omniture

DAVID YURMAN MELANCARKAN KEMPEN BAHARU YANG MENAMPILKAN DUTA JENAMA SELEBRITI PERTAMA, GANDINGAN SCARLETT JOHANSSON DAN HENRY GOLDING

David Yurman
2022-02-15 22:01 47

NEW YORK, 15 Februari 2022 /PRNewswire/ -- David Yurman, jenama barang kemas mewah terkemuka di Amerika, dengan sukacitanya mengumumkan kempen jenama pertamanya di bawah kepimpinan Presiden syarikat baharu, Evan Yurman. Kempen 2022 ini menandakan satu lagi pencapaian untuk jenama tersebut, kerana ia menampilkan gandingan duta jenama selebriti pertama David YurmanScarlett Johansson dan Henry Golding.

Kempen tersebut, dengan tepat bertajuk "Mari Lebih Dekat", meraikan kegembiraan keakraban dan hubungan dalam zaman kita yang mencabar, menampilkan imej intim dua selebriti paling dikenali di dunia berlatar belakangkan inspirasi abadi David Yurman dan syarikat di Bandar Raya New York.   

"Selepas bertahun-tahun berpisah untuk kebanyakan daripada kita – lebih lama daripada yang kita jangkakan – kita semua mendambakan satu hubungan," kata Evan Yurman. "'Mari Lebih Dekat' ialah satu seruan kepada kita semua untuk menikmati setiap hari, di mana detik-detik ringkas dengan keluarga dan rakan-rakan adalah tidak dijangka dan indah."

Scarlett Johansson untuk Kempen "Datang Lebih Dekat" David Yurman 2022
Apabila membayangkan kempen tersebut, hanya ada satu pilihan untuk Evan Yurman apabila ia berkaitan dengan bintang wanitanya. 

"Scarlett merupakan simbol kewanitaan David Yurman.  Seorang warga asal New York yang berada di puncak kerjaya seni beliau, Scarlett ialah seorang wanita yang menempa jalan hidupnya sendiri.  Beliau tidak akan memberikan jawapan tidak dan tidak takut untuk membela dirinya sendiri dan menegakkan apa yang betul," kata Evan Yurman.  "Peluang bekerja dengan pasukan seperti Scarlett merupakan suatu penghormatan bagi mencipta imej jujur sedemikian, tanpa kepura-puraan dan kepalsuan." 

Untuk "Datang Lebih Dekat", ibu, pengasas, pemenang Tony dan pelakon yang dicalonkan Anugerah Akademi sebanyak dua kali Johansson telah difoto oleh jurugambar fesyen terkenal Lachlan Bailey dan digayakan oleh Anastasia Barbieri.  Siri yang mengandungi 10 imej dan filem pendek ini menampilkan Johansson yang santai dengan beberapa orang yang berpeluang untuk berjumpanya – berdendang dan menyanyikan lagu ikonik Sinatra, "New York, New York." Imej dan filem tersebut telah dirakam di Carlyle, Bandar Raya New York, sebuah Hotel Rosewood dengan Bemelmans Barnya yang terkenal – iaitu satu tarikan abadi bagi para tokoh kreatif dan budaya yang terkenal di New York.

"Membesar di New York, saya sentiasa berasa berhubung dengan David Yurman – saya akan melihat iklan dalam hitam dan putih mereka yang indah di semua majalah fesyen kegemaran saya," kata Johansson.  "Yurmans dan reka bentuk yang dihasilkan sentiasa mengingatkan saya tentang New York – berani, segar dan dengan sedikit kelebihan.  Apabila Evan menawarkan saya peluang ini dan berkongsi visinya untuk kempen ini, saya berasa begitu terhubung dengan jenama ini dan menganggap kami sebagai gandingan yang sesuai."

Henry Golding untuk Kempen "Datang Lebih Dekat" David Yurman 2022
Dengan keputusan untuk memperkenalkan duta lelaki pertama jenama tersebut, bakat Henry Golding telah mula bersinar. Setelah mempamerkan kualiti kelelakian David Yurman yang misteri, kisah New York Golding pula menggambarkan ketekunan dan identiti.

"Henry memaparkan semangat dan kecekalan aspek kelelakian David Yurman. Beliau sangat berbakat, berprinsip dan banyak mengembara. Walaupun banyak tempat-tempat menakjubkan yang beliau lawati dengan segala kejayaan yang telah beliau kecapi, semangat kekitaan Bandar Raya New York terus membara dalam jiwanya," kata Evan Yurman."Kami teruja untuk mengalu-alukan penyertaan Henry ke dalam keluarga David Yurman dan memperkenalkan beliau sebagai wajah bagi kategori Lelaki, membuat penampilan sulung dalam kempen baharu kami yang berkongsi tentang bagaimana Bandar Raya New York dapat menarik semula minat anda padanya."

Untuk "Datang Lebih Dekat", bapa, peguam bela dan pelakon terkenal Henry Golding telah difoto oleh jurugambar fesyen terkenal Lachlan Bailey dan digayakan oleh George Cortina.  Siri yang mengandungi 10 imej dan filem pendek yang menampilkan Golding yang sofistikated dan bergaya ini, telah dirakamkan di Casa Cipriani - kelab persendirian baharu dan hotel mercu tanda tepi pantai di pusat kreativiti New York – serta hotel ikonik, The Carlyle.

"Terdapat daya tarikan untuk ke Bandar Raya New York dan ketabahan warga New York yang sukar digambarkan namun tetap terus tersebar. Saya agak bernasib baik dengan kesempatan untuk melawat bandar ini beberapa kali atas sebab peribadi dan profesional, dan pada setiap kali itulah saya merasakan semangat kekitaan semakin menebal," kata Golding. "David Yurman merupakan bukti warisan dan nilai-nilai bandar ini dan saya berbesar hati mewakili wajah jenama ini yang terus berusaha menyatukan kita semua."

Pada tahun 2022, David Yurman akan terus menyokong Dana Perpaduan – yang diwujudkan pada bulan Mei 2021 dengan kerjasama Robin Hood, ikon dermawan hebat di Bandar Raya New York dalam usaha membasmi kemiskinan. Bermula pada 15 Februari, 20% daripada harga pembelian daripada pelbagai reka bentuk wanita dan lelaki akan disalurkan kepada Dana Perpaduan David Yurman.

TENTANG DAVID YURMAN:
David Yurman ialah sebuah syarikat barang kemas Amerika yang terkenal yang ditubuhkan di New York oleh David Yurman, seorang pengukir dan isterinya, Sybil, seorang pelukis dan pakar seramik.  Apabila para seniman mula bekerjasama, matlamat mereka hanya untuk mencipta objek cantik untuk dipakai. Hari ini, syarikat tersebut diterajui oleh anak mereka, Evan, David Yurman mencipta koleksi yang abadi, namun kontemporari untuk wanita dan lelaki yang didefinisikan oleh inspirasi, inovasi, ketukangan dan hubungan yang sempurna – menjadi karya artistik terkenal jenama tersebut.  Koleksi David Yurman boleh didapati di 49 kedai runcit di seluruh Amerika Syarikat, Kanada, Hong Kong dan Perancis serta di lebih 300 lokasi di seluruh dunia, melalui rangkaian peruncit barang kemas dan jam tangan eksklusif mereka yang sah.

HUBUNGAN MEDIA:
Nike Communications
davidyurman@nikecomm.com

Scarlett Johansson for David Yurman 2022
Scarlett Johansson for David Yurman 2022

 

Henry Golding for David Yurman 2022
Henry Golding for David Yurman 2022

 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1745248/Scarlett_Johansson___David_Yurman___2022.jpg?p=medium600

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1745249/Henry_Golding___David_Yurman___2022.jpg?p=medium600

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1745247/David_Yurman_Logo.jpg?p=medium600

Source: David Yurman
Keywords: Fashion Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Retail New products/services