omniture

Menghargai Penyimpanan: Grand Marnier Melancarkan Rangkaian Cuvée yang Luar Biasa

Campari Group
2022-02-11 20:19 257

Quintessence menawarkan penampilan terbaik Grand Marnier yang dibotolkan dalam Dekanter Baccarat yang ditempah khas dan mengagumkan 

PARIS, 11 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Grand Marnier mengumumkan pelancaran sulung Rangkaiannya yang Luar Biasa yang dimulakan dengan pelancaran salah satu daripada dua Grand Cuvees: Quintessence yang sukar ditemui. Minuman yang mewah ini memberi penghargaan kepada sejarah minuman keras terbaik dan memaparkan ekspresi Maison Perancis ikonik berkualiti tinggi yang menunjukkan bagaimana perisa paling rumit boleh diperoleh daripada gabungan yang mudah: cognac, pati oren, kayu dan masa.

Quintessence merupakan penghormatan kepada asal-usul Grand Marnier, sebuah karya agung yang meningkatkan gabungan rasa antara cognac dengan oren bigaradia dalam ekspresi akhirnya. Ia mempamerkan Cognac hors d'âge (melangkaui batas waktu) yang tertua dan sukar ditemui. Setiap satunya dipilih secara eksklusif daripada Grande Champagne dan diperam dengan berhati-hati di Paradis, simpanan peribadi di rumah wain milik keluarga Marnier Lapostolle. Raguenaud kemudian menambahkan kulit oren Bigaradia terbaik, yang disuling sebanyak dua kali untuk memastikan kepekatan perisa berdasarkan kemahiran semula jadi yang telah diasah selama hampir dua dekad di rumah tersebut. Penyulingan dua kali yang sukar dan kerja-kerja yang teliti ini menghasilkan cecair vintaj yang kaya dan halus, dengan elemen buah-buahan kering daripada aprikot dan walnut serta dilengkapi dengan vanila gelap yang hangat di dasarnya.

Diilhamkan oleh kemewahan dan keistimewaan, Grand Marnier telah diasaskan pada tahun 1880, apabila Louis-Alexandre Marnier Lapostolle mula mengadun Bigaradia Sitrus, aroma oren yang pahit - khazanah yang sukar ditemui di Eropah dengan cognac Perancis yang mewah. Dengan adunan cognac dan pati sitrus ini, beliau mencipta cara mengekalkan wangian yang memukau namun sebentar ini yang memberikan kesan deria yang berkekalan.

Bigaradia Sitrus terus memberi perangsang dan inspirasi kepada pembuat Grand Marnier hari ini, termasuk Pengadun Pakar yang Bersejarah, Patrick Raguenaud yang meninjau ke arkib Maison untuk mencipta Quintessence. Di arkib tersebut, beliau menemui resipi lama yang menunjukkan oren Bigaradia direndam di dalam Cognac dan kemudian menggunakannya untuk mencipta Quintessence.

Grand Cuvée Quintessence merupakan pati yang luar biasa. Melengkapi kualiti cecair ini ialah dekanter buatan tangan oleh Baccarat, diilhamkan daripada botol Grand Marnier yang asli dan ikonik yang dibuat berabad-abad yang lalu. Seperti sebuah kitaran lengkap yang sempurna, kedua-dua rumah wain bagi jenama bersejarah ini telah bersatu sekali lagi untuk menghidupkan semula semangat mereka terhadap kecemerlangan Perancis yang abadi.

Dihasilkan oleh artisan Baccarat yang sangat mahir, setiap dekanter adalah unik dan dihasilkan melalui tiupan mulut pada suhu 1450 darjah. Ia menampilkan sentuhan hipnosis berpanjangan yang diterapkan ke dalam keanggunan cognac yang tiada tandingan serta sukar ditemui yang dihias dengan penyumbat buatan tangan.

Koleksi eksklusif ini hanya akan tersedia di pusat peruncit terbaik di pasaran terpilih pada tahun 2022 dengan hanya 1,000 botol sahaja yang akan dijual di seluruh dunia pada tahun pertama.

"Meminum minuman ini merupakan satu pengalaman yang luar biasa, malah sukar untuk membayangkan cognac seperti ini. Sensasi, perasaan, persepsi tentang apa yang anda hidu, tidak dapat dilupakan," kata Raguenaud. "Apabila anda mengadun Quintessence, anda menggabungkan warisan."

