omniture

ASIA'S 50 BEST RESTAURANTS MENGUMUMKAN NATSUKO SHOJI SEBAGAI PEMENANG ANUGERAH CEF WANITA TERBAIK ASIA 2022

50 Best
2022-02-16 16:00 19

LONDON, 16 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Cef yang berasal dari Jepun Natsuko Shoji dari Été di Tokyo merupakan penerima Anugerah Cef Wanita Terbaik Asia tahun 2022. Diundi oleh ahli-ahli Asia's 50 Best Restaurants Academy, anugerah tersebut memberi peluang kepada wanita yang berjaya untuk diraikan, yang mana dedikasi, kemahiran dan kreativiti beliau telah menetapkan standard baharu dalam kecemerlangan gastronomi.

Natsuko Shoji of Été in Tokyo is the 2022 winner of the Asia’s Best Female Chef Award
Natsuko Shoji of Été in Tokyo is the 2022 winner of the Asia’s Best Female Chef Award

Shoji akan diberi penghormatan sebagai sebahagian daripada anugerah tahunan Asia's 50 Best Restaurants ke-10 yang ditaja oleh S.Pellegrino & Acqua Panna serta disiarkan secara global di halaman Facebook Asia's 50 Best Restaurant dan saluran YouTube pada hari Selasa, 29 Mac.

William Drew, Pengarah Kandungan Asia's 50 Best Restaurants berkata: "Hidangan elegan Natsuko Shoji mengungkap rasa hormat beliau terhadap hidangan bermusim, penekanan terhadap perincian dan visi kreatif, menjadikan beliau penerima anugerah Cef Wanita Terbaik di Asia. Dengan kebolehan beliau yang cemerlang untuk menggabungkan fesyen dan gastronomi, ciptaan cef tersebut merangkumi kesenian masakan Jepun."

Shoji memulakan kerjayanya di Florilège, restoran Tokyo yang terkenal dalam senarai Asia's 50 Best Restaurants yang terkini. Pada tahun 2014, Shoji membuka Été, sebuah kedai tat yang sederhana di kejiranan Shibuya di Tokyo, di mana kemudiannya beliau mengubah ruang menjadi restoran dengan empat tempat duduk dan terhad untuk pelanggan jemputan sahaja.

Mendapat inspirasi daripada pusat fesyen yang ikonik, Cef Shoji membangunkan barisan kek istimewa, termasuk kek strawberi yang dicari-cari, yang menggunakan petunjuk daripada cetakan Damier Louis Vuitton. Walaupun kedai kek tersebut mendapat perhatian global yang hampir serta-merta, Shoji juga meningkatkan kemahiran kraf kulinari beliau di restoran miliknya, yang profilnya semakin berkembang di antara tempat makan yang kompetitif di Tokyo. Été memperoleh pengiktirafan daripada selebriti (David Beckham) dan cef terkenal termasuk René Redzepi dan Ferran Adrià. Status Shoji sebagai salah seorang bintang yang baru muncul di dunia kulinari telah disahkan apabila beliau dinobatkan sebagai penerima Anugerah Cef Pastri Terbaik di Asia pada tahun 2020 yang ditaja oleh Valrhona. 

Pada bulan Disember 2019, Été berkembang menjadi restoran dengan enam tempat duduk yang membolehkan Shoji menerima pengunjung ke kedai makan eksklusifnya dan memberikan perkhidmatan secara peribadi kepada para tetamu beliau. Menu bermusim sebanyak 10 hidangan cef Shoji merangkumi hidangan yang lazat dan manis dan mempamerkan pendekatan teliti beliau serta pelaksanaan yang sangat kreatif.

Ketika menerima penghormatan tersebut, Shoji berkata: "Saya amat berterima kasih atas anugerah ini dan ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah menyokong saya. Saya berharap dapat menjadi model peranan kepada cef wanita lain di Jepun dan saya percaya anugerah ini akan memotivasi mereka untuk memenuhi minat mereka."

Akses pusat media

https://mediacentre.theworlds50best.com/

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1746200/50_Best_Natsuko_Shoji.jpg?p=medium600

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1746199/50_Best_Asia_2022_Logo.jpg?p=medium600

Source: 50 Best
Keywords: Entertainment Food/Beverages Restaurants Retail Awards Survey, Polls & Research