omniture

Eclat Media Group memilih Tata Communications untuk membawa sukan global kepada penonton pan-Asia

Tata Communications
2022-02-09 17:07 3

Saluran sukan baharu Eclat, SPOTV and SPOTV2 kini akan menghasilkan dan mengedarkan ulasan yang disesuaikan mengikut bahasa secara jarak jauh dengan Ekosistem Media Tata Communications 

MUMBAI, India dan SINGAPURA, 9 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Tata Communications, sebuah syarikat pendaya ekosistem digital global dan Eclat Media Group, sebuah syarikat penyiar utama kandungan sukan global, hari ini mengumumkan pengembangan penyiaran kandungan sukan Eclat kepada para penonton di seluruh negara Asia termasuk Indonesia, Filipina, Malaysia, Singapura dan Thailand. Perjanjian baharu ini memberi kuasa kepada saluran Eclat Media Group yang baru dilancarkan iaitu SPOTV dan SPOTV2 untuk menyiarkan lebih 4,000 jam kandungan setiap tahun.

Ekosistem Media Tata Communications dan ditambah dengan perkhidmatan Video Connect dan Satellite Uplink akan membolehkan para pengulas SPOTV dan SPOTV2 menindan ulasan dalam bahasa tempatan mereka yang ditambah pada suapan video penonton untuk wilayah yang berkenaan. Para peminat di seluruh Asia kini akan dapat menonton sukan global kegemaran mereka dengan ulasan dalam bahasa pilihan mereka yang seterusnya akan memperluas jangkauan kandungan kepada berjuta-juta penonton baharu.

"Kami berbesar hati kerana mempunyai Tata Communications, sebuah syarikat pendaya ekosistem digital global, sebagai rakan kongsi rangkaian kami yang berharga. Sambil kami memperluas pengedaran kandungan rantau pan-Asia kami, kami berhasrat untuk memberi tumpuan kepada peningkatan kandungan setempat dan relevan untuk pasaran individu. Dengan kerjasama yang menarik ini, SPOTV dan SPOTV2 boleh mencapai penyetempatan dan penyampaian kandungan sukan premium kami yang lancar kepada para peminat di seluruh Asia," kata Lee Choong Khay (CK), Ketua Pegawai Eksekutif SPOTV.

Dhaval Ponda, Ketua Perkhidmatan Hiburan & Media Global Tata Communications berkata, "Gaya tontonan sukan telah berubah secara mendadak selama bertahun-tahun dengan teknologi memainkan peranan penting dalam mengembangkan pengalaman menonton di rumah." Beliau menambah, "Melalui gabungan tenaga dengan Eclat Media Group, kami berhasrat untuk memberi pengalaman sukan yang dipertingkatkan kepada para peminat sukan di seluruh Asia untuk menikmati sukan tempatan dan global kegemaran mereka – sama ada sukan permotoran, tenis, besbol atau bola tampar. Infrastruktur media kami yang bertaraf dunia berserta hasrat Eclat untuk menjadi perintis dalam menyediakan kandungan sukan yang disesuaikan mengikut bahasa kepada para peminat di setiap negara mendorong perubahan terhadap penggunaan sukan pan-Asia."

Eclat Media Group baru-baru ini telah melancarkan dua saluran baharu – SPOTV dan SPOTV2 – di beberapa negara Asia Tenggara dan wilayah Asia Tenggara terpilih seperti Indonesia, Thailand, Singapura, Malaysia, Macau, Mongolia dan Filipina. Saluran ini menyiarkan kandungan seperti kejuaraan Grand Slam tenis, Wimbledon dan Terbuka AS, kejohanan sukan permotora MotoGP dan WorldSBK, acara Pingpong Dunia dan Persekutuan Badminton Dunia serta Sukan Asia popular termasuk pertandingan Liga Organisasi Besbol Korea (KBO), Liga Bola Keranjang Korea (KBL), V-League (bola tampar) dan V.League (Jepun).

Perkhidmatan Media & Hiburan Tata Communications menawarkan rangkaian penyelesaian yang menyeluruh bagi aliran kerja rantaian nilai media global termasuk sumbangan, pemprosesan dan pengedaran. Dengan infrastruktur di seluruh dunia yang membolehkan penyampaian kandungan yang serba lengkap pada skala besar, syarikat ini membolehkan lebih 9,000 acara langsung, 700 saluran TV dan 60,000 jam kandungan langsung yang menjangkau lebih 2 bilion peminat sukan di seluruh dunia. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Perkhidmatan Media & Hiburan Tata Communications, sila layari https://www.tatacommunications.com/media-entertainment/.

Tentang Eclat Media Group 

Eclat Media Group merupakan peneraju media sukan di Korea Selatan. Ditubuhkan pada tahun 2004, Eclat Media Group membawakan Liga Perdana, Liga Juara-Juara UEFA, LA Liga, Serie A, MLB, NBA, UFC dan hak milik sukan global perdana yang lain di Korea Selatan melalui tujuh buah saluran sukannya di bawah nama "SPOTV" dan platform OTT berasaskan langganan yang pertama di Korea Selatan iaitu "SPOTV NOW." Selain itu, Eclat juga menerbitkan majalah bercetak, Golf Digest Korea, e-surat khabar, SPOTV NEWS, mengendalikan sebuah syarikat perwakilan media pengiklanan, SPOTV Connect dan syarikat perhubungan awam, Konnectivity serta banyak perniagaan lain lagi.

