kewangan 2021 (Edisi APAC) PR Newswire di sini.

Latar Belakang PR Newswire 

PR Newswire, sebuah syarikat Cision Ltd., ialah penyedia global yang terkemuka bagi pengedaran berita serta perisian dan perkhidmatan media reputasi wajar. Dengan penggunaan suit produk komunikasi berasaskan awan Cision, perkhidmatan PR Newswire membolehkan pemasar, komunikator korporat dan pegawai perhubungan pelabur mengenal pasti golongan berpengaruh utama, melibatkan audiens sasaran, mencipta dan mengedarkan kandungan strategik serta mengukur impak yang bermakna. Menggabungkan rangkaian penyebaran kandungan berbilang saluran, berbilang budaya yang terbesar di dunia dengan alatan dan platform aliran kerja yang komprehensif, PR Newswire memperkasa kisah-kisah organisasi-organisasi di seluruh dunia. PR Newswire menawarkan perkhidmatan kepada puluhan ribu pelanggan dari pejabat-pejabat di wilayah Amerika, Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Asia-Pasifik. Kunjungi www.prnasia.com untuk maklumat lanjut.

Source: PR Newswire
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet Outsourcing Businesses Telecommunications