Grand Marnier Révélation   mendedahkan kuasa aroma Cognac XXO yang sukar ditemui

Pada masa yang sama, Grand Marnier juga akan melancarkan Révélation-ekspresi berprestij dari rumah wain Perancis yang ikonik dengan citarasa cognac terkini. Cognac XXO Révélation didatangkan secara eksklusif daripada ladang anggur Grande Champagne yang terkenal, dengan pemeraman yang sempurna di Chateau Grand Marnier yang berprestij di Bourg-Charente. Adunan terakhir cognac dan pati Bigaradia disimpan di dalam tangki oak selama beberapa bulan, membolehkan 'alkimia' bertindak seterusnya.

Dengan pati Bigaradia yang cuma sedikit, rasa manis yang klasik dapat dikawal, manakala bahan utama minuman keras ini – vanila semula jadi, pati bunga segar dan badam yang hangat – dipertingkatkan. Ia menampilkan keseimbangan yang rumit: tanpa elemen rasa manis yang menentukan konsistensi, Pengadun Pakar Raguenaud sangat bergantung pada deria baunya.

Grande Cuvée Révélation yang diperhalus, menyerlahkan vanila dan buah-buahan kering - aprikot, kacang - sebelum mendedahkan nota kompleks dalam rasanya yang berpanjangan. Oren pahit yang segar dan bulat ini sangat sepadan dengan Cognac yang luar biasa tersebut bagi mencipta penemuan yang menarik dan berkekalan.

Untuk perjalanan sensori Grandes Cuvées, Grand Marnier menjemput pakar minyak wangi Perancis, Marie Le Febvre untuk meneroka had persepsi bau dan mengenal pasti aroma. Kepakaran deria baunya yang diasah selama bertahun-tahun untuk menghasilkan wangian, terbukti amat berharga untuk memahami minuman keras dan menerangkan mengapa Grand Marnier mampu menghasilkan pengalaman organoleptik yang begitu menarik.

"Grand Marnier ialah sejenis minuman keras, tetapi ia dicipta dengan indah sebagai wangian. Ia mengikuti penciptaan minyak wangi klasik," kata Le Febvre.

Kedua-dua Cuvée Luar Biasa ini akan dilancarkan di pasaran terpilih dan akan dijual pada harga runcit USD3,000 (Quintessence) dan USD700 (Révélation). 
*Hanya Quintessence dibotolkan dalam dekanter Baccarat.

TENTANG CAMPARI GROUP
Campari Group merupakan peneraju utama dalam industri minuman keras global dengan portfolio yang terdiri daripada lebih 50 jenama premium dan super premium merentasi keutamaan Global, Serantau dan Tempatan. Keutamaan Global yang menjadi fokus utama Kumpulan ini merangkumi Aperol, Appleton Estate, Campari, SKYY, Wild Turkey dan Grand Marnier. Kumpulan ini telah ditubuhkan pada tahun 1860 dan kini merupakan syarikat utama yang keenam terbesar di dunia dalam industri minuman keras premium. Ia mempunyai jangkauan pengedaran global yang didagangkan di lebih 190 buah negara di seluruh dunia dengan menerajui kedudukan di Eropah dan Amerika. Strategi pertumbuhan Kumpulan ini bermatlamat untuk menggabungkan pertumbuhan organik melalui pembinaan jenama dan pertumbuhan luar yang kukuh menerusi aktiviti pengambilalihan jenama dan perniagaan terpilih. 

Beribu pejabat di Milan, Itali, Campari Group memiliki 22 buah kilang di seluruh dunia dan mempunyai rangkaian pengedarnya sendiri di 22 buah negara. Kumpulan ini mempunyai kira-kira 4,000 orang pekerja. Saham syarikat induknya iaitu Davide Campari-Milano N.V. (Reuters CPRI.MI - Bloomberg CPR IM) telah disenaraikan di Bursa Saham Itali sejak tahun 2001.

Untuk maklumat lanjut: www.camparigroup.com

Sila nikmati minuman jenama kami dengan bertanggungjawab.  

Grand Marnier Révélation
Grand Marnier Révélation

   

Grand Marnier Quintessence
Grand Marnier Quintessence

 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1744282/Grand_Marnier_Logo.jpg?p=medium600 
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1744281/Grand_Marnier_Revelation.jpg?p=medium600 
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1744283/Grand_Marnier_Quintessence.jpg?p=medium600

 

 

 

Source: Campari Group
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Retail New products/services