Tentang SPOTV 

SPOTV ialah sebuah anak syarikat Eclat Media Group dari Korea Selatan. Sebagai anak syarikatnya di Asia Tenggara, SPOTV didaftarkan dan berpangkalan di Singapura sejak bulan Oktober 2021. Kumpulan ini mengendalikan rangkaian sukan Nombor Satu di Korea Selatan, SPOTV dan mempunyai perniagaan dalam bidang lain seperti percetakan, pengiklanan dan perhubungan awam. SPOTV mengendalikan dua buah saluran sukan serantau iaitu SPOTV dan SPOTV2 serta kini diedarkan di seluruh wilayah di Asia Tenggara dan wilayah Asia Tenggara terpilih seperti Indonesia (MNV Vision Networks, Telkom Group), Thailand (Truevisions), Singapura (Singtel, StarHub), Malaysia (Astro, Unifi TV), Macau (Macau Cable TV), Mongolia (Univision) dan Filipina (SkyCable). Platform penstrimannya, SPOTV NOW, dijadualkan untuk dilancarkan pada tahun 2022. Ia menyiarkan hak milik sukan terkenal di seluruh dunia seperti Acara MotoGP, Wimbledon, Terbuka AS (tenis), Kejuaraan Terbuka, Pingpong Dunia dan Persekutuan Badminton Dunia.

SPOTV berusaha untuk menjadi sebuah platform yang dinamik dan inklusif yang menarik minat para peminat sukan Asia secara mendalam.

Tentang Tata Communications 

Sebagai sebahagian daripada Tata Group, Tata Communications (NSE: TATACOMM; BSE: 500483) ialah sebuah syarikat pendaya ekosistem digital global yang memperkasakan ekonomi digital dan sedang berkembang pesat pada hari ini di lebih 190 buah negara dan wilayah. Dengan kepimpinan melalui kepercayaan, ia mendayakan transformasi digital perusahaan di seluruh dunia melalui kolaborasi dan penyelesaian terhubung, kesalinghubungan teras dan generasi seterusnya, penyelesaian pengehosan awan serta keselamatan dan perkhidmatan media. 300 buah daripada syarikat Fortune 500 ialah pelanggannya dan syarikat ini menghubungkan perniagaan ke 80% daripada syarikat awan gergasi di dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.tatacommunications.com

Pernyataan berpandangan ke hadapan dan amaran

Perkataan dan pernyataan tertentu dalam siaran ini berkenaan Tata Communications dan prospeknya serta pernyataan lain, termasuk yang berkaitan dengan jangkaan kedudukan kewangan Tata Communications, strategi perniagaan, pembangunan masa depan operasi Tata Communications dan ekonomi umum di India, merupakan pernyataan berpandangan ke hadapan. Pernyataan sedemikian melibatkan risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidakpastian dan faktor-faktor lain termasuk kewangan, kawal selia dan alam sekitar, serta faktor yang berkaitan dengan pertumbuhan industri dan unjuran trend yang boleh menyebabkan keputusan, prestasi atau pencapaian sebenar Tata Communications atau hasil industri berbeza secara material daripada yang dinyatakan atau yang tersirat dalam pernyataan berpandangan ke hadapan ini. Faktor-faktor penting yang boleh menyebabkan keputusan, prestasi atau pencapaian sebenar berbeza secara material daripada pernyataan berpandangan ke hadapan ini antaranya termasuk kegagalan meningkatkan volum trafik pada rangkaian Tata Communications; kegagalan membangunkan produk dan perkhidmatan baharu yang memenuhi permintaan pelanggan dan menjana margin yang boleh diterima; kegagalan melengkapkan ujian komersial teknologi dan sistem maklumat baharu bagi menyokong produk dan perkhidmatan baharu termasuk perkhidmatan penghantaran suara; kegagalan menstabilkan atau mengurangkan kadar pemampatan harga pada perkhidmatan komunikasi syarikat yang tertentu; kegagalan menyepadukan pengambilalihan strategik dan perubahan dasar kerajaan atau peraturan di India, khususnya perubahan yang berkaitan dengan pentadbiran industri Tata Communications; dan secara amnya, suasana ekonomi, perniagaan dan kredit di India. Faktor tambahan yang boleh menyebabkan hasil, prestasi atau pencapaian sebenar berbeza secara material daripada pernyataan berpandangan ke hadapan ini yang kebanyakannya di luar kawalan Tata Communications termasuk, tetapi tidak terhad kepada faktor risiko yang dibincangkan dalam Laporan Tahunan Tata Communications Limited.

Laporan Tahunan Tata Communications Limited boleh didapati di www.tatacommunications.com. Tata Communications tidak bertanggungjawab terhadap dan secara jelas menafikan sebarang tanggungjawab untuk mengemas kini atau meminda pernyataan berpandangan ke hadapan ini.

© 2022 Tata Communications Ltd. Hak cipta terpelihara.

TATA COMMUNICATIONS dan TATA merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Tata Sons Private Limited di India dan di negara-negara tertentu.

Source: Tata Communications
Related Stocks:
Bombay:500483 India:EQTATACOMM India:TATACOMM
Keywords: Entertainment Sports Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Television Licensing/marketing agreements