omniture

GenScript Tubuhkan Kemudahan Pembuatan Canggih di Singapura untuk Perkukuh Keupayaan Pembuatan

Genscript
2022-02-14 09:10 159

SINGAPURA, 11 Februari 2022 /PRNewswire/ -- GenScript Biotech Corporation (Kod Saham: 1548.HK), penyedia bagi alat dan perkhidmatan penyelidikan sains hayat yang terkemuka di dunia, hari ini mengumumkan pembukaan kemudahan berkeluasan lebih daripada 30,000 kaki persegi untuk perkhidmatan penyediaan protein dan gen yang amat berciri automatik. Tapak yang canggih ini menandakan pengembangan penting platform protein dan gen yang canggih daripada syarikat ini dan dirancang untuk memberikan kualiti yang tinggi, pusing ganti yang pantas ke atas produk-produk yang diperlukan untuk pembangunan vaksin dan terapi baharu serta inovasi dalam sains hayat. Disokong oleh Economic Development Board (EDB) Singapura, tapak pengeluaran baharu ini akan menyokong rantau Asia Pasifik dan melengkapkan tapak pengeluaran semasa di Amerika Syarikat dan China.

Sistem pengurusan cecair automatik untuk menyokong pemprosesan tinggi penghasilan protein
Sistem pengurusan cecair automatik untuk menyokong pemprosesan tinggi penghasilan protein

 

Upacara pemotongan reben maya
Upacara pemotongan reben maya

Upacara perasmian telahpun diadakan dalam persekitaran maya yang dirasmikan oleh Menteri Negara bagi Perdagangan dan Industri, dan Kebudayaan, Komuniti dan Belia, En. Alvin Tan dan diiringi oleh Naib Presiden Kanan dan Ketua, Rawatan Kesihatan, Singapore Economic Development Board (EDB), Cik Goh Wan Yee. Semasa upacara berkenaan, GenScript and Diagnostics Development (DxD) Hub, platform kebangsaan yang dihoskan oleh Agency for Science, Technology and Research (A*STAR), menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk meneroka kolaborasi bagi membina keupayaan pembuatan di Singapura.

Kemudahan pembuatan baharu ini menempati kawasan berkeluasan lebih 30,000 kaki persegi di bangunan Solaris@Kallang. Kemudahan canggih di Singapura ini menampilkan platform daya pemprosesan tinggi dan teknologi proprietari bagi penghasilan protein GenScript untuk memberi hasil yang lebih tinggi dengan masa pusing ganti yang lebih singkat. Bersama pasukan saintifik dan komersial yang berpengalaman, GenScript komited untuk menyediakan perkhidmatan yang disesuaikan dan hebat kepada rantau ini. Kapasiti kemudahan baharu ini juga dapat diperluas untuk mengukuhkan unit perniagaan lain bagi menyokong terapi sel dan gen serta pembangunan vaksin di rantau ini.

"Ini merupakan pencapaian yang penting untuk kami ketika kami mengukuhkan kehadiran kami dalam ekosistem yang rancak dan inovatif di Asia Pasifik, Singapura. Kemudahan pembuatan baharu ini akan menjadi hab inovasi dan kecemerlangan serantau di Asia Pasifik dan meningkatkan produktiviti pembuatan protein tersuai," kata En. Johnson Wang, Presiden Bahagian GenScript Asia Pasifik. "Menerusi kilang pembuatan baharu ini, kami akan dapat memupuk kolaborasi yang lebih kukuh bersama rakan kongsi, institut penyelidikan dan syarikat biofarmaseutikal di seluruh Asia Pasifik."

"Singapura sebagai pusat kepada ibu pejabat Asia Pasifik GenScript, ia juga merupakan lokasi yang strategik untuk kami memperluaskan keupayaan pembuatan kami bagi menyokong industri bioteknologi yang berkembang pantas. Dengan sokongan padu daripada EDB, kemudahan baharu kami bermatlamat untuk menjadi pusat kepada jaringan serantau yang kukuh untuk memangkinkan lebih banyak kolaborasi, yang akhirnya mendorong lebih banyak inovasi dan penemuan sains hayat. Ini menunjukkan komitmen GenScript untuk membina dan membangunkan platform pemungkin yang terkemuka di dunia dalam menawarkan kemudahan kepada sains," kata Dr. Ray Chen, Presiden Kumpulan Sains Hayat, GenScript Biotech Corporation.

"Keputusan GenScript untuk menubuhkan tapak pengeluaran baharu dan hab perniagaannya di Singapura merupakan bukti infrastruktur pembuatan mantap kami, ekosistem penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan inovasi, kumpulan bakat bioteknologi yang kukuh serta keterhubungan kami yang sangat baik dengan rantau Asia-Pasifik. Kami tidak sabar-sabar untuk bekerjasama erat dengan GenScript bagi meluaskan lagi jejak serantaunya, memupuk bakat tempatan dan mendorong hasil rawatan kesihatan yang lebih baik," kata Cik Goh Wan Yee, Naib Presiden Kanan dan Ketua, Rawatan Kesihatan, EDB.

Latar Belakang GenScript Biotech Corporation 

GenScript Biotech Corporation (Kod Saham: 1548.HK) ialah penyedia teknologi dan perkhidmatan yang terkemuka di dunia bagi penyelidikan dan pembangunan (R&D) sains hayat serta pembuatan. Dibina berasaskan kepada teknologi sintesis gennya yang mantap, GenScript Biotech dibahagikan kepada empat platform utama termasuk platform perkhidmatan dan produk sains hayat, platform organisasi pembangunan dan pengeluaran kontrak (CDMO) biologik, platform terapi sel global dan platform produk biologi sintesis industri.  

GenScript Biotech ditubuhkan di New Jersey, AS pada tahun 2002 dan disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong pada tahun 2015. Operasi perniagaan GenScript Biotech mencakupi lebih 100 negara dan wilayah di seluruh dunia dengan entiti sah terletak di AS, Tanah Besar China, Hong Kong, China, Jepun, Singapura, Belanda dan Ireland. GenScript Biotech menyediakan perkhidmatan dan produk premium, mudah dan andal kepada lebih 100,000 pelanggan. 

Setakat 30 Jun 2021, GenScript Biotech mempunyai lebih daripada 4500 pekerja secara global, lebih 40% daripada mereka berkelulusan ijazah sarjana dan/atau Ph.D. Di samping itu, GenScript Biotech memiliki beberapa hak harta intelek termasuk lebih 160 paten, lebih 600 permohonan paten sedang menunggu dan sejumlah besar rahsia perdagangan.

Didorong oleh misi korporat "menjadikan orang ramai dan alam semula jadi lebih sihat melalui bioteknologi", GenScript Biotech berusaha untuk menjadi syarikat bioteknologi yang paling dipercayai di dunia. Setakat 30 Jun 2021, perkhidmatan dan produk GenScript Biotech disebut oleh 64,700 artikel jurnal berwasit di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang rasmi GenScript Biotech
https://www.genscript.com

 

Source: Genscript
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Contracts Corporate Expansion