SINGAPURA, 4 Oct 2013 /PRNewswire/ --
Capillary Technologies, penyedia yang meneraju bagi penyelesaian perisian awan yang membantu perniagaan untuk berinteraksi secara cerdas dengan pelanggan melalui saluran mudah alih, sosial dan dalam kedai, hari ini mengumumkan penyelesaian Intelligent Customer Engagement™ Berbilang Salurannya sedang giat membantu Pizza Hut meningkatkan keuntungan dan jualan kedainya. Pizza Hut merupakan rangkaian pizza terbesar di dunia dengan lebih 12,500 restoran di 91 negara. Di Singapura, jenama ini sekarang berkhidmat untuk lebih 1.1 juta isi rumah mengikut cita rasa, tingkah laku dan tabiat pemakanan yang unik.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130228/599759 )
Penyelesaian unik yang diberikan oleh Capillary membolehkan Pizza Hut untuk membahagikan tapak pelanggannya yang besar kepada banyak kelompok dan kelompok mikro berdasarkan ciri-ciri yang dinyatakan, kecenderungan pembelian dan petunjuk tingkah laku. Pandangan berasaskan fakta yang diperoleh tentang setiap kelompok pelanggan diserap ke dalam penyelesaian Capillary's Lifecycle MarketerTM dengan program penglibatan diatur dan digunakan merentasi ribuan aliran kerja penglibatan pengguna sasaran menggunakan pengautomatan kempen. Gabungan penyelesaian membolehkan komunikasi yang lancar dengan pelanggan Pizza Hut merentasi semua saluran, termasuklah di kedai, melalui telepesanan dan melalui portal dalam talian Pizza Hut yang memastikan penglibatan yang berkesan dalam sebarang saluran pilihan pelanggan.
Pengarah Pemasaran Kanan bagi Pizza Hut, Juliana Lim berkata, "Kami sedang menjalankan kempen sasaran yang dibina dengan kecerdasan berkaitan kategori produk pilihan pelanggan, masa pembelian biasa dan saluran pilihan. Tawaran yang dipacu analisis membawa kepada tindak balas yang lebih berkesan antara pengguna baharu dan lama serta telah menjana pulangan jualan yang lebih tinggi bagi kami. Kami juga memanfaatkan program Pemasar Kitar Hayat automatik Capillary untuk melibatkan setiap pelanggan terlebih dahulu untuk menggalakkan pembelian masa depan dan mengekalkan kesetiaan mereka. Dengan pengetahuan yang lebih baik tentang pelanggan kami, kami boleh melakukan setiap tugasan dengan lebih baik dalam jualan silang dan jualan tambahan kepada pelanggan, yang meningkatkan pulangan bagi setiap pelanggan yang setia."
Berbanding promosi besar-besaran terdahulu Pizza Hut, pemasaran kitar hayat automatik dengan mementingkan permintaan peribadi telah menghasilkan:
Siaran media penuh boleh diakses di sini: http://www.capillarytech.com/Press-Release-Pizza-Hut.docx
Hubungan Media
Tony Tan / Pradnyesh Kothare
Havas Worldwide Siren bagi Capillary Technologies
+65-6317-6709
tony@siren-communication.com
pradnyesh.kothare@havaswwsiren.com