omniture

Trina Storage hidupkan sistem storan bateri 50 MW/56.2 MWj di UK

Trina Storage berjaya mentauliahkan projek BESS 50MW SMS plc di Burwell, Cambridgeshire, UK
Trina Solar Co., Ltd
2022-02-15 13:10 221

MUNICH, 15 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Trina Storage, dilancarkan pada Januari 2021 sebagai penyedia penyelesaian storan tenaga global, hari ini mengumumkan bahawa ia berjaya melengkapkan pembekalan sistem storan bateri skala-grid bersepadu sepenuhnya 50 MW / 56.2 MWj yang pertama di Burwell, UK untuk SMS plc. Kini beroperasi, sistem storan ini akan menyokong grid UK untuk menjadi lebih fleksibel & berdaya tahan, bagi membuat persiapan selanjutnya untuk sifar-bersih.

Projek BESS 50 MW dimiliki & dibangunkan oleh penyedia infrastruktur tenaga pintar terkemuka UK, SMS plc, dibina oleh Ethical Power sementara Trina Storage membekalkan, mentauliahkan dan menguji sistem ini. Sistem ini menyediakan perkhidmatan pengimbangan kepada National Grid UK susulan operasi komersialnya.

Penyelesaian sistem terbalut penuh ini, terdiri daripada rak bateri ion Litium, unit PCS dan pengubah, direka bentuk untuk memaksimumkan prestasi sistem serta meningkatkan hayat bateri dengan keselamatan menjadi keutamaan dalam proses kejuruteraan. Ia dilengkapi selanjutnya dengan Pengawal Loji Kuasa (PPC) modular, fleksibel dan boleh diskala dan SCADA mengikut piawaian IT terkini untuk mengawal, memantau serta mengoptimumkan prestasi sistem. Jaminan kapasiti feksibel yang meliputi pembekalan sistem penuh (termasuk pentauliahan dan jaminan produk piawaian) serta penyelenggaraan pencegahan turut disediakan.


Dengan menjalin kerjasama hujung-ke-hujung bersama SMS plc dan pihak ketiga, Trina Storage dapat mengurangkan kerumitan dan tempoh penyerahan projek menerusi kepakaran mereka dalam rantaian bekalan. Pasukan perolehannya yang berdedikasi turut mengupayakan SMS plc untuk mencapai pengoptimuman kos pada tahap sistem dan mengurangkan risiko bekalan, memanfaatkan kuasa beli kumpulan Trina Storage.

Pematuhan kualiti dan keselamatan turut dipastikan dengan titik semakan keselamatan yang ditakrifkan dan dipatuhi bermula daripada pensijilan perkakasan hinggalah penyerahan projek. Ujian Penerimaan Tapak memastikan selanjutnya bahawa sistem beroperasi sepenuhnya dan mematuhi peraturan grid G99 UK.

"Pentauliahan kilang Burwell merupakan kejayaan penyerahan sistem pertama kami di UK. Ia merupakan satu pencapaian yang penting buat kami. Ia menjadi bukti keupayaan penyerahan cemerlang kami. UK berada di landasan yang betul untuk mencapai sasaran sifar bersihnya dan kami gembira kerana dapat memimpin peralihan tenaga ini," kata Terry Chen, Ketua Perniagaan Storan Tenaga Luar Negara, "Bersama pelanggan dan rakan kongsi kami, kami berdedikasi untuk mencipta dunia yang lebih bersih, lebih hijau dan lebih lestari sekali gus mengoptimumkan pulangan kewangan."

Source: Trina Solar Co., Ltd
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology Utilities Contracts New products/services