omniture

Xinhua Silk Road: Perusahaan di Quanzhou, Fujian, Timur China bekalkan pakaian sukan kepada lapan delegasi Sukan Olimpik

Xinhua Silk Road
2022-02-14 08:36 141

BEIJING, 14 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Perusahaan-perusahaan di Quanzhou, Wilayah Fujian, timur China telah menyumbang kepada Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 dengan menyediakan pelbagai produk seperti pakaian sukan, peralatan kecergasan, peralatan kebersihan dan produk makanan untuk para delegasi Sukan Olimpik dari lapan negara dan perkhidmatan sokongan untuk tempat-tempat Sukan Olimpik Musim Sejuk.

Foto menunjukkan pakaian sukan Olimpik Musim Sejuk yang disediakan oleh ANTA dari Quanzhou, Wilayah Fujian, timur China.
Foto menunjukkan pakaian sukan Olimpik Musim Sejuk yang disediakan oleh ANTA dari Quanzhou, Wilayah Fujian, timur China.

Semasa acara sukan besar-besaran ini, ANTA, sebuah syarikat pakaian sukan di Quanzhou, bukan sahaja menyediakan peralatan penganugerahan pingat kepada delegasi Cina, tetapi turut membuat peralatan pertandingan untuk 12 pasukan kebangsaan Cina, seperti luncur laju trek pendek, luncur laju, sukan 'skeleton' dan 'curling'.

Peak, pembekal peralatan sukan, menaja tujuh delegasi Sukan Olimpik dari negara-negara asing termasuk Belgium, Iceland, Ukraine, New Zealand dan Romania manakala Shuhua Sports, penyedia peralatan kecergasan, menawarkan peralatan kecergasan dan perkhidmatan sokongan untuk Perkampungan Olimpik Musim Sejuk dan Perkampungan Paralimpik Musim Sejuk.

Sementara itu, Panpan Foods, jenama Fujian, telah membekalkan lebih daripada 20 juta beg atau tong produk makanan termasuk kacang, biskut dan roti selain beberapa produk tersuai khas untuk Sukan Olimpik.

Jenama-jenama Quanzhou seperti ANTA, Peak and Shuhua turut menyokong acara berkenaan dengan mengambil bahagian dalam larian obor berganti-ganti.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/326384.html

 

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Publishing/Information Service Sporting Events Sports Sports Equipment & Accessories