omniture

Parascript Bekerjasama dengan TruCap+ Datamatics bagi Menawarkan Pemprosesan Dokumen Pintar yang Mudah Digunakan Ketika Permintaan terhadap Automasi Semakin Meningkat

Parascript, LLC
2022-02-11 20:10 257

LONGMONT, Colorado, 11 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Parascript yang telah menyampaikan automasi berprestasi tinggi selama lebih 25 tahun dan memproses lebih 100 bilion dokumen setiap tahun, hari ini mengumumkan kerjasamanya dengan Datamatics bagi menawarkan pengenalpastian dokumen yang tepat dan boleh diakses ketika permintaan terhadap Automasi semakin meningkat. Datamatics ialah sebuah Syarikat Pengurusan Proses Perniagaan (BPM), Teknologi, Penyelesaian Digital dan Produk Automasi Pintar global yang menyediakan penyelesaian pintar untuk perniagaan dipacu data bagi meningkatkan produktiviti serta menambah baik pengalaman pelanggan.

Sebagai sebahagian daripada kerjasama teknologi ini, SignatureXpert SDK Parascript akan bergabung dengan TruCap+ IDP Datamatics untuk menawarkan fungsi padanan tandatangan automatik yang dipertingkatkan dalam perisian Pemprosesan Dokumen Pintar (IDP), TruCap+ milik syarikat tersebut. TruCap+ Datamatics ialah sebuah penyelesaian IDP didayakan AI yang menyediakan pendekatan Tanpa Templat bagi mengurangkan masa persediaan dan kesukaran dalam menghasilkan dan menyelenggara templat untuk setiap jenis dan versi dokumen dengan ketara. TruCap+ Datamatics merupakan penyelesaian IDP terkemuka di dunia dan diiktiraf sebagai "Star Performer and Major Contender" oleh Peak Matrix Everest Group bagi Vendor Teknologi IDP 2021.

"Kerjasama dengan Datamatics amat bermakna kepada kami kerana nilai-nilai mereka amat sejajar dengan kami," ujar Alain Navarro, Pengarah Jualan untuk Eropah, Timur Tengah, Afrika (EMEA) & Amerika Latin Parascript. "Untuk memperoleh kebolehlihatan yang lengkap dan jelas di seluruh aliran, organisasi hendaklah meminimumkan penggunaan kertas dan menyepadukan proses dengan aplikasi sistem syarikat mereka. Mengautomasi melalui penyepaduan pengesahan tandatangan dalam set aplikasi pengesanan penipuan menetapkan asas untuk kebolehlihatan yang lengkap dan jelas."

"Melalui penggunaan teknologi canggih, perisian SignatureXpert turut mengurangkan ralat yang biasanya dikaitkan dengan penipuan yang merumitkan secara mengautomasikan proses pengesahan, perbandingan dan kelulusan. Hanya dengan menambah teknologi sahaja tidak akan meningkatkan produktiviti sekiranya pasukan bekerja keras tanpa kecekapan," kata Alain. "Melalui gabungan perisian TruCap+ Datamatics dan SignatureXpert SDK, kami memberikan penyelesaian yang kukuh dan boleh diskala dengan pulangan pelaburan yang bagus. Datamatics merupakan salah satu daripada beberapa vendor di pasaran kami yang boleh menawarkan liputan global kepada para pelanggan. Selain itu, syarikat tersebut berkembang maju dengan inovasi dan semangat serta mempunyai reputasi kukuh yang telah dibina selama bertahun-tahun."

Menyentuh tentang kerjasama tersebut, Mitul Mehta, Naib Presiden Kanan merangkap Ketua Pegawai Pemasaran Datamatics berkata, "Beberapa proses memerlukan padanan tandatangan yang kini dilakukan secara manual terutamanya dalam industri Perbankan, Insurans dan Perkhidmatan Kewangan. Beliau menambah lagi, "SignatureXpert Parascript berfungsi lancar dengan TruCap+. Dengan ciri padanan tandatangan automatik yang dipertingkatkan, para pelanggan kami boleh mengautomasi proses seterusnya, meningkatkan pemprosesan terus dan ketepatan daya pemprosesan."

SignatureXpert Parascript membolehkan pengesahan tandatangan automatik yang diambil daripada mana-mana dokumen, meminimumkan keperluan pengesahan visual dan memberikan tahap ketepatan yang tinggi. SignatureXpert mendayakan pengesahan tandatangan dengan membandingkannya dengan rujukan tandatangan yang dikumpul semasa pembukaan akaun, pendaftaran pengundi atau sebarang acara lain yang membolehkan pengumpulan tandatangan yang disahkan. Parascript menyediakan tahap ketepatan tertinggi untuk sebarang aplikasi yang memerlukan pengesahan tandatangan. Perniagaan—yang bergantung pada pengesahan tandatangan untuk pemprosesan cek, pengasalan pinjaman, undian pos dan atau aplikasi lain yang memerlukan tandatangan—memahami kepentingan ketepatan apabila ia berkaitan dengan pengesanan penipuan tandatangan. SignatureXpert Parascript memberikan tahap ketepatan tertinggi kepada aplikasi.

Tentang Datamatics
Datamatics ialah sebuah syarikat Pengurusan Proses Perniagaan (BPM), Teknologi dan Penyelesaian Digital global yang menyediakan penyelesaian pintar untuk perniagaan dipacu data bagi meningkatkan produktiviti serta menambah baik pengalaman pelanggan. Dengan pendekatan digital yang menyeluruh, portfolio Datamatics merangkumi seluruh Perkhidmatan Teknologi Maklumat, Pengurusan Proses Perniagaan, Perkhidmatan Kejuruteraan serta Data Raya & Analitik yang kesemuanya dikuasakan oleh Kecerdasan Buatan. Ia telah menghasilkan produk dalam Automasi Proses Robotik (RPA), Pemprosesan Dokumen Pintar (IDP), Kecerdasan Perniagaan (BI) dan Kutipan Tambang Automatik (AFC). Datamatics memberikan perkhidmatan kepada pelanggan global di seluruh sektor Perbankan, Perkhidmatan Kewangan, Insurans, Penjagaan Kesihatan, Pembuatan, Organisasi Antarabangsa serta Media & Penerbitan. Syarikat ini mempunyai kehadiran merentasi empat buah benua dengan pusat penghantaran utama di AS, India dan Filipina. Sila layari Datamatics

Tentang Parascript
Parascript bukan sahaja menjual perisian tetapi kami menjual hasil sebenar yang boleh disahkan yang menjimatkan syarikat-syarikat yang berjumlah melebihi $1 bilion setiap tahun. Para pelanggan memilih Parascript apabila mereka ingin menggunakan AI gunaan untuk mencapai penyelesaian pemerolehan data yang dioptimumkan dengan tahap tertinggi automasi yang boleh dipercayai. Parascript mempunyai lebih tiga dekad pengalaman dalam menggunakan AI untuk menyelesaikan masalah yang kompleks, mengautomasikan proses berorientasikan dokumen yang melibatkan lebih 100 bilion dokumen setiap tahun. Kami telah mengautomasikan industri pos, ruangan mel komersial, pilihan raya kerajaan, pembayaran dan ratusan proses lain. Sila layari Parascript.

HUBUNGAN: Ariane Barragan, 720.731.3282, ariane.barragan@parascript.com

Source: Parascript, LLC
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Licensing/marketing agreements Data Analytics