omniture

HeiQ AeoniQ "mengubah proses" penyahkarbonan benang yang disokong oleh HUGO BOSS dan The LYCRA Company

HeiQ Materials AG
2022-02-14 15:30 25

ZÜRICH, 14 Februari 2022 /PRNewswire/ -- HUGO BOSS menjadi peneraju dalam persaingan untuk menggunakan benang HeiQ AeoniQ dengan melaburkan ekuiti bernilai USD5 juta dalam HeiQ AeoniQ LLC serta pelaburan luar jangka tambahan sebanyak USD4 juta berdasarkan perkiraan pencapaian prestasi. LYCRA Company juga telah menjadi pengedar eksklusif untuk benang HeiQ AeoniQ dengan pelaburan besar-besaran secara tertutup serta komitmen untuk membangunkan teknologi bagi penggunaan yang luas dalam bidang tekstil.

HeiQ AeoniQ cellulosic yarn. (Photo from HeiQ)
HeiQ AeoniQ cellulosic yarn. (Photo from HeiQ)

Sebagai sebahagian daripada strategi pertumbuhan 'CLAIM 5', HUGO BOSS (MDAX: BOSS) – salah sebuah syarikat terkemuka dalam pasaran pakaian premium global – melaksanakan pelaburan berkaitan kelestarian pertamanya untuk pegangan saham bernilai USD5 juta dalam HeiQ AeoniQ LLC, sebuah anak syarikat milik penuh HeiQ Plc yang disenaraikan di London (LSE: HEIQ). HUGO BOSS ialah syarikat pertama yang telah menyertai perlumbaan ini untuk mengguna pakai HeiQ AeoniQ dan memastikan pegangan sahamnya dalam ekuiti HeiQ AeoniQ. Pelaburan ini ditambah dengan pengaturan tambahan berjumlah USD4 juta yang tertakluk kepada pencapaian matlamat yang telah dipersetujui. Perkongsian strategik ini akan membantu HUGO BOSS memenuhi sasaran kelestariannya yang tinggi yang merangkumi matlamat untuk keneutralan iklim di bawah tanggungjawabnya sendiri menjelang tahun 2030 dan di seluruh rantaian nilai menjelang tahun 2045. Di samping itu, syarikat turut memberi penekanan khusus untuk mewujudkan model perniagaan kitaran yang serba lengkap. Oleh itu pelaburan ini amat sesuai dengan matlamat HUGO BOSS untuk meningkatkan perkadaran bahan yang lebih lestari sejak beberapa tahun akan datang. Dalam jangka sederhana dan panjang, HUGO BOSS memberi tumpuan kepada potensi untuk melengkapkan dan menggantikan gentian poliester dan nilon yang kini digunakan, dengan gentian HeiQ AeoniQ selulosa secara signifikan.

"Perkongsian menarik kami dengan HeiQ dalam hal berkaitan HeiQ AeoniQ, menunjukkan satu lagi pencapaian penting dalam perjalanan kami menjadi peneraju platform fesyen dipacu teknologi premium yang terkemuka di seluruh dunia. Selaras dengan pernyataan misi yang jelas 'Kami Sukakan Fesyen, Kami Mengubah Fesyen', kerjasama dengan HeiQ yang membawa perubahan ini membolehkan kami mendorong inovasi dan kelestarian di seluruh tawaran jenama kami, sekali gus mendorong kesan yang boleh diukur pada alam sekitar dan masyarakat," kata Daniel Grieder, Ketua Pegawai Eksekutif HUGO BOSS.

Sebelum menyertai pelaburan ekuiti HUGO BOSS, The LYCRA Company bersetuju untuk menjadi pengedar eksklusif benang HeiQ AeoniQ melalui pembayaran yuran teknologi berasaskan pencapaian dengan komitmennya untuk memanfaatkan pengetahuan tekstil yang mendalam serta akses saluran ke pasaran bagi menyediakan penggunaan teknologi baharu ini secara meluas dalam aplikasi pakaian.

"Kelestarian kekal sebagai teras strategi The LYCRA Company, seiring dengan tumpuan kami terhadap penyediaan teknologi tambah nilai bagi membantu pelanggan kami mencipta dan membangunkan tawaran fabrik dan pakaian luar biasa sambil mengurangkan jejak alam sekitar tanpa mengorbankan keselesaan atau prestasi," kata Julien Born, Ketua Pegawai Eksekutif The LYCRA Company. "Melalui kerjasama erat kami dengan HeiQ, kami berganding bahu untuk menjejaki pengkomersialan benang AeoniQ HeiQ dengan pantas dan teruja dengan kesan yang akan dibawa oleh inovasi baharu ini terhadap industri pakaian."

"Komitmen kewangan daripada syarikat-syarikat berprestij seperti HUGO BOSS dan The LYCRA Company merupakan sokongan kukuh terhadap potensi HeiQ AeoniQ untuk membawa perubahan. Ini juga menunjukkan keupayaan kami untuk mengkomersialkan Harta Intelek HeiQ AeoniQ kami yang kini bernilai USD200 juta. Benang HeiQ AeoniQ ialah alternatif serba guna kepada poliester dan nilon, manakala kualiti positif iklimnya mewujudkan peluang pasaran yang sangat menarik untuk HeiQ memandangkan jenama fesyen dan peruncit semakin menghadapi tekanan untuk memainkan peranan dalam penyahkarbonan produk serta mengurangkan jejak alam sekitar mereka," kata Carlo Centonze, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan HeiQ.

Kegunaan utama daripada hasil yang diperoleh adalah untuk meningkatkan dan mengkomersialkan teknologi yang canggih ini. Sehubungan itu, HeiQ AeoniQ LLC akan membina kilang mega komersial pertamanya di Eropah Tengah menjelang akhir tahun 2024 dan kini sedang memperluas kilang pengkomersialan rintisnya untuk pengeluaran gentian yang dijadualkan pada suku kedua tahun 2022.

Benang selulosa HeiQ AeoniQ diperbuat daripada bahan mentah positif iklim

HeiQ AeoniQ (Aeon: usaha untuk kitaran kekal) – pengeluaran benang filamen selulosa yang berterusan dengan potensi untuk menyaingi gentian poliester dan nilon – membentuk teknologi pakaian proprietari revolusioner yang pertama di pasaran dan boleh ditingkatkan, yang akan mendayakan pembuatan benang selulosa lestari yang direka untuk kitaran dan kitar semula lengkap sehingga ia mampu menggantikan gentian berasaskan minyak.

Benang HeiQ AeoniQ diperbuat daripada biopolimer selulosa yang memerangkap karbon daripada atmosfera semasa dihasilkan. Benang HeiQ AeoniQ direka untuk menggantikan benang filamen berasaskan minyak sedia ada, seperti poliester dan nilon yang terus kekal dalam alam sekitar dan merangkumi lebih 60% keluaran tekstil tahunan global yang berjumlah 111 juta tan metrik. Pasaran gentian poliester dan nilon global dianggarkan bernilai USD135 bilion dengan Kadar Pertumbuhan Tahunan Kompaun (CAGR) melebihi 3.5% dalam dekad akan datang (Statista). Setiap tan poliester & nilon yang digantikan dengan HeiQ AeoniQ berpotensi untuk mengurangkan sehingga 5 tan CO2.

Jika dibandingkan dengan poliester, nilon dan kapas konvensional serta produk selulosa konvensional yang dihasilkan semula, pembuatan benang HeiQ AeoniQ berpotensi untuk mengubah kesan pembuatan gentian terhadap alam sekitar kerana ia direka untuk mendayakan kitaran, pembuatannya menggunakan 100% tenaga boleh baharu, menampilkan lebih 99.5% faktor produktif kitar semula lengkap, tidak menggunakan bahan kimia toksik dan tidak menggunakan tanah pertanian, racun perosak atau baja untuk bahan mentahnya.

Tentang HeiQ

Ditubuhkan pada tahun 2005 sebagai anak syarikat Swiss Federal Institute of Technology Zurich (ETH) dan disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Saham London (LSE: HEIQ), HeiQ ialah inovator utama di pasaran dengan portfolio IP yang kukuh. Sebagai peneraju dalam inovasi tekstil dan bahan, HeiQ telah mencipta beberapa teknologi yang paling berkesan, tahan lama dan berprestasi tinggi di pasaran hari ini. HeiQ berusaha untuk meningkatkan kehidupan berbilion-bilion manusia melalui inovasi rintis dalam tekstil dan bahan. Dengan menggabungkan tiga bidang kepakaran – penyelidikan saintifik, pembuatan bahan khusus dan penjenamaan bahan pengguna – HeiQ merupakan rakan inovasi yang ideal untuk mencipta produk yang berbeza dan lestari serta memperoleh nilai tambah pada peringkat jualan. Dengan 14 buah pejabat, 7 buah tapak pembuatan dan 7 buah hab R&D, HeiQ hari ini mempunyai 240 orang tenaga kerja profesional. Ia memiliki kapasiti bahan kimia khusus keseluruhan sebanyak 45,000 tan setahun dan memenuhi permintaan lebih 1,000 pelanggan industri di lebih 60 buah negara. Hari ini, barangan pengguna dan peranti perubatan HeiQ boleh didapati di 56 buah negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.heiq.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1745060/HeiQ_AeoniQ_cellulosic_yarn.jpg?p=medium600  
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1134330/HeiQ_Materials_Logo.jpg?p=medium600

SILA HUBUNGI:

HeiQ Materials AG
Ruetistrasse 12
8952 Schlieren (Zurich)
Switzerland
www.heiq.com  

Hubungan media untuk temu bual atau imej resolusi tinggi:

Loraine Stantzos
Naib Presiden Komunikasi Pemasaran 
loraine.stantzos@heiq.com
+41 56 250 68 50

 

Source: HeiQ Materials AG
Related Stocks:
Berlin:9JC Frankfurt:9JC LSE:HEIQ Munich:9JC Stuttgart:9JC
Keywords: Computer/Electronics Environmental Products & Services Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail Textiles Conservation/Recycling Joint ventures Licensing/marketing agreements New products/services STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)