omniture

UST Dinobatkan sebagai 'Majikan Terbaik 2022' di Amerika Utara, Asia Pasifik dan Sepuluh Buah Negara

UST
2022-02-15 22:49 56

 - Pensijilan 'Blue Seal' yang berprestij ini menunjukkan budaya keterangkuman, pertumbuhan dan inovasi UST yang tiada tandingan di pelbagai benua dan negara 

KUALA LUMPUR, Malaysia, 15 Februari 2022 /PRNewswire/ -- UST, sebuah syarikat penyelesaian transformasi digital terkemuka, telah menerima pensijilan 'Blue Seal'  yang berprestij daripada  Top Employers Institute (TEI) untuk rantau Amerika Utara dan Asia Pasifik. Syarikat ini juga telah diperakui semula sebagai Majikan Terbaik 2022di Amerika Syarikat, Mexico, United Kingdom, India, Malaysia, Singapura, Filipina dan Sepanyol. UST di Kanada dan Taiwan baru sahaja diperakui sebagai Majikan Terbaik untuk tahun 2022. UST juga telah disenaraikan dalam kalangan 10 majikan Terbaik di UK. Ditubuhkan dengan asas kerendahan hati, kemanusiaan dan integriti, syarikat tersebut telah menjadi contoh dalam pemusatan pekerja, keseimbangan antara kerja dengan kehidupan serta amalan kepelbagaian dan keterangkuman.

TEI memberikan pensijilan kepada majikan global yang menyediakan rakan sekutu dengan suasana kerja yang optimum serta peluang pembangunan secara peribadi dan profesional. Diperakui sebagai 'Majikan Terbaik' yang mempamerkan dedikasi organisasi terhadap pekerja dan amalan syarikat. Blue Seal mewakili'Pensijilan Peringkat Benua' yang sentiasa menjadi rebutan. Dengan Pensijilan Majikan Terbaik yang konsisten, UST tersenarai dalam kalangan kumpulan syarikat yang terkenal di seluruh dunia yang cemerlang dalam keadaan pekerja, dasar pekerja dan program. 

Mengulas tentang pencapaian tersebut, Manu Gopinath, Ketua Pegawai Operasi UST berkata, "Pengiktirafan ini merupakan suatu pencapaian yang hebat sambil kami mengembangkan jejak global kami. Matlamat kami adalah untuk terus berkembang maju dan mengubah proses yang melibatkan para pekerja kami untuk mewujudkan persekitaran yang responsif, menarik dan tangkas. Kami berkembang maju dalam budaya tempat kerja yang positif yang membantu mengatasi cabaran, menyokong rakan sekerja dan meraikan kejayaan. Keadaan ini telah membantu kami membina hubungan yang bermakna dengan rakan sekutu, pelanggan kami dan komuniti di sekeliling kami."

Tinjauan TEI meliputi enam domain Sumber Manusia yang terdiri daripada 20 topik, termasuk strategi pekerja, persekitaran kerja, pemerolehan bakat, pembelajaran, kesejahteraan, kepelbagaian & keterangkuman dan banyak lagi. UST terus menunjukkan peningkatan dalam semua kriteria yang diukur dari tahun ke tahun

Ketua Pegawai Eksekutif Top Employer Institute, David Plink berkata, "Mengimbau kembali tahun lalu yang mencabar dan memberi kesan kepada organisasi di seluruh dunia, Majikan Terbaik serantau kami terus mengutamakan usaha yang lebih gigih untuk mengekalkan amalan pekerja cemerlang di tempat kerja mereka. UST telah membuktikan komitmen yang tidak berbelah bahagi kepada pekerja mereka di peringkat antarabangsa yang merentasi pelbagai negara. Kami teruja untuk meraikan dan menghargai pencapaian mereka pada tahun 2022."

Kavita Kurup, Ketua Global – Sumber Manusia UST berkata, "Kami amat berbangga dengan pengiktirafan di peringkat benua dan serantau yang telah kami terima daripada Top Employer Institute. Walaupun dengan pandemik yang berterusan, kami kekal teguh dalam terus mengkaji program dan amalan serta menyesuaikan diri mereka mengikut keadaan pasaran. Di sinilah program pensijilan TEI telah banyak membantu, termasuk audit program kami terhadap penanda aras industri. Kesihatan dan kesejahteraan pekerja, pembelajaran pekerja, membina tenaga kerja yang berdaya tahan dan kesediaan untuk model hibrid kekal menjadi keutamaan dalam agenda kami di UST. Dengan pendekatan berpusatkan manusia dan kekuatan teknologi, UST berhasrat untuk mewujudkan kesan yang tidak terbatas dan mampu mengubah kehidupan."

Sebagai tambahan kepada pencapaian terkini, UST telah memenangi 'Business Culture Team Award' untuk Pejabat dengan Nilai & Budaya (OVC) di Business Culture Awards 2021. UST juga diiktiraf sebagai tempat terbaik untuk bekerja di Malaysia, A.S., UK, India dan Mexico. Syarikat ini telah diiktiraf sebagai salah sebuah daripada '100 Syarikat Terbaik untuk Wanita di India Tahun 2021' dan 'Teladan Keterangkuman 2021'. Baru-baru ini syarikat tersebut juga telah mengumumkan rancangan pengambilan pekerjanya secara besar-besaran kepada lebih 10,000 orang pekerja di seluruh dunia untuk menyokong permintaan perniagaan globalnya, mempercepat transformasi digital syarikat dan meningkatkan ekonomi digital.

Tentang Top Employers Institute 

Top Employers Institute merupakan pihak berkuasa global yang mengiktiraf kecemerlangan dalam Amalan Pekerja. Kami mempercepat amalan ini untuk memperkayakan dunia pekerjaan. Melalui Program Pensijilan Top Employers Institute, syarikat-syarikat yang mengambil bahagian boleh disahkan, diperakui dan diiktiraf sebagai majikan pilihan. Ditubuhkan pada 30 tahun yang lalu, Top Employers Institute telah memperakui lebih 1,600 organisasi di 120 buah negara/wilayah. Majikan Terbaik yang diperakui ini memberi impak positif kepada kehidupan lebih 7 juta orang pekerja di seluruh dunia.

Tentang UST 

Selama lebih 22 tahun, UST telah bekerjasama dengan syarikat-syarikat terbaik di dunia untuk memberi impak yang sebenar melalui transformasi. Dikuasakan oleh teknologi, diilhamkan oleh para pekerja dan diterajui oleh matlamat kami, kami bekerjasama dengan para pelanggan bermula daripada reka bentuk hingga operasi. Melalui pendekatan yang tangkas, kami mengenal pasti cabaran teras mereka dan mencipta penyelesaian baharu yang mampu merealisasikan visi mereka. Dengan kepakaran domain yang mendalam dan falsafah yang mampu dibuktikan di masa depan, kami meletakkan inovasi dan ketangkasan ke dalam organisasi pelanggan kami—memberikan nilai yang boleh diukur dan perubahan yang berkekalan di seluruh industri dan di seluruh dunia. Bersama-sama dengan lebih 29,000 orang pekerja di lebih 30 buah negara, kami memberikan kesan tanpa sempadan—melibatkan berbilion-bilion nyawa dalam proses ini. Sila layari kami di ust.com.

Hubungan Media, UST: 

Tinu Cherian Abraham
+1 (949) 415-9857

Neha Misri
+91-9972631264
media.relations@ust.com

Hubungan Media, A.S.: 
S&C PR
+1-646.941.9139
media@scprgroup.com

Hubungan Media, U.K.: 
FTI Consulting
UST@fticonsulting.com

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1422658/UST_Logo.jpg?p=medium600

Source: UST
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Outsourcing Businesses Workforce Management/Human Resources Survey, Polls & Research