omniture

Casio bakal Lancar PRO TREK dengan Plastik Biojisim

CASIO COMPUTER CO., LTD
2022-02-15 09:00 253

TOKYO, 15 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Casio Computer Co., Ltd., hari ini mengumumkan penambahan terkini kepada barisan jam tangan aktiviti luar PRO TREK. PRW-61 baharu merupakan jam tangan Casio pertama yang dibuat dengan plastik biojisim yang bersumberkan daripada bahan organik boleh diperbaharui.

PRW-61Y_main
PRW-61Y_main

Dihasilkan daripada sumber yang boleh dijana semula, plastik biojisim semakin menarik perhatian sebagai bahan yang dapat membantu mengurangkan impak alam sekitar dengan membendung emisi CO2.

Buat julung kalinya bagi mana-mana jam tangan Casio, PRW-61 menggunakan plastik biojisim pada bekas jam tangan, tali jam tangan dan bahagian belakang bekas jam. Plastik biojisim yang mesra alam sekitar ini dihasilkan menggunakan bahan-bahan yang diperoleh daripada biji jarak dan jagung serta bahan-bahan mentah yang lain. Casio berbangga dengan aplikasi bahan baharu ini untuk barisan alat luarnya, PRO TREK, buat pencinta alam semula jadi.

Membawakan ciri utiliti luar, model ini dilengkapi dengan Sensor Ganda Tiga (kompas digital, barometer/altimeter dan termometer) serta penerimaan gelombang radio Multi-Band 6 daripada 6 stesen transmisi dari serata dunia serta Tough Solar bagi menyediakan kuasa yang stabil untuk fungsi-fungsi ini dan banyak lagi. Untuk kebolehbacaan optimum, reka bentuk ini menampilkan indeks bar tebal untuk menyemak masa, arah dan penunjuk lain secara sekali imbas, serta celahan pada tali jam di atas dan bawah muka jam yang berfungsi sebagai panduan untuk membaca arah kompas dengan cepat yang ditunjukkan oleh jarum saat.

Sebagai sebahagian daripada fokusnya terhadap Matlamat Pembangunan Mampan, Casio meneruskan beberapa inisiatif mesra alam sekitar termasuk peralihan dalam pembungkusan daripada plastik kepada kertas kitar semula untuk PRW-61. Melangkah ke hadapan, Casio juga akan menyumbang kepada usaha untuk membina ekonomi kitaran dengan meluaskan penggunaan bahan lestarinya dalam reka bentuk model-model jam tangan yang lain.

Model

Warna

PRW-61Y-3

Khaki × Hitam

PRW-61Y-1B

Hitam × Hitam

PRW-61-1A

Hitam × Perak

 

PRW-61Y-3, PRW-61Y-1B and PRW-61-1A
PRW-61Y-3, PRW-61Y-1B and PRW-61-1A

 

biomass plastics
biomass plastics

■Filem promosi: https://youtu.be/-5H_wb05-9A

 

 

 

Source: CASIO COMPUTER CO., LTD
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail Sports Sports Equipment & Accessories New products